Tuesday, May 21, 2024

AL-MAWARDI

 Beliau adalah Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Habib Al-basri Al-Mawardi.

Beliau lahir di Basrah tahun 364H dan wafat tahun 450H.

Ayahnya bekerja sebagai penjual air bunya mawar dan dari situ gelaran Mawardi diberikan kepadanya. Ayahnya baa dia pindah ke Baghdad dan di sana dia mendalami ilmu hadis serta melazimi Imam Abu Hamid As-Safarayini.

Dia menjadi tenaga pengajar kemudiannya di Baghdad dan kemudian Basrah sebelum balik semula ke Baghdad.

Tajuk yang dia kuasai adalah Hadis dan Tafsir.

Beliau pernah menjawat sebagai Qadhi pada tahun 429H dengan gelaran Aqdhal Al-Qudhat yang tarafnya di bawah Qadhi Al-Qudhat pada masa itu dalam kerajaan Bani Abbasiyyah pada masa-masa akhirnya. Stelah itu, dia sempat menjadi Qadhi Al-Qudhat juga.

Beliau hidup pada zaman dua khalifah Abbasiyyah yang lama memerintah iaitu Al-Qadir Billah dan Al-Qaim Billah. Pada masa Al-Qaim Billah, pengaruh Fatimiyyah menguasai Baghdad sehingga nama khalifah Fatimiyyah disebut dalam doa-doa atas membar.

Al-Mawardi banyak terlibat dalam tugas kedutaan antara kerajaan Abbasiyyah dengan kerajan Buwaihiyyah dan Saljuk. Peranan sebegini menjadikan dia banyak menghasilkan karya dna karyanya berpengaruh dan kekal.

Antara kitab yang ditulis dan masih dirujuk sehingga hari ini adalah AL-AHKAM AS-SULTANIYYAH.

Beliau juga mempunyai kitab tafsir yang dinamaka AN-NAKTU WAL-'UYUN.

Beliau juga mengarang kitab Feqah Syafie yang dinamakan Al-Hawi Al-Kabir yang boleh dianggap sebagai antara kitab utama dalam feqah Mazhab Syafie. Ia dikarang dalam bentuk Syarah  bagi Muktasor Al-Muzani (Meninggal 264H). Kitabnya itu ada 10 Jilid bahkan ada yang mengatakan sampai 30 jilid. Tiada dalam Mazhab Syafie kitab Feqah sebanyak itu.

Imam Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-'Ibar, Jil3 ms 223:

كان -الماوردي- إمامًا في الفقه والأصول والتفسير بصيرًا بالعربية

Al-Mawardi pernah dituduh sebagai muktazilah, namun pembelaan seorang muridnya yang terkenal dalam karya-karyanya iaitu Khatib Al-Baghdadi dapat membersihkan dia dari pelebelan itu.

Kalangan fuqaha utama mazhab Syafie.Beliau wafat pada tahun 450H pada usia 86 tahun dan dikebumikan di Bab Harb serta disolatkan jenazahnya oleh Khatib Al-Baghdadi.



Bacaan Tambahan: Islamway.net



No comments:

Post a Comment

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah , ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut sepa...