Friday, January 13, 2023

KERJA-KERJA SUBVERSIF PUAK HASY-SYASYIN.

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa seornag wazir hebat kerajaan Saljuk yang bernama Nizamul Muluk At-Tusi telah menjadi korban pembunuhan terancang seorang pembunuh dari golongan Hasy-syasyin. Dalam sejarah, puak Hasy-syasyin telah membuat banyak onar dan membunuh ramai tokoh. Mereka adalah satu gerakan subversif yang paling berbahaya dan tidak pernah berjaya ditumpaskan oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu. 

Siapakah puak Hasysyasyin ini?

Kita mulakan tolehan sejarah pada kemunculan satu firqah Syiah yanh dinamakan Syiah Ismailiyyah. Firqah Syiah ini muncul di persada sejarah bila Imam Jaafar Sodiq meninggal pada tahun 148H/765M. Imam Jaafar. Meninggalnya Jaafar Sodiq meninggalkan pertikaian kalangan pengikut Syiah tentang siapakah pewaris keimaman keluarga Ahli Bait. Syiah Imam 12 menetapkan penerusnya ialah Musa Al-Kazim. Namun, ada yang menetapkan bahawa imam seterusnya adalah Ismail bin Ja'far Sodiq. Daripada namanyalah kelompok ini kemudiannya dinamakan Ismailiyyah. Kelompok ini telah mencetuskan secara ekstrim konsep-konsep kebatinan sehingga mereka dikenali sebagai Golongan Batiniyyah di kalangan Ulama Milal wan Nihal.

Syiah Ismailiyyah telah berpecah kepada beberapa cabang. Kerajaan Fatimiyyah yang berjaya ditegakkan di Mesir pada tahun 297H/909M adalah berdiri di atas alirah Syiah Ismailiyyah. Demikian juga kumpulan Qoramitah yang pernah membina kerajaan di Bahrain, adalah satu cabang aliran Syiah Ismailiyyah. Kecenderungan batiniyyah Syiah Ismailiyyah ini kemudiannya mempengaruhi banyak kumpulan dalam Islam, termasuklah aliran tasawwuf Sunni pada fasa-fasa terkemudian.

Kumpulan Hasysyasyin adalah salah satu alirah dalam Syiah Ismailiyyah. ia diasaskan pada tahun 483H oleh seorang yang bernama Hasan bin As-Sobah Al-Ismaili. Pada tahun itu, mereka telah menguasai satu kota yang dinamakan KOTA AL-MAUT yang terletak di sebelah Barat Daya Tasik Qazwin (Laut Caspian) iaitu dalam wilayah Parsi. Kota ini terletak di atas Banjaran Alborz iaitu tanah tinggi yang menganjur dari selatan Azerbaijan, melalui kawasan selatan laut Caspian ( Tasik Qazwin) hingga bertemu dengan selatan Turkmenistan. Bentuknya seolah-olah busur anak panah.


Ilustrasi Qol'ah Al-Maut

Lokasi di puncak gunung


Kedudukan Kota Al-Maut


Hasan bin As-Sobah mendapat inspirasi daripada seorang pendakwah dari kerajaan Fatimiyyah yang bernama Abdul Malik bin Attosy yang menghasut orang agar menyokong fikrah Fatimiyyah dalam wilayah pemerintahan kerajaan Saljuk.  Hasan As-Sobah telah pergi ke Mesir dan bertemu dengan Khalifah Fatimiyyah di sana yang bernama Al-Mustansir. Khalifah itu memintanya menyebarkan dakwah Fatimiyyah agar orang ramai mengakui kekhalifahannya. Hasan bin As-Sobah bertanya tentang khalifah sesudahnya. Dijawabnya bahawa anaknya yang bernama Nizar adalah pengantinya. Maka Hasan As-Sobah pun berwalak kepada Nizar. Namun di Mesir ketika itu, penyokong Al-Musta'li, anak Al-Mustansir yang lain juga bergerak aktif. Hasan bin As-Sobah tidak betah tinggal di Mesir lagi. Setelah 18 bulan di Mesir, dia pun meninggalkan Mesir dan belayar melalui laut Merah hingga tiba di Asfahan. Dia mula menyebarkan dakyahnya mengajak orang ramai kepada walak untuk Nizar dan pengikutnya pun berambah. Mereka yang mendokongnya dinamakan An-Nizariyyah.  Dia tidak berani beraktiviti di Ar-Rayy, ibu kota kerajaan Saljuq kerana tidak sanggup berdepan dengan wazir Nizamul Muluk At-Tusi. Wazir Nizamul Muluk At-Tusi telah mengeluarkan arahan agar ditangkap Hasan As-Sobah, tetapi dia melarikan diri.

Pada 7 Rejab tahun 483, Hasan bin As-Sobah serta pengikutnya dapat menakluki KOTA AL-MAUT, satu kota lama yang berada di atas kemuncak gunung pada ketinggian lebih 6 ribu meter. Ia telah dibina lama sebelumnya dan binaanya sangat rumit dan sukar ditembusi. Dikatakan yang membinanya adalah salah seorang raja Dailam dan kemudiannya jatuh ke tangan puak Alawiyyin sebelum diambil alih oleh Hasan As-Sobah.

Setelah mengambil alih kekuasaan atas KOTA Al-MAUT ini, Hasan bin As-Sobah berlindung di sana dan tidak pernah keluar selama 35 tahun sehinggalah dia mati. Dia menjadikan kota itu sebagai pusat gerakan Nizariyyah dan menyebarkan pengaruh serta mencari ahli baru yang akan menjalankan kerja-kerja yang diperintahkannya. Hasan bin As-Sobah, dari kotanya itu menyusun strategi menguasai kawasan-kawasan sekitar dengan askar-askar upaahannya. Ini menyebabkan berlaku bertembungan dengan kerajaan Saljuk. 

Gerakan mereka ini dinamakan Hasy-syasyin kerana aktiviti tersembunyi mereka dalam membunuh penentang mereka.  Dikatakan juga ia merujuk kepada Hasyisy (sejenis dadah) yang mereka gunakan untuk mengkhayal diri mereka sebelum operasi membunuh sehingga mereka tidak takut dan berubah fikiran lagi dari misi mereka. 

Gerakerja subversif kumpulan Hasy-syasyin ini telah memakan korban ramai kalangan ulama, raja-raja dan para pembesar kerajaan. Mereka menjadi ancaman yang ditakuti bukan sahaja kalangan pemimpin Muslim Sunni, tetapi juga kalangan raja-raja Salibi. Selama 2 kurun mereka bergerak aktif dan tidak dapat ditumpaskan, akhirnya datang Hulago Khan, penakluk berbangsa Mongol. Dia menyapu bersih kerajaan Islam di wilayah Parsi termasuklah ancaman dari KOTA AL-MAUT yang menjadi sarang ampuh golongan Hasysyasyin itu.  Pemerintah Islam gagal membanteras para munafiqin itu, tetapi kafir harbi yang datang dari daerah Utara Cina itu yang akhirnya dapat memadamkan api kejahatan mereka.

Mogol telah menghancurkan Hasy-syasyin sehingga tidak dapat bangkit lagi sebagai sebuah herakan Subversif yang paling bahaya. Namun, akidah Syiah Ismailiyyah Nizariyyah tidak lenyap. Ia terus hidup hingga hari ini di seluruh dunia. Yang paling menonjol kalangan mereka adalah kumpulan yang dinamakan Al-Agha Khaniyyah yang mana ketuanya Aga Khan IV adalah antara orang terkaya dalam dunia. Pengikutnya dianggarkan 10 juta di seluruh dunia. Kumpulan ini adalah pengikut kepada Hasan Ali Syah yang muncul di Iran dan menamakan dirinya sebagai Aga Khan I


Tonton Video Kekayaan Aga Khan ke -4: https://www.youtube.com/watch?v=P4yKXCZaMsI

Lihat fatwa mengenai kumpulan Aga Khan:https://islamqa.


Tokoh-tokoh yang dibunuh oleh puak Hasy-syasyin:


1) Wazir Nuzamul Muluk At-Tusi ( Tahun  1092 M)

2) Corrado di Monferrato - Raja Salibi di Baitul Maqdis (1192 M)

3) Qadhi Asfahan- Ubaidillah Al-Khatib.

4) Al- Aamir bi Ahkamillah, Khalifah Fatimiyyah Mesir.

5) Al-Mustarsyid Billah, Khalifah Abbasiyyah.




No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...