Sunday, September 7, 2025

QOTADAH SANG MUFASSIIR

Nama beliau adalah Qotadah bin Di'amah, lahir pada tahun 60H. Dalam kitab tafsir kita akan sering menemui namanya disebut sebagai periwayat Ibn Abbas. Pada masa Ibn Abbas wafat usianya baru 8 tahun dan dia tinggal di Basrah sementara Ibn Abbas pada tahun2 terakhirnya dia hanya tinggal di Hijaz. Kerana itu Qotadah dikatakan tidak pernah bertemu Ibn Abbas dan riwayatnya daripada Ibn Abbas adalah Musrsal.


Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan bahawa Qotadah mengambil pandangan golongan Qodariyyah.


وكان يرى القدر نسأل الله السلامة والعفو.

Walaupun Qotadah diriwayatkan punya kecenderungan pemikiran Qodariyyah, ulama ahli sunnah tidak membuangnya. Ali Al-Madini sebagaimana dinukilkkan oleh Ibn Hajar dalam At-Tahzib mengatakan:

وقال علي بن المديني قلت ليحيى بن سعيد إن عبد الرحمن يقول أترك كل من كان رأسا في بدعة يدعو إليها قال كيف تصنع بقتادة وابن أبي رواد وعمر بن ذر وذكر قوما ثم قال يحيى إن تركت هذا الضرب تركت ناسا كثيرا

Perlu diketahui bahawa Qodariyyah itu ada pelbagai peringkat. Ada yang melampau sehingga dihukumkan kafir oleh ulama salaf seperti Ma'bad Al-Juhani dan ada yang tidak sampai ke tahap dihukumkan kafir.

Imam Ahmad pernah menyebitkan tentang fikrah Qodariyyah Qotadah, tetapi katanya Qotadah bukan ornag yang menzahirkannya. Dia menyembunyikan fikiran Qodariyyahnya. Dia bukan pendakwah Qodariyah.

Pun begitu, tiada kalangan ulama yang menolak keadilannya dalam periwayatan!

Qotadah meninggal pada tahun 112H


Friday, August 29, 2025

AR-RABI' BIN ANAS

Beliau adalah Ar-Rabi' bin Anas bin Ziyad Al-Bakri Al-Basri, Al-Khurasani, Al-Muruzi

Beliau adalah dari keturunan keluarga Bakar bin Wa-il dan tinggal di Basrah

Apabila Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi menzalimi penduduknya, beliau lari ke Marwu dan apabila pemerintahan beralih kepada Abbasiyyah, dia menjadi buruan kerajaan  dan akhirnya dipenjara selama 9 tahun ketika Abu Muslim Ak-Khurasani berkuasa di sana.

Beliau mati dalam penjara semasa kekuasaan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur iaitu pada tahun 139H.

Beliau belajar daripada Anas bin Malik dan diriwayatkan sempat bertemu Abdullah bin Umar bin Al-Khattab dan juga Jabir r.a.

Beliau sempat mengambil dan meriwayatkan daripada Abu Al-Aliyah Ar-Riyahi. Dalam biografi Abu Al-A'liyah, disebutkan bahawa ilmunya lenyap kecuali apa yang diriwayatkan oleh Ar-Rabi' bin Anas.

Beliau juga meriwayatkan daripada Hasan Al-Basri. Katanya:


اختلفت إلى الحسن عشر سنين -أو ما شاء اللَّه من ذلك- فليس من يوم إِلا وأنا أسمع منه شيئًا لم أسمعه قبل ذلك


Catatan: Para ulama pada zaman tersebut menghadapi tekanan daripada para penguasa. Ulama terpaksa lari bersembunyi dan ilmunya diambil oleh para murid dalam keadaan sukar. Guru dalam penjara dan murid belajar dari luar penjara. Mereka mati sebagai banduan.

Maka, apa hinanya bergelar banduan? Mulia sangatkan jika ulama itu tidak pernah dipenjara? 

Sedangkan dalam lipatan sejarah, penjara adalah tempat para ulama, para Nabi juga serta cendikiawan, baik yang muslim maupun yang kafir. Kita akan temui dalam rekod sejarah, ramai sekali manusia hebat yang dihumbankan ke penjara!Kerana itu, jika ada orang menyepelekan seorang banduan, ingatlah bahawa sirah para ulama, tokoh dan insan hebat banyak dipenjara!





Thursday, July 17, 2025

SAHABAT NABI-IMRAN BIN HUSAIN

Beliau adalah seorang sahabat Nabi.
Nama sebenarnya adalah Imran bin Husain bin Ubaid bin Khalaf bin Abdu Nahim bin Salim bin Ghadhirah bin  Salul bin Habasyiyyah bin Salul bin Ka'ab bin Amru bin Rabi'ah

Silsilahnya bersambung sampai kepada Yasjab bin Ya'rab bin Qohtan.

Beliau adalah berkurunan Khuza'ah

At-Tabrani menyebitkan tentang ayahnya yang bernama Husain bin Utbah. Diselisihkan orang tentang Islamnya. Ada yang kata di mati dalam keadaan kafir dan ada yang kata dia ISlam. Yang saheh adalah dia ISlam dan mati sebagai Muslim.

Masuk Islam semasa Perang Khaibar ( Tahun 7H) dan ketika pembukaan Kota Mekah dia merupakan pembawa panji kaum Khuza'ah.

Beliau adalah kalangan  sahabat nabi yang terkedepan dan orang-orang Basrah mengatakan bahawa dia melihat malaikat hafazoh dan bercakap dengannya 

Hasan Al-Basri menyebutkan bahawa tidak pernah datang ke Basrah sahabat nabi yang lebih hebat daripada Imran bin Hussain.

Pada masa berlaku konflik antara Saidina Ali dengan Saidina Mu'awiyah, Imran bin Hussain adalah antara sahabat Nabi yang mengambil sikap berkecuali

Inilah sahabat nabi yang digelar SYABIHUL MALAIKAH

Ini kerana dia hidup laksana malaikat hingga dikuriniakan Allah kepadanya karamah boleh bersalam denagn malaikat.

ABU SULAIMAN AD-DARANI

Nama penuhnya adalah Abu Sulaiman Abdurrahman bin Ahmad bin 'Atiyyah bin Al-'Insiyyu Ad-Darani

Beliau lahir pada tahun 140H dan meninggal pada tahun 215H

Beliau lahir di Dar'a yang terletak dalam kawasan Damsyiq , Syria.

Beliau merupakan seorang ulama tasawwuf ahli Sunnah yang mana Imam Az-Zahabi menyifatkannya sebagai " Al-Imam Al-Kabir Zahid Fi 'Asrihi".

Beliau adalah salah seorang ulama sufi yang dipuji kerana ketidakterlibatannya dalam fikrah hululiyyah dan ittihadiyyah yang menghantui banyak pemain tasawwuf falsafi

Jika hendak dibersihkan kalangan ulama tasawwuf, beliau adalah salah satunya. 

Yang lain-lain adalah seperti Fudhail bin 'Iyadh, Junaid bin Muhammad, Sahl bin Abdullah Al-Tustari, Amru bin Uthman Al-Makki, Abu Uthman An-Nisaburi, Abu Abdullah bin Khafif As-Syirazi, Yahya bin Mu'az Ar-Razi.

Nama-nama di atas adalah ulama yang mengithbatkan sifat Allah dan menolak konsep wehdatul wujud  serta akidah Jahmiyyah.

Thursday, June 19, 2025

Bani Israil balik ke Mesir?

Pertanyaan ini timbul berikutan terdapat firman Allah SWT dalam Surah As-Syu'araa, ayat 59:


كَذَٰلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ (59)

" Demikianlah kami wariskannya Babni Israil".


Pandangan Mufassirin

1) Harta-harta yang berada di tangan Bani Israil yang di bawa bersama mereka semasa menyemberang laut.Tafsiran ini jauh dan menyimpang kerana ada ayat lain menjelaskan apa yang diwarisi Bani Israil itu kunuz dan maqam karim.

2) Bani Israil balik semula ke Mesir selepas kematian Fir'aun. Sejarah dan kitab-kitab suci Bani ISrail tidak menyebutkannya.

3) Bani Israil mewariskan warisan YANG SAMA macam apa yang ditinggalkan oleh Firaun iitu bumi Araiha yang terletak di tanah Palestin.


Isim Isyarah "Kazalik' membawa erti keserupaan warisan bukan warisan sepenuhnya. 

Lihat: Youtube


Friday, May 16, 2025

AL-BAQILANI

Siapakah Al-Baqilani?

Nama penuh beliau adalah  Muhammad bin Tayyib bin Muhammad bin Jaafar bin Qasim dan beliau masyhur dengan nama Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani.Al-Basri.

Beliau deigelar Syeikh As-Sunnah dan Jurucakap Ummat (Linasul Ummah)

Beliau termasuk ulama Ahli Kalam yang mengikut manhaj Abul Hasan Al-Asy-'ari..

Beliau adalah ulama besar pada zamannya dan merupakan pemuka ulama Asy'ari.

Beliau juga ulama rujukan Mazhab Maliki pada zamannya.

Beliau lahir tahun 950M  dan meninggal pada tahun 1013M besama  tahun Hijrah 338H - 403H di Baghdad pada usia 63 tahun.

Beliau berguru dengan ulama-ulama yang berguru langsung dengan Abu Hasan Al-Asy'ari seperti:

1) Daruqutni

2) Abu Mujahid At-Ta'i

3) Abu Hasan Al-Bahili

4) Ahmad bin Jaafar Al-Qutai'i

5) Abu Bakar Al-Abhari

6) 


Antara kitab tulisannya :

  1. 'I'jazul Quran
  2. Al-Intisar Lil Quran
  3. At-Taqrib Wal-Irsyad
  4. Tamhid Al-Awail Wa talkhis Ad-Dalail



Sunday, January 12, 2025

IMAM SAHNUN

 Nama penuhnya adalah Abu Said Abdus Salam Sahnun bun Said bin Habib bin Hassan bin Hilal bin Bakkar bin Abdullah nbin Rabi'ah At-Tanukhi Al-Himsi Al-Maghribi Al-Qairawani Al-Maliki

Lahir pada tahun 160H dan wafat pada tahun 240H.

Beliau terbilang sebagai Faqih mazhab Malki yang paling utama di sebelah Magribi.

Sahnun itu adalah gelarannya yang masyhur.

Bapanya berasal dari Homs, Syria dan datang ke Maghribi pada zaman pemerintahan kerajaan Aghlabiyyah.  Lalu di Kota Qoirawan, lahirlah Sahnun.

Imam Sahnun menjawat sebagai Qadhi dalam kerajaan Aghlabiyyah antara tahun 234H  hingga 240 H di zaman penguasa Aghlabiyyah yang bernama Muhammad I

Penyebaran mazhab Maliki di Utara Afrika banyak disumbangkan oleh peranan Imam Sahnun.

Beliau wafat tahun 240 H ketika berada pada posisi sebagai Qodhi dan jenazahnya disolatkan oleh Sultan Muhammad I

Kitab-kitabnya:

1) Al-Mudawanah Al-Kubra

QOTADAH SANG MUFASSIIR

Nama beliau adalah Qotadah bin Di'amah, lahir pada tahun 60H. Dalam kitab tafsir kita akan sering menemui namanya disebut sebagai periw...