Thursday, October 27, 2022

Jagalah Yatim dan Aitam-Wasiat Ya'akob Al-Mansur

Tatkala hampir matinya Yaakob bin Yusuf Al-Mansur Al-Muwahhidi berwasiat:


 أوصيكم بتقوى الله و باليتيمة و بالأيتام ، فقال أحد الحاضرين، ومن اليتيمة و الأيتام ؟ فقال اليتيمة الأندلس و الأيتام سكانها المسلمون...

"Aku berpesan kepada kalian agar sentiasa bertakwa kepada Allah dan agar sentiasa menjaga anak yatim (Yatimah) dan anak-anak yatim (Aitam). Maka salah seorang yang hadir ketika itu bertanya: Siapakah Yatimah dan siapa pula aitam? Maka katanya: Yatimah itu adalah negeri Andalus dan Aitam itu adalah penduduknya yang beragama Islam!".


Mari kita kenali tokoh ini. Siapakah dia?

Beliau adalah pemerintah ke-3 kerajaan Al-Muwahhidun di Utara Afrika. Beliau menggentikan posisi ayahnya Yusuf bin Abdul Mukmin (Pemerintah ke-2 Muwahhidun) pada tahun 1184M dan memerintah hingga tahun wafatnya di Murakesh pada tahun 1198M.

Beliau adalah penjaga kepada tokoh Ibn Rusyid (Al-Hafid) seorang ahli falsafah Andalus dan juga Muhammad Al-Waghlisi, seorang tokoh ulama mazhab Maliki Asy'ari.

Beliau adalah penguasa muslim yang memimpin pasukan jihad melawan tentera Kristian yang diketua Al-Fonso 8 dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Arak (  الأراك ) yang menyaksikan kemenangan pasukan kaum Muslimin. Selepas itu beliau digelar sebagai Al-Mansur. Dia juga digelar Al-Mansur Al-Muwahidi untuk membezakan dengan seorang lagi yang sama namanya dan pernah melakar sekarah di Utara Afrika iaitu Abu Yusuf Yaakob  Al-Mansur  Al-Marini. Beliau adalah pengasas Kerajaan Banu Marin dan orang yang membuat pukulan maut menamatkan saki baki kerajaan Muwahhidin pada tahun 668H.

Boleh baca mengenai Sultan Abu Yusuf Al-Mansur Al-Marini di sini.




Detingan Lonceng Gereja Zahir kegembiraan

Siapakah Sultan Muslim yang pada hari hatinya disambut gembira oleh para penganut Kristian Eropah? Lalu hari itu mereka menyatakan kegembiraan dengan mengocak lonceng di gereja-gereja mereka. Siapakah dia?


Ya...Seorang Sultan Muslim yang menggerunkan belahan Eropah. Siapa lagi kalau bukan Sultan Muhammad Al-Fatih!

Nanti kita akan telusuri sejarahnya. Kita wajar menghadam keperibadian manusia hebat ini agar kita dapat meletakkan model terunggul di depan kita. Khusunya dalam pemerintahan dan mendepani hagemoni Barat yang begitu mencengkam dewasa ini.


Sultan Muhammad Al-Fatih....

Menggantikan ayahnya Murad II padaq usia 14 tahun. Namun, berikutan kegoncangan dan masalah kepatuhan para petinggi kerajaan, Murad II kembali semula ke tahta (Mulanya hasrat nak uzlah) dan pada usia 24 tahun, barulah Muhammad Al-Fatih benar-benar mengambil posisi sebagai khalifah menggantikan ayahnya.

Di tangannya Kota Costantinopel ditawan (Kota yang diasaskan oleh Raja Costantine II pada 330 M) pada tahun 1524M

Hidupnya penuh dengan jihad melawan pasukan Kristian Eropah

Beliau meninggal pada usia 53 tahun akibat diracun oleh Doktor Ya'kob Basya yang khianat. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1481 M. Ya'kob Basya telah dibunuh oleh para pengawal Sultan kemudiannya.

Namun, nama sang pengkhianat itu akan kekal dan dilaknat oleh para pencinta perjuangan Islam.

Mal'un Ya'kob Basya!
Mal'un Ya'kob Basya!
Mal'un Ya'kob Basya!

Orang ini adalah penyusup yang mengaku Islam. Nama sebenarnya adalah Maestro Lacob berasal Venice,  Itali.  Datang masuk Islam dan mengaku dapat hidayah. Guna nama Ya'akob Basya.

Berikutan berita kematiannya tersebar sampai ke Eropah, maka gereja-gereja di Eropah menyambut gembira dengan membunyikan lonceng selama 3 hari dan itu adalah atas fatwa daripada Pop( baba).

Muhammad bin Tumart (Meninggal: 524H)

Dikenali dengan sebutan Ibn Tumart. Beliau adalah seorang pendakwah Islam dan juga seorang tokoh ulama Islam yang berpolitik serta aktif di Utara Afrika pada penghujung kurun ke-11 M dan awal kurun ke-12M. Beliau dianggap sebagai pengasas kepada kerajaan Muwahhidun, satu kerajaan yang pernah mewarnai pemerintahan di kawasan Utara Afrika antara tahun 1121-1269M.

Abdul Mukmin bin Ali Al-Kumi menjadi muridnya.

Tahun 512 Ibn Tumart masuk ke Kota Murakesh, Kota pemerintahan kerajaan Murabitun. Di sana dia menyebarkan dakwahnya amar ma'ruf dan nahi mungkar kerana beliau melihat kemungkaran banyak berlaku di Murakesh. Maka berlaku kegalauan masyarakat terhadap dakwah yang membawa kepada dia dihalau keluar dari Murakesh. Lalu dia pergi ke Aghmat dan di sana dia diba'ah oleh Abdul Mukmin Al-Kumi bersama 10 pengikutnya dan dimasyhurkan sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor. 


Beberapa waktu setelah itu Ibn Tumart berdominisil di Tilmisan dan kemudian di Kota Fas. Dia mengajar di sebuah masjid di sana dan membentuk jamaah murid-murid. Mereka menjadi tegas dalam membanteras kemaksiatan dan menghancurkan kelab-kelab yang memainkan alat muzik serta kedai-kedai muzik. Pemerintah Kota Fas pun himpunkan fara fuqaha membincangkan kaedah dakwah Ibn Tumart dan berlaku perdebatan dengannya.

Ibn Tumart mendakwa dia keturunan Husain bin Ali cucunda Rasulullah SAW. Kerana itu dia mengaku sebagai Al-Mahdi yang dijanjikan dan dia juga mendoktrinasikan kepada para pengikutnya fikrah bahawa dia adalah maksum. Pusaran dakwahnya adalah mengutamakan ketauhidan dan dia membawa method Asy'ari dan orang yang menyalahi methodologi akidahnya dicop sebagai "Mujassimah" dan "Musyabbihah".

Ibn Tumart dan dakwah tauhidnya menolak fikrah mazhab. Ketika itu Mazhab Maliki menguasai cara beragama penduduk Islam di Utara Afrika. Ibn Tumart membentuk satu pola berfikir yang tidak tertambat dengan mana-mana mazhab. Dia ambil fikrah "ismah" dari mazhab Syiah. Dia juga mencedok fikrah khawarij yang menghukumkan para penentang mereka hendaklah diperangi dan wajib memberontak melawan pemerintah yang zalim. Pada akhirnya, lari dari Mazhab dalam fekah akhirnya membentuk mazhab baru iaitu Mazhab Muwahhidun. Mazhab agama yang berorientasi politik!

Apakah ciri-ciri mazhab yang berorientasikan politik itu?

Jatuh Murabitun Naik Muwahhidun

Nak tubuh satu-satu kerajaan, bukan mudah. Banyak korban yang berjatuhan. Mari kita tela'ah satu episod sejarah. Sejarah munculnya kerajaan Muwahhidun yang merobohkan kerajaan Murabitun di Utara Afrika.

Kisah jatuh bangun kerajaan dalam sejarah mengajar kita satu pelajaran penting. Di depan fitnah kekuasaan, tidak ada orang yang layak mesucikan dirinya!

Baca:

https://islamonline.net/archive/%D8%AF%D9%88%D9%84%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%88%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D9%86-%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%85%D8%AD-%D8%A8%D8%AF%D8%A7%D9%8A%D8%A9/


Tuesday, October 18, 2022

AHMAD BIN ALI AL-BUNI

Namanya adalah Ahmad bin Ali bin Yusuf Al-Buuni Al-Maliki (520-622H).

Beliau adalah seorang ahli Sufi dan juga penulis Kitab Syamsul Ma'arif Al-Kubra dan berasal dari Algeria.

Beliau menghabiskan banyak daripada usianya di Mesir dan meninggal di Kaherah.

Beliau banyak beribadat tahajjud, berpuasa dan beruzlah. Beliau juga mengamalkan latihan-latihan keras dan menakan syahwatnya terhadap makanan, tidak berkahwin dan tidak mengambil murid.

Beliau kerap naik ke gunung Makudh yang terletak dipersisiran laut Timur Tunisia dan membawa pulang buah-buahan dan sayuran musim panas sedangkan ketika itu adalah musim sejuk.

Cerita-cerita mengenainya banyak keajaiban seperti kemampuannya dalam Khutwah, hilang dari pandangan mata orang dan mampu membawakan buah-buahan di luar musim.

Cerita-cerita mengenai Syeikh Al-Buni menimbulkan perdebatan kalangan ulama mengenai siapa dia. Adakah dia seorang ulama yang soleh atau seorang ahli sihir?

Sementelahan kitabnya yang bernama Syamsul Ma'arif Al-Kubra bercampur aduk dengan ilmu-ilmu yang menyerupai sihir seperti, ramalan nasib, talasim, azimat nama-nama jin dan seumpanya.

Pernahkah anda mendengar tentang doa Burhutiyyah?

Dikatakan doa yang mempercepatkan istijabah. Di dalamnya disebutkan nama-nama gharib yang kononnya nama Allah dalam bahasa Suryaniyyah

(Barhatihin2x-Karirin2x-Tatlihin2x-Turanin2x,-Mazjalin2x-Bazjalin2x-Tarqabin2x-Barhasyin2x-Ghalbasyin2x-Khuutiirin2x-Qalnahuudin2x-Barsyaanin2x-Kazhiirin2x-Namuusyalakhin2x-Barhayuula2x-Basykailakhin2x-Qazmazin2x-An ghala lii zin2x-Qobaraatin(Qobraatin)2x-Ghayaaha2x-Kaida huula2x-Syamkhaa hirin2x-Syamkhaahiirin2x-Syamhaa hii rin-Bikahtahau naihin2x-Basya risyin2x-Thunasyin2x-Syamkhaa baaruukhin2x

Ada 28 nama-nama pelik dalam doa ini-dikatakan nama-nama Allah!.

(Sambung)

Allahumma bihaqqi kahkahijin yaghtasyiyyin bilath  syagh-syagh wilin amwilin jaldamin mahjama hajlamiijin wardawiihin mahfayaajin

bi'izzatika illa ma akhazta sam'ahum wa absoorohum

subhana man laisa kamislihi syai wahuwas sami'ul basir.

Rujuk bacaan di: https://youtu.be/HAEm3PXg6qQ


Namun, Syeikh Al-Buni banyak mengarang kitab-kitab lain lebih daripada 40 buah kitab. banyak kitabnya berkisar tentang ilmu dan agama. Hanya kitab Syamsul Ma'arif itu yang pelik kerana berbeza dengan kita-kitab lainnya. Hingga timbul pertanyaan bagi yang meneliti, BENARKAH Al-BUNI YANG MENULIS KITAB SYAMSUL MA'ARIF AL-KUBRAA????

Sesungguhnya tangan yang menulis Syamsul Ma'arif itu tidak mengambarkan peribadi mukmin yang berpegang teguh dengan Islam dan ilmunya serta akidahnya.





Monday, October 17, 2022

PAULUS PENGASAS AGAMA MASIHI

Paulus dilahirkan di Tarsus, satu wilayah yang . Ibu ayahnya berbangsa Yahudi dan menjadi warganegara Rom, kerajaan yang memerintah di masa itu.



Saturday, October 15, 2022

MUHAMMAD BIN YAHYA AZ-ZUHLI (GURU IMAM BUKHARI)

 Kali ini, kita cuba kenali seorang di antara ramai guru Imam Bukhari .


Beliau adalah Abu Abdillah Muhamamd bin yahya bin Abdillah bin Khalid bin Faris bin ZuaibAn-Nisaburi Az-Zuhli , lahir tahun 172H dan meninggal tahun 258H. Beliau salah seornag imam perawi hadis di kalangan ahli Sunnah. Beliau berasal Nizabur dan banyak mengembara mencari ilmu hadis. Beliau pernah sampai ke Baghdad, Basrah, Yaman, Hijaz, Mesir, Syam serta lain-lain tempat. Beliau merupakan mahaguru kepada penduduk Khurasan.

Beliau disebut sebagai Syekhul Islam wa 'Alimul masyriq wa amirul mukminin fil hadis.


Berkata Hakim Abu Abdullah, aku dengar Muhamamd bin hamid Al-Bazzaz berkata: Aku dengar Al-Hasan bin Muhamamd bin Jabir berkata: Aku mendengar Muhammad bin Yahya telah berkata kepada kami apabila Muhammad bin Ismail Al-Bukhari tiba di Nisabur:


اذهبوا إلى هذا الرجل الصالح فاسمعوا منه 



"Pergilah oleh kalian kepada lelaki soleh ini dan dengar daripadanya.


Maka orang ramai pun pergi mendengar daripada Imam Bukhari sehingga majlis ilmu Muhamamd bin Yahya mula kurang orang. Lalu, timbullah hasad beliau dan mulalah dia mengatakan sesuatu.

Apakah hasad Muhamamd bin Yahya itu tiada sebabnya? Keadaan pada zaman itu, orang sangat takut dengan akidah muktazilah yang mengatakan Al-Quran adalah makhluk. Kerana itu sewaktu lima tahun Imam Bukhari mengajar di Samarkand, timbullah isu. Ketika orang bertanya kepadanya tentang apakah Quran itu makhluk, jawapan Imam Bukari mengundang kecurigaan. 

(Lafzi Bil quran Makhluk)

Lafazku ketika membaca Quran adalah makhluk

Kata-kata ini dilihat membawa kepada selogan muktazilah yang menyebut Quran itu makhluk.

(Masalah Talaffuz bil Quran adalah isu yang mengundang perselisihan antara imam Bukhari dengan gurunya  itu)

Muhammad bin Yahya mengambil pendekatan melarang tenggelam dalam perbincangan para mutakallimin


 الخوض في عِبارات المتكلِّمين ممنوع


Apabila Imam Bukahri melayan dan menjawab permasalahan lafaz Al-Quran makhluk, maka ia telah menginjakkan kaki ke dalam permasalahan yang hanyut dan karam di dalamnya golongan Muktazilah.

Konflik antara Imam Bukhari dengan Muhammad bin Yahya menyebabkan Imam Bukhari dihalau keluar dari Nisabur. Mungkin, ada terguris hati dengan gurunya itu, Imam Bukari ketika meriwayat daripada gurunya itu, dia tidak sebut namanya yang lengkap Muhamamad bin Yahaya tetapi dia menyebutnya:

...menceritakan kepada kami oleh Muhammad ( tidak dibinkan)

...menceritakan kepada kami Muhamad bin Abdullah ( dibinkan kepada datuknya)

...menceritakan  kepada kami oleh Muhamamd bin Khalid (dibinkan kepada moyangnya)


Tidak pernah Imam Bukhari meriwayatkan daripadanya dengan menyebut...menceritakan kepada kami oleh Muhamamd bin Yahya Az-Zuhli.


Apa yang perlu kita faham, penolakkan Muhammad bin Yahya terhadap Imam Bukari didorong oleh kecintaannya kepada sunnah Rasulullah SAW. Semoga Allah mengampunkan jika ada salah silap salah seorang keduanya.

Jangan pula kita menumpukkan dosa dengan membuat perasangka buruk kepada mana-mana antara keduanya!


Amir Bukhara ketika itu Khalid bin Ahmad Az-Zuhli

Muhammad bin Yahya berguru dengan orang-orang hebat dan orang-orang hebat yang  lain berguru kepadanya.

Dia berguru dengan Abdul Malik Al-Majisyun di Madinah, Abdurrahman al-Muqri di Hijaz dan setiap daerah ada gurunya.

Berguru pula kepadanya oleh Bukhari, Abu Daud, Turmizi, Ibn Majah, Laith bin Saad dan ramai lagi tokoh-tokoh  besar dalam sejarah.

Muhammad bin bin Yahya Az-Zuhli meninggal pada usia 86 tahunpada tahun 258H.

Hadir solat jenazahnya oleh  Amir Khurasan, Muhammad bin Tohir bin Maidan Al-Hussain.

Kata Abu Amru Ahmad bin Nasir Al-Khaffaf: Aku telah bemimpi Muhammad bin Yahya selepas matinya lalu aku tanya dia:

"Apa yang Allah lakukan terhadapmu?

"Allah telah mengampunkan aku." kata Muhammad bin Yahya.

" Apa yang telah dibuatnya dengan  hadismu?", 

" ia ditulis dengan tinta emas dan diangkat ke Illiyyin!",

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...