Wednesday, March 15, 2023

CYRUS II (CYRUS THE GREAT)

Nama ini adalah nama seorang  raja pengasas sebuah kerajaan dinasti yang dikenal dalam sejarah sebagai Empayar Achaemenid. Dalam bahasa Arab disebut : الإمبراطورية الأخمينية


Kerajaan ini adalah kerajaan pertama yang berdiri di tanah Parsi. Ia diasaskan oleh Cyrus II pada tahun 550BC. Dalam bahasa Arab, Cyrus II disebut sebagai :كورش الكبير atau  قورش الكبير.

Dulu, sebelum Cyrus II bangkit dengan pencapaiannya, ada sebuah kerajaan di kawasan Iran hari ini yang dinamakan kerajaan Median. Kerajaan ini berdiri antara tahun 678-549BC. Cyrus II bangkit memberontak dan menumbangkan kerajaan tersebut. Ketika itu datuknya yang bernama Astyages yang berada di atas tahta Kerajaan Median.

Ada pandangan mengatakan Cyrus II ini lebih tepat dinisbahkan sebagai Zulqarnain yang kisahnya disebutkan dalam Quran berbanding pandangan yang menampilkan Alaxender The Great sebagai Zulqarnain.

Bila Cyrus II meninggal, Dinasti Achaemenid diteruskan oleh anaknya Cambysess II. Dia memerintah selepas ayahnya antara tahun 530-522BC. Dia mati ketika dalam perjalanan balik dari misi ketenteraan di Utara Afrika dan berada di kawasan Syria. Dia balik dari Mesir dan kawasan sekitarnya  kerana mendapat berita ada pemberontakan di Persia.  Oleh kerana dia meninggal tidak menurunkan zuriat, maka adiknya yang bernama Bardiya anak Cyrus II  menggantikannya.Ada catatan sejarah menyatakan bahawa sebenarnya bardiya telah dibunuh oleh Cambysess II dan orang Persia tidak mengetahuinya. Maka muncul satu watak yang mendakwa dirinya sebaga Bardiya. Watak itu, oleh Darius, seorang pengawal kepada raja Cambysess II, dinamakan sebagai Gaumata. Dalam masa yang sama Cambysess II  sakit dan mati. Maka Darius telah bertindak dengan kumpulannya membunuh Gaumata. Darius kemudian mendapat tahta kerajaan Achaemenid. Dia berkuasa antara tahun 522-486BC. Semasa dia mengambil alih empayar Achaemanid, keluasannya berada pada kemuncaknya. Ia menganjur dari lembangan Indus di Timur hingga ke Utara Afrika.



Empayar Achaemenid tumbang apabla Alexeder The Greate dari Macedonia menyerang Parsi pada tahun 330BC




No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...