Nama penuhnya adalah Abu Sulaiman Abdurrahman bin Ahmad bin 'Atiyyah bin Al-'Insiyyu Ad-Darani
Beliau lahir pada tahun 140H dan meninggal pada tahun 215H
Beliau lahir di Dar'a yang terletak dalam kawasan Damsyiq , Syria.
Beliau merupakan seorang ulama tasawwuf ahli Sunnah yang mana Imam Az-Zahabi menyifatkannya sebagai " Al-Imam Al-Kabir Zahid Fi 'Asrihi".
Beliau adalah salah seorang ulama sufi yang dipuji kerana ketidakterlibatannya dalam fikrah hululiyyah dan ittihadiyyah yang menghantui banyak pemain tasawwuf falsafi
Jika hendak dibersihkan kalangan ulama tasawwuf, beliau adalah salah satunya.
Yang lain-lain adalah seperti Fudhail bin 'Iyadh, Junaid bin Muhammad, Sahl bin Abdullah Al-Tustari, Amru bin Uthman Al-Makki, Abu Uthman An-Nisaburi, Abu Abdullah bin Khafif As-Syirazi, Yahya bin Mu'az Ar-Razi.
Nama-nama di atas adalah ulama yang mengithbatkan sifat Allah dan menolak konsep wehdatul wujud serta akidah Jahmiyyah.
No comments:
Post a Comment