Monday, January 26, 2026

SYIAH ISMAILIYYAH AN-NIZARIYYAH

 Apabila Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Billah meninggal dunia pada tahun 487H, timbul khilaf di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah berkenaan peneru keimamam Syiah Ismailiyyah. Satu puak kata yang menjadi imam seterusnya adalah Nizar, anak sulungnya. Satu golongan lagi mengatakan anaknya yang bernama Ahmad Al-Musta'la sebagai imam.

Dalam perselisihan ini, Wakil Khalifah yang bernama Al-Afdhol Syahanshah mendokong Ahmad Al-Musta'la. Kelompok ini paling berpengaruh dan dapat menetapkan Al-Musta'la itu di atas kerusi kekuasaan daulah Fatimiyyah. Mereka disebut sebagai kelompok Al-Musta'liyyah. Nizar sendiri telah ditangkap dan dipenjarakan di Iskandariyyah. Dia mati dalam penjara. Anaknya Al-Hadi melearikan diri ke Asia Tengah dan dia diangkat menjadi imam di sana. Dia didokong oleh kelompok Hasan bin As-Sobah yang mengasaskan kelompok HASYASYIN.

pada tahun 524H, melalui kerja subversif Hasyasyin, anak Ahmad Al-Musta'la, Mansur Al-Amir Bi Ahkamillah yang menggantikannya sebagai khalifah Fatimiyyah mati dibunuh. Berkutan itu keluarga dan pengikut Syiah ISmailiyyah Musta'liyah berpecah pula kepada dua:

1) Kelompok At-Toyyibiyah-Mereka mengatakan anak Mansur yang bernama Toyyib Abul Qasim sebagai khalifah dan Imam seterusnya.

2) Al-Hafiziyyah -Mendakwa anak saudara Mansur yang bernama Al-Hafiz Li Dinillah sebagai penerus.

Begitulah ketaksubah melahirkan perpecahan dalam kelompok. Jika kita lihat, semua aliran yang para pengikutnya taksud kepada guru, akhirnya akan berpecah lagi dan lagi. Hingga dari satu kumpulan akan muncullah puluhan , malahan ratusan hingga ribuan. 

Thursday, January 15, 2026

As-Syanfarah

Gelaran As-Syanfarah diberikan kepada seornag lalaki Sa'luk kategori Makhlu' yang bernama Tasabit bin Awas. 

Pada masa kecil dia membesar di kalangan Bani Fahm daripada kabilah Al-Azdi di mana ibunya adalah salah seorang daripadanya. Lalu ayahnya telah mati dibunuh oleh kabilah Bani Sulaman bin Mufarrij dan menawan anggota kabilah Fahm. 

Kabilah Fahm kemudian menebus anggota kabilahnya itu dengan memberi tebusan. AS-Syanfarah diserahkan sebagai tebusan kepada Bani Sulaman dan kala itu dia masih kecil. Lalu membesarlah As-Syanfarah dalam satu keluarga daripada Bani Sulaman. Satu ketika dia minta kepalanya dicuci oleh anak gadis keluarga angkatnya itu. Namun dia enggan dan dengan marah dia tanpar anak gadis itu. Anak gadis itu menangis dan memberitahu bapanya. Di situ rahsia dan latarbelakang As-Syanfarah pun didedahkan.

As-Syanfarah marah kerana selama bertahun dia diperhambakan. Maka dia bersumpah untuk membunuh 100 orang Bani Sulaman. Maka dia dia telah meberontak dan berjaya membunuh 99 orang warga bani Sulaman. Ketika jadilah As-Syanfarah orang terbuang dari kabilah dan mereka yang terbuang dari kabilah disebut sebagai Sa'luk. 

As-Syanfarah bergabung dengan tokoh-tokoh Sa'luk lain seperti Ta-abbata Syarran dll.

Namun pada akhirnya As-Syanfarah dapat ditawan dan dibunuh oleh Bani Sulaman. Dia disalib sehingga membusuk dan tulangnya jatuh daripada kayu salib. Seorang warga Bani Sulaman datang dia dia memijak tulang temulang As-Syanfarah tapi terluka kakinya. Dia demam dan kesannya dia meninggal

Maka jadilah As-Syanfarah membunuh 100 ornag daripada kabilah Bani Sulaman. 99 masa dia hidup dan ditambah seorang selepas dia sudah mati.

Friday, January 9, 2026

Empayar Seluecid / Selukia/ As- Suluqiyyah

Pada tahun 323 SM , Iskandar The Great meninggal dunia. Dia meninggalkan empayar yang luas. Empayar itu menjadi rebutan antara jeneral-jeneral tenteranya. Salah seorang jeneralnya bernama Seluecus I Nicator telah mengasaskan empayar yang dinamakan Empayar Seluecid yang melebar wilayah kekuasaannya di Asia Tengah dari tanah Levant hingga ke India. Empayar ini menyuburkan budaya Hellenis iaitu zaman di mana budaya, seni dan bahasa Yunani mempengaruhi dan diadaptasi oleh mayarakat lokal . Di Mesir dan sekitarnya berdiri pesaing kepada Seluecus yang membina kerajaan di sana iaitu Ptolemy. Manakala di Makedonia jeneral Antigonus memerintah.

Empayar ini berdiri antara rtahun 312 SM hingga tahun 63 SM. Tempo masa inilah berlangsungnya Zaman Hellenis.

Saya membuat bacaan mengenai Empayar Selukia ini di kala menemukan bahawa Kota Antakia yang hari ini menjadi sebahagian dari Turki Moden , dulunya di asaskan oleh  Seluecus I dan dijadikan Ibu Kota Empayarnya.

Antakia disebut sebagai pusat keagaaman masihi awal.

Kebangkitan kerajaan Greek menekan dan mengecilkan empayar Selukia dan akhirnya membawanya tamat pada tahun 63SM. Lenyap total empayar Selukia adalah di tangan  Gnaeus Pompeius Magnus, anak sulung Pompey yang muncul sebagai seorang pemimpin tentera sekaligus seorang politikus Rom.

Catatan: Pompey The Great adalah seornag jeneral tentera dan negarawan Roman yang merupakan protege kepada Diktator Sulla. Selepas kematian Sulla, bintang politiknya bersinar dan dia meraih banyak kejayaan dalam politik dan ketenteraan Roman. 

Pada akhirnya Pompey kalah dalam Perang Pharsalus tahun 48 SM melawan Caeser yang membawanya lariu Mesir untuk dapat suaka politik di bawah kerajaan Ptolemy namun di bawah perbicaraan mahkamah Ptolemy XIII dia dihukum bunuh.


Saturday, January 3, 2026

SYIAH ZAIDIYYAH

Syiah Zaidiyyah adalah salah satu cabang golongan Syiah yang mana nama Zaidiyyah itu dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib. Zaid bin Ali Zainal Abidin itui adalah putera Ali Zainal Abidin hasil perkahwinan dengan seorang hamba yang dihadiahkan oleh Mukhtar As-Tsaqafi kepadanya. Namanya Haura'. Lahirnya Zaid adalah pada tahun 78H.

Zaid belajar dengan Imam Al-Baqir dan juga Jaafar Sodiq. 

Syiah Zaidiyyah telah berpecah kepada banyak pecahan. Salah satunya adalah Puak Al-Hadawiyyah yang dinisbahkan kepada Imam mereka yang bernama Al-Hadi Ilal Haq Yahya bin Al-Husain Ar-Rasi Al-Hasyimi. Mengikut sejarah, dia melawan puak Qoramitah dan diangkat sebagai Imam di Yaman.

Tak sama macam Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah tidak melihat keimaman itu sebagai warisan. Ia adalah berdasarkan Bai'ah.

Syiah Zaidiyyah juga tidak beriktiqad kemaksuman Imam. Hanya sebahagian mereka melihat 5 orang Ahlul Kisaa' sebagai maksum.

Zaid memimpin pemberontakan melawan kezaliman penguasa Bani Umayyah ketika pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik berpusqat di Iraq. Ini berikutan tekanan dan himpintan ke atas golongan alawiyyin semasa penguasaan Bani Umayyah. Perjuangan Zaid ini dapat sokongan daripada Imam Abu Hanifah. Dalam perjuangannya itulah dia terbunuh. Disebutkan bahawa mayatnya disalib selama 4 tahun.

Puak Syiah yang lain yang berfikrah Rafidhah meninggalkannya dalam penentangannya setelah mereka tidak puas hati atas sikap Zaid terhadap Syaikhan.

Menurut Nasywan Al-Himyari , syiah Zaidiyyah di Yaman yang masih ada hanyalah dari puak Jarudiyyah.

Zaidiyyah menerima kekhalifahan Abu Bakar dan Umar miskipun mereka melihat Ali lebih Afdhal. Di sini konsep kebsahan Mafdhul sebagai imam berbanding yang Afdhal.

Bagi mereka, semua keturunan Fatimah layak jadi imam samada dari Hasan atau Hussain.

Zaidiyyah tidak menghalalkan Mut'ah. Juga tidak membawa perangai memuja Qubur sebagai syiah Ja'fariyyah. Imam Mahdi bukan manusia suci dan tidak semestinya dari keturunan Hasan atau Hussain.

Zaidiyyah tidak beriman dengan akidah Raj'ah dan juga dengan Al-Mahdi Al-Muntazor sebagaimana Syiah Imamiyyah Rafidah. Mereka juga menolak akidah Al-Bada' bahkan menegaskan bahawa ilmu Allah adalah Qadim dan tidak berubah.

Dalam sebahagian furu' feqah, Zaidiyayh selari dengan Mazhab Abu Hanifah.  Terdapat juga persamaan sedikit dalam masalah feqah dengan Mazhab Syafie dan juga Syiah Ja'fariyyah.

Syiah Zaidiyyah pada masa ini banyak tersebar di Yaman, sekitar Laut Qazwin dan juga Utara Afrika.

Beberapa pecahan Syiah Zaidiyyah:

1) Jarudiyyah.

2) Sulaimaniyyah

3) Solihiyyah Batriyyah

4) 


Syiah Zaidiyyah dan Houthi

Walaupun Houthi itu lahir dari Syiah Zaidiyyah, ada beberapa perbezaan antara keduanya.

1) Pemimpin Houthi, Badruddin bin Amiruddin pada dasarnya adalah Mazhab Jarudiyyah. Namun dia mengambil sikap tidak taraddha denagn Abu Bakar dan Umar. Beliau juga menuduh Imam Bukhari sebagai pembohong dan pejilat penguasa. Anaknya Hussain bin Badruddin mewarisi sikap dan pandangannya.

Perangai Badruddin ini lebih mirip kepada Syiah Ja'fariyyah. Dia menganjurkan sambunan husiniyyah  dan membuat sambutan ulang tahun kewafatan imam Syiah Imamiyyah seperti Imam Jaafar Sodiq dan Al-Baqir.

2)

Monday, December 29, 2025

SAID HAWA

 Nama Said Hawa tidak asing lagi. Dia tokoh terbilang 

Lahir pada 27 Sept tahun 1935 dan wafat tahun 1989

Asal Syria. Beliau lahir di Aliliyyat yang terletak di tengah Kota Hama

Beliau bermazhab Hanafi.

Lambang perlawanan terhadap pemerintahan keluarga Asad  dan seorang ikhwani.

Beliau masuk belajar ISlamic Law di Universiti Damaskus pada tahun 1955.Di sana dia terilham dengan Mustafa As-Sibai'i dengan fikrah Ikhwaninya. Di Damaskus juga Said Hawa mendalami kesufian melalui beberapa tokoh seperti Abdul Karim Ar-Rifa'i dihalakah-halaqah sufi di Masjid Zaid bin Tsabit.

Said Hawa graduat pada tahun 1961 dan terjun dalam kerjaya sebagai guru agama di sekolah di sekitar Hasaka dan Salamiyyah yang tidak jauh dari Kota Hama. Ini mengizinkan beliau terus terlibat dengan tokoh-tokoh Ikhwan. Ketika berlaku Tragedi Hama tahun  1664, Said Hawa turun memainkan peranan kecil dalam menggerakan perlawanan terhadap regim Ba'ath.

Ketika ketegangan antara Ikhwan dengan Parti Ba'ath memanas, Said Hawa pergi dan tinggal di Arab Saudi antara tahun 1966 hingga 1971. Disana dia menuklis buku yang bertajuk : Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqan.

Beliau anti kepada revolusi Iran dan menyifatkannya sebagai upaya mengembangkan mazhab syiah.

Tahun 1966 pergi ke Saudi Arabiyya , jadi pengajar di sana dalamb idang bahasa dan tarbiyyah.

Beliau pernah dipenjara pada tahun pada tahun 1973 selama 5 tahun. Dalam penjara dia menghasilkan banyak kitab, antaranya kita Al-Asas Fi At-Tafsir yang ada 11 jilid.

tahun 1979, selepas keluar dari penjara dia dimanahkan sebagai pemimpin Ikhwan di Syria.

Friday, December 5, 2025

SAHABAT YANG DIGELAR DAFINUL MALAA-IKAH

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang digelar dengan Dafiinul Mala-ikah( Dikebumikan oleh malaikat).

Beliau adalah 'Asim bin Tsabit BIN Abi Al-Aqlah.

Beliau adalah kalangan sahabat nabi dari kaum Ansar yang dibilang generasi awal masuk Islam. Beliau dari puak Aus.

Dalam perang Badar, beliau telah berjaya membunuh musuh yang merupakan ayah, suami dan anak kepada seroang wanita Quraisy kafir Makkah yang bernama Sulafah binti Saad Al-Qurasyiyyah.

Dia bersumpah untuk minum arak dalam kepala pembunuhnya itu.

Selepas Perang Uhud, telah datang kepada Nabi SAW di Kotab Madinah beberapa wakil daripada puak 'Adhal dan Al-Qarah, dua puak yang kecil jumlahnya. Mereka meminta dikirimkan bersama merreka orang yang boleh menyebarkan dakwah Islam kepada mereka dan membaca Quran. 

Maka Rasulullah mengirimkan enam ornag sahabatnya diketuai oleh Mursid bin Abi Mursid. Dalam rombongan itu ada 'Asim bin Tsabit dan Juga Khubaib bin 'Adi. Namun, ketika mereka berada di tempat yang disebut sebagai Telaga Ar-Raji', mereka dikhianati.  Mereka telah dikepung dan diserang oleh dua puak besar yang bernama Bani Lihyan

Sahabat 'Asim itu telah gugur syahid dalam peristiwa Telaga Ar-Raji' yang berlaku pada tahun 4 H

'Asim telah berdoa agar Allah memelihara jasadnya:

اللهم إني حميت دينك أول النهار فاحم لي لحمي آخره

Ketika musuh mahu memotong kepalanya untuk diberikan kepada Sulalah, kawanan lebah datang mengurungnya. Musuhnya menunggu hingga senja supaya lebah berlalu. Tapi hujan turun menjelang petang sehingga banjir dan mengnyutkan jasadnya hingga tertanam di tempat yang tidak diketahui. Maka selamatlah jasadnya dalam pelioharaan Allah SWT hingga hari kiamat!


Pengajaran dari kisah Asim bin Tsabit:

1) Siapa yang berpegang dengan janjinya kepada Allah SWT Allah menunaikan janjinya. Asim tlah buat perjanjian dengan Allah supaya jasadnya tidak disentuh musyrik, maka Allah memelihara jasadnya selepas dia syahid.

2) 

Thursday, December 4, 2025

ABU RUGHAL SANG PENGKHIANAT

Dalam setiap bangsa akan ada pengkhianat yang mengkhinati bangsanya. Perbuatan khianat amatlah keji sehingga namanya akan ditulis dengan olesan naji dan dikutuk generasi sepanjang zaman. Di hari akhirat para pengkhianat akan dizahirkan dan diangkat panji pengkhinata di atasnya.

Salah satu tokoh yang terkenal sebagai pengkhianat itu adalah Abu Rughal. Dia lahir dan hidup sebelum kelahiran Nabi SAW. Pengkgianatannya berlaku apabila Abrahah mehu menyerang Kota Mekah. Dia membantu Abrahah menunjukkan jalan ke Kota Mekah kerana Abrahah tidak tahu jalan. 

Abu Rughal itu adalah asal daripada Bani Tsaqif yang mendiami Taif.

Ketika Abu Rughal sampai bersama tentera Abrahah di satu tempat bernama Al-Mughammas, dia mati.

Kuburnya di sana menjadi tempat kutukan bangsa Arab dan mereka melemparkan batu, sampah dan kotoran di sana sebagai tanda Anti-Pengkhianatan yang Abu Rughal lakukan.

Menelusuri sejarah, kita akan menemui dalam setiap peristiwa jatuhnya kerajaan yang memerintah, ada pengkhianat yang merupakan orang dalam.

Tidak lupa juga , dalam dunia kristian mereka menyebut nama pengkhianat yang dinamakan Yahuza. Dia salah seorang murid Jesus( Hawari). Orang Kristian yang percaya bahawa Nabi Isa dibunuh di kayu Salib menganggap Yahuza (Judas Iskariot) adalah pengkhianat kepada Nabi Isa . Namun, sumber Islam yang menolak keyakinan kriostian itu mengtakan bahawa Judas Iskariot bukan pengkhianat tetatpi seornag yang bersama dengan para Hawari Nabi Isa sebagai Khadam. Dia menyanggupi tawaran Nabi Isa untuk mengambil wajahnya (Penyerupaan) sehingga dia menjaid galang ganti di kayu salib!

Semasa kerajaan Bagdad di bawah kendali pemerintah Saljuk, di Halab (Aleppo) memerintah seorang bernama Ridhwan bin Tutusy bin Alp Arsalan. Dia telah mengkhinati umat dan dengan sebabnya Perancis berjaya mengambil alih Antakia.

Dalam pemerintahan kerajaan Fatimiyyah di Mesir, muncul satu nama pengkhianat yang dinamakan Abu Al-Asybal Ad-dhorgham bin Amir bin Sawwar Al-Lakhmi. Beliau merupakan wazir kepada khalifah terakhir kerajaan Fatimiyyah , Al-'Adhid. Beliau bersaing dengan Wazir Syawir yang telah meminta pertolongan Asaduddin Syirkuh dan Salehuddin Ayuubi. Kesalahannya adalah dia meminta pertolongan tentera Salib dalam usaha melawan Wazir Syawir sedangkan Syawir pula minta pertolongan Sultan Nuruddin Zinki. Seorang muslim bila berwalak kepada kafir melawan orang Islam, itulah pengkhianatan. Kisah pengkhianatan Wazir Al-Asybal  tidak tamat. Wazir Syawi juga kemduain berkhianat dan meminta tolong kepada pasukan Salib untuk menentang Asaddudin Syirkuh yang menyebabkan Syawir dihukum bunuh! (Baca kisah selengkapnya di sini)

Kita juga akan menemui peranan anak Syarif Hussain yang berkhianat membantu pasukan penjajah mengusai tanah Syria dan palestin pada zaman kelemahan kekuasaan Othmaniyyah di sana.

Kerajaan Abbasiah tumbang dalam serangan Tar Tar kerana adanya sang pengkhianat  bernama IBN AL-'ALQAMI, seorang wazir kerajaan dan seorang Syiah. (walaupun ada bantahan daripada seorang pendakyah Syiah bernama Yaseer Al-Habib-Link)

Dalam Masyarakat melayu pun ada ikon pengkhianat.

Pada masa kejatuhan Melaka yang pernah menempa kegemilangan di masanya, muncul satu nama pemngkhianat iaitu Si Kitol.

SYIAH ISMAILIYYAH AN-NIZARIYYAH

 Apabila Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Billah meninggal dunia pada tahun 487H, timbul khilaf di kalangan pengikut S...