Thursday, December 22, 2022

Zaman-zaman kelemahan para Khalifah Abbasiyyah

Tahun 247 H, Khalaifah Abbasiyyah yang bernama Al-Mutawakkil telah dibunuh oleh orang-orang Turki yang sebelumnya diletakkan dalam istana Khalifah pada posisi-posisi penting. Mereka mencabut kesetiaan kepada khalifah dan tega membunuhnya. Namun, selepas itu, mereka melantik anak khalifah Al-Mutawakkil yang dipanggil Al-Muntasir untuk duduk di atas kerusi kekhilafahan. Al-Muntasir itu sendirilah yang menjadi dalang dalam pembunuhan ayahnya Al-Mutawakkil.

Sejak itu, khalifah yang bertahta telah hilang kehaibatannya. Al-Muntasir akhirnya mati diracun sebelum sampai 6 bulan dia jadi khalifah.Dia diangkat selepas Aidil Fitri dan pada 5 Rabi'ul Akhir tahun selepasnya dia mati dan usianya baru 26 tahun.

Khalifah Al-Musta'in sesudahnya digulingkan dan kemudian mati dibunuh juga oleh askar-askar tamarrud berbangsa Turki itu. Khalifah Al-Mu'taz yang berikutnya juga diturunkan tahta oleh askar tamarrod Turki dan kemudiannya  di kurung dan tidak diberikan air hingga mati!

Ada juga khalifah kemudiannya seperti Al-Muhtadi dan Al-Mu'tadhid yang cuba mengembalikan kehaibatan khalifah namun, usaha mereka gagal.

Naik khalifah Al-Muqtadir billah ke tahta dan usianya baru 11 tahun dan dia jadi khalifah selama 24 tahun namun hanya jadi catur para umaraa Turki dalam istana khalifah. Akhirnya dia pun mati dibunuh di tangan Mu'nis seornag khadam berbangsa Parsi.

Kemudianya naik tahta khalifah Al-Qohir dan dia pun kemudiannya mati dibunuh. Ini khalifah terakhir yang jadi mangsa dan bidak catur para umaraa Turki. Khalifah sesudahnya bernama Ar-Radhi Billah. Dia naik tahta tahun  322H=933M. Pada zamannya, kerajaan Buwaihiyyah telah bangkit dan kota Bagdad pun dikuasai dan  sultan-sultan Buwaihiyyah pun menjadi umaraa kepada khalifah pula.

Kerajaan Buwaihiyyah menjadi pemerintahan sebenar yang menatadbir urusan daulah khilafah selama 113 tahun.Selama itu, perebutan kuasa sesama mereka berlangsung dan konflik mazhab Sunni dan Syi'i membara. Hingga tahun 447H=1055M, Abu Nasir bin Abi Kalijar yang merupakan penguasa terakhir Bani Buwaih melepaskan kekuasaan. Pada Saat itu, kerajaan Saljuk yang dipimpin oleh Tughrul Bik sedang bangkit dan menguasai Bagdad dan mengambil alih kuasa bani Buwaih. 


Sumber rujukan:

1) https://www.sasapost.com/lifestory-of-buyid-dynasty/

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....