Sunday, August 13, 2023

PERANG AL-JISR (PERANG JAMBATAN)

 Perang ini berlaku pada 23 Syaaban 13 H. Ianya adalah peperangan antara pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abu Ubaid Mas'ud As-Tsaqafi melawan pasukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Bahman Jazawiyyah.

Abu Ubaid As-Tsaqafi telah tiba memimpin  pasukan Muslimin menyerbu wilayah-wilayah Parsi pada 3 Sya'ban 13H. Beliau memimpin pasukan muslimin dalam siri-siri peperangan yang mencatatkan kemenangan iaitu Perang Namariq pada 8 Sya'ban , Perang Saqatiyyah pada 12 Sya'ban dan Perang Baqsiyatha pada 17 Sya'ban. Namun, apabila dia memimpin pasukan muslimin dalam Perang Al-Jisr pada 23 Sya'ban, beliau telah tersilap strategi yang mengundang kecelakaan serta kekalahan teruk kepada pasukan muslimin.

Perang ini dinamakan Perang Jisr (Perang Jambatan) kerana pasukan Muslimin telah membina jambatan untuk menyemberang bagi berdepan dengan tentera Parsi. Tindakan menyemberang sungai tersebut telah dilarang oleh beberapa kalangan pemimpin tentera di bawah Abu Ubaid. Antaranya adalah Muthanna bin Harithah yang mengatakan taktik menyemberang sungai adalah salah kerana ia akan membuat pasukan tentera Muslimin terkurung di kawasan yang sempit. 

Namun, Abu Ubaid tidak mempedulikan nasihat-nasihat orang kanannya. Dia menegaskan bahawa pasukan Muslimin buklanlah golongan yang takut untuk menyerbu. 

Akibatnya fatal. Ketika berdepan dengan tentera Parsi di semberang sungai yang dinamakan Qis An-Natif, tentera Parsi telah mempersiapkan 10 gajah yang membuatkan takut kuda-kuda perang pasukan Muslimin. 

Separuh tentera kaum muslimin yang berjumlah 9 ribu itu mati terbunuh samada dibunuh atau lemas. Termasuk yang mati adalah Abu Ubaid sendiri.

Pun begitu, yang terbunuh di pihak tentera Parsi juga bukan sedikit iaitu sekitar 6 ribu tentera. hanya, kerana jumlah mereka ramai, ia tidaklah ketara.

Bahaman Jazawaih mengirimkan utusan yang bernama Mirdan Syah bertemu dengan Abu Ubaid. Beliau seorang yang ahli dalam peperangan dan pandai membakar semangat Abu Ubaid. Katanya:

"Sama ada kamu yang menyemberang kepada kami atau kami yang menyemberang kepada kamu..."

Abu Ubaid bermesyuarat dengan kepala-kepala tenteranya. Antara mereka sahabat mulia ahli Badar bernama Sulait bin Qais. Dia mengemukakan pandangannya kepada Ubaid agar menunggu tentera Parsi menyembernag kepada mereka. 

Akan tetapi keputusan panglima mengejutkan semua. Bahawa pasukan Islam akan menyemberang. Sebenarnya Abu Ubaid didorong oleh semangat dan keberaniannya yang tidak strategik. Ini dimarakkan oleh mainan psikologi yang diucapkan oleh Mirdan Syah yang mengatakn bahawa pasukan Parsi mengatakan bahawa pasukan Muslimin pengecut.

Pantang dihina, Abu Ubaid meloncat  dan buat keputusan menyemberang dan itu satu keputusan yang amat silap dan membayar mahal.

Ketika perang berkecamuk dan tentera Islam telah tersepit, Muthanna bin Al-harith memimpin pasukannya memperbaiki jambatan. Usaha itu cuba dicegah oleh seorang bernama Abdullah bin Murthid As-Tsaqafi yang melihat perbuatan itu sebagai sebuah cubaan lari dari medan perang. Dia cuba merosakan kembali jambatan yang sedang dibaiki.  Namun, Muthanna pun menangkapnya dan mengikatnya . Kumpulan Muthanna akhirnya berjaya memperbaiki jambatan dan Muthanna menyeru pasukan tentera Muslimin untuk menyembernag kembali . Dia membentengi serangan tentera Parsi sementara memberi ruang kepada pasukan Islam menyemberang. Dalam usaha ini Muthanna mendapat banyak kecederaan yang membawanya meninggal 2 bulan selepas peperangan tragis itu.

Baca: Shamela

Baca:Islamstory

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....