Kerajaan beraja di Rom bermula bila Romulus mula mengasaskan kerajannya di Pallatine Hill pada tahun 753 BC. Kerajaan beraja yang diasaskannya itu berlangsung sehingga tahun 509 BC. Selama tempoh tersebut ada 7 raja yang berkuasa iatu:
- Romulus (753-716 BC)
- Numa Pompilius (715-673 BC)
- Tullus Hostilius (673-641 BC)
- Ancius Marcus (641-616 BC)
- Tarquinius Priscus (616-579 BC)
- Servius Tullius (578-535 BC)
- Tarquinius Superbus (535-509 BC).
Tahun 509 BC Rom bertukar menjadi kerajaan republik. Kerajaan dalam bentuk Republik ini berlangsung sehingga tahun 27 BC.
Julius Caeser mati terbunuh pada tahun 44 BC. Dia digantikan oleh Augustus (Octavian). Dia, Leftenan Mark Anthony dan Marcus Lepidus berkerjasama mengalahkan Brutus dan Cassius yang telah membunuh Julius caeser. Mereka bertiga berjaya dan dan menang dalam perang Philippi pada tahun 42 BC. hasilnya Rom dipecahkan pemerintahannya dan dinamakan Second Triumvirate.
Kemudian Octavian dan Leftenan Mark Anthony berselisih dan berperang. Mark Annthony bersekutu dengan kekasihnya Cleopatra dan belakulah Perang Actium pada tahun 31 BC. Octavian menang dalam perang itu . Pada tahun 27 BC, senat Rom memberikan kuasa yang lebih kepada Octavium dan menjadikannya sebagai Emperor pertama Empayar Romawi.
Maka tahun 27 BC menandakan berakhirnya zaman republik dan bermulanya zaman empayar yang diperintah oleh seorang Kaisar (maharaja).
Kaisar Augustus memerintah antara tahun 27BC hingga 14 AD. Dalam tempoh itu dia telah meluaskan kerajaan Rom hingga ke Mesir dan Utara Afrika. Zamannya terkenal dengan kestabilan dan keamanan.
Beliau menubuhkan benuk kerajaan yang disebut sebagai "principate".
'Principate' is etymologically derived from the Latin word princeps, meaning chief or first, and therefore represents the political regime dominated by such a political leader, whether or not he is formally head of state or head of government.
Ketika itu Parsi di sebelah timur juga telah menjadi kerajaan yang kuat.
Augustus kemudiannya digantikan oleh anak angkatnya dan juga anak tirinya yang bernama Tiberius. Tiberius memerintah dari tahun 14 AD hingga tahun 37 AD. Ibunya, Livia Drussila pada mulanya adalah isteri kepada seorang ahli politik bernama Tiberius Claudius Nero. Kemudianya, ibunya bercerai dengannya dan berkahwin dengan Augustus yang ketika itu belum menjadi kaisar lagi.
Tiberius (14-37M) adalah penguasa pertama dari Dinasti Julio-Claudian. Beliau memang mahir mentadbir tetapi seorang yang kejam. Beliau kemudiannya digantikan oleh anak saudaranya yang bernama Caligula (37-41). Kemudian Claudius (41-54M). Terakhir daripada dinasti Julio-Claudian adalah Nero (54-68M).
Kalau masih ingat kisah Paulus, di Nero inilah Paulus dihukum bunuh.
Selepas Nero, berlaku senggangan masa dan tiada raja. Senator mentadbir Rom.
Hingga naik seorang bernama Vespasian dan dia menjadi raja pertama dari Dinasti Flavian. Dia memerintah antara tahun 69M hingga 79M. Kemudian anaknya menggantikannya. Titus (79-81M). Sterusnya Domitian (81-96M), anak Vespasian yang lain. Dia kejam dan zalim hingga akhirnya dibunuh. Maka tamar pula Dinasti Flavian.
Menggantikan Domitian adalah seorang senator bernama :
- Marcus Cocceius Nerva (96–98M).
- Trajan (98–117)
- Hadrian (117–138)
- Antoninus Pius (138–161),
- Marcus Aurelius (161–180)
Pada masa Diocletian (284-305M) menjadi emperor Rom, dia menyedari bahawa wilayah Rom sangat luas untuk dia tadbir sendiri. Dia mula memecahkannya kepada dua . Bahagian Timur, mulai dari Nicomedia, dia yang perintah dengan pangkat sebagai augustus dan Galarius sebagai caeser.
Sementara Maximian dan Constantius The Pale pula memerintah bahagian Barat. Kemudian anak Constantius The Pale iaitu Constantine (306-337M) dapat mengalahkan semua pesaingnya dan menyatukan Rom Timur dan Rom Barat serta mengubah pusat pentadbiran ke Timur dan mewujudkan Kota Constantine sebagai pusat pentadbirannya.
Kemudian pada zaman Theodosius 1(379-395M), empayar Rom sudah tidak dapat dikekalkan kesatuannya lagi. Ia mula terpecah kepada Rom Timur dan Rom Barat.
No comments:
Post a Comment