Friday, December 23, 2022

KHALIFAH AL-MUTAWAKKIL BIN AL-MU'TASIM BIN AR-RASYID

Khalifah Al-Mutawakkil adalah khalifah ke-10 dinasti Abbasiyyah. Beliau menjadi khalifah menggantikan saudaranya Khalifah Al-Wasiq pada tahun 232H. 

Beliau adalah Abu Al-Fadhli Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tasim bin Harun Ar-Rasyid bin Al-Mahdi bin Al-Mansur Al-Abbasi. Ibunya adalah hamba berketurunan Turki bernama "Syuja' " 

Sebahagian ulama seperti Imam Az-Zahabi menyifatkan Khalifah Al-Mutawakkil sebagai " pembela Sunnah" kerana dengan naiknya dia ke kerusi khilafah, pengaruh muktazilah disingkirkan dan fitnah "Khalqul Quran " ditamatkan.

Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhammad At-Tayyimi menyanjungnya dengan mengatakan: 

" Sesungguhnya khalifah itu ada 3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang memerangi golongan murtad, khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan kezaliman Bani Umayyah dan Khalifah Al-Mutawakkil yang membela sunnah dan membungkam Bid'ah".

Ibn Al-Jauzi menyebutkan: Al-Mutawakkil telah memadamkan maraknya api bid'ah dan menghidupkan lampu sunnah".

Pun begitu, ada tuduhan bahawa dia adalah seorang Nasibi kerana langkahnya meruntuhkan kubur Saidina Hussain dan penduduk Syiah di Baghdad menuliskan di dinding-dinding cemuhan ke atasnya.

Apa nak heran, seorang pemimpin yang disanjung, pastui ada yang mencela.

Khaliafah Al-Mutawakkil sedar akan pengaruh berlebihan jenderal tentera Turki dalam kerajaan. Sejak datuknya Al-Mutasim melibatkan orang-orang Turki dalam kerajaan, roda pemerintahan banyak dikawal oleh mereka. Maka, Al-Mutawakkil cuba menjarakkan dirinya dari Kota Samanraa yang menjadi pusat aktiviti para umara tentera Turki. Dia juga bercadang untuk memindahkann pusat pemerintahan ke Damsyiq. Usaha-usaha oleh Al-Mutawakkil ini dicium baunya oleh para ketua tentera Turki. Mereka memngambil kesempatan konflik antara al-Mutawakkil dan anaknya Al-Muntasir untuk menggunakan sang anak itu supaya terlibat dalam membuhuh ayahnya. 

Tentera Turki telah membunuh khalifah Al-Mutawakkil dan wazirnya Al-Fathu bin Khaqan cuba mempertahankannya. Wazir itu pun dibunuh dan ditohmah sebagai membunuh khalifah dan kerana itu dia dibunuh. Itulah helah politik dan perbuatan menkambinghitamkan seseorang agar pelaku sebenar terselamat.  Teknik yang sebegini banyak dimainkan dalam dunia politik.

Sejarawan menyebutkan bahwa khalifah Al-Mutawakkil telah melantik 3 orang puteranya sebagai Putera Mahkota iaitu Al-Muntasir, Al-Mu'taz dan Al-Muayyad. Perlantikan 3 putera mahkota ini adalah apa yang pernah dibuat oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, datuknya dulu. Ini sebenarnya membuka pintu kepada fitnah perang saudara. Tindakan Al-Mutawakkil itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati Al-Muntasir sehingga dia berada di belakang tabir pembunuhan ayahnya itu oleh para askar Turki.

Pada satu ketika, Al-Mutawakkil tidak sihat dan dia menyuruh anaknya Al-Mu'taz untuk naik ke membar dan menyampaikan khutbah Jumaat.  Maka, Al-Mu'taz telah melakukan dengan baik dan orang ramai memujinya. Ini membimbangkan Al-Muntasir kalau-kalau ayahnya mendahukan Al-Mu'taz atasnya. Kerana itu dia berkonspirasi dengan para para pegawai tentera Turki untuk melenyapkan ayahnya.Maka pada 4 Syawal 247H, berlakukan peristiwa Al-Mutawakkil di bunuh. Al-Muntasir naik jadi khalifah tetapi khalifah sudah tidak bertaring lagi. Beberapa khalifah sesudah Al-Muntasir semuanya jadi bidak catur para ketua tentera Turki.

Khalifah Ababsiyyah telah hilang kehaibatannya. Zaman kemerosotan telah bermula.

Dicatatkan dalam sejarah, pada masa pemerintahan Al-Mutawakkil, telah berlaku ribut kencang yang sangat pelik. Angin ribut itu melanda negeri Irak. ladang-ladang di Kufah, Basrah dan Baghdad terbakar. Hal ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia membunuh ramai para musafir dan berlangsung selama 50 hari. Angin ribut tersebut juga melanda Hamazan dan mebakar padang ternak dan jalan-jalan. Ia juga melanda Mosul dan Sinjar serta mengganggu aktiviti perniagaan di pasar-pasar dan menghalang lalu lintas di jalan-jalan. Ramai korban akibat musibah tersebut.

Sebenarnya pada awal pemerintahannya juga ditandai dengan peristiwa gempa bumi di Damsyiq yang merebak hingga ke Antakiah lalu meranapkanya. Ia juga menjejaskan bahagian Jazirah dan menyebabkan berlaku kebakaran. Juga menggegarkan Mosul dan menelan korban sekitrar 50 ribu jiwa.

Disebutkan dalam kitab Tarikh As-Suyuthi,


Yahya bin Aksam dilantik menjadi Qodhi Al-Qudhat oleh Khalifah Mutawakkil setelah mendapat nasihat daripada Imam Ahmad bin Hambal.

Tonton video: Pembunuhan Khalifah Al-Mutawakkil


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....