Antara tahun 1789 hingga 1925, sebuah kerajaan Dinasti yang dinamakana Dinasti Qajar memerintah tanah Iran yang kita kenal hari ini. Ia diasaskan oleh Agha Muhammad Khan Qajar yang menjalankan kempen penyatuan Iran antara tahubn 1779 hinngga 1796.
Pada tahun 1925, badan tertinggi dalam pemerintahan di Iran iaitu MAJLIS telah mengisytiharkan Reza Syah sebagai raja Iran yang baru setelah memecat Ahmad Syah, raja ke-7 Dinasti Qajar. Pengangkatan Reza Syah yang asalnya adalah seorang pegawai tentera menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Pahlavi.
Sebelumnya Dinasti Qajar memerintah, Iran diperintah oleh Dinasti Safawi yang berkuasa antara tahun 1501 hingga 1706.
Dari sudut mazhab atau aliran pegangan, sama seperti Safawi, Qajar juga mengikut fahaman Syiah.
No comments:
Post a Comment