Friday, December 9, 2022

QATRUNNADA PENGANTIN TERHEBAT DALAM SEJARAH



Qatrunnada adalah puteri kepada Khamarawaih bin Ahmad bin Tulun, Sultan dari kerajaan Tuluniyyah yang memerintah Mesir. Para penguasa dari kerajaan Tuluniyyah adalah takluk kepada khalifah Abbasiyyah di Baghdad. Setelah meninggalnya Ahmad bin Tulun yang memerintah Mesir bagi pihak khalifah Abbasiyyah di Baghdad, kekuasaan Mesir diwariskan kepada anaknya Khamarawaih. Khalifah Abbasiyyah di Baghdad ketika itu adalah Al-Muwaffiq. Dia mengirimkan mata-mata ke Mesir untuk meninjau kekayaan Mesir dan mengukur kemunasabahan cukai yang dikirimkan oleh Mesir ke ibu kota pemerintahan. Mata-mata khalifah melaporkan bahawa kadar yang dikirimkan oleh Khamarawaih amat sedikit dan tidak sampai sepertiga daripada cukai yang pernah dikirimkan ayahnya. Ini membuatkan Khalifah merasa murka, namun dia tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru. Hanya anak khalifah yang merupakan putera mahkota, iaitu Al-Mu'tadhid merasa sangat tidak puas hati dan mendesak agar tentera khalifah dikirimkan ke Mesir untuk mengambil alih pemerintahan Mesir. 

Namun, kerana keenganan khalifah, kehendak Al-Mu'tadhid itu terhalang. Apabila ayahnya meninggal, maka Al-Mu'tadhid pun mula berkira-kira untuk melaksanakan hasratnya menyerang Mesir. Namun, Khamarawaih mengambil langkah penuh diplomatik dengan menawarkan puterinya Qatrunnada untuk dinaikahi oleh khalifah.

Maka Nama Qarrunnada ini menjadi terkenal dalam hikayat Mesir kerana majlis perkahwinannya yang menelan perbelanjaan yang besar sehingga mengeringkan perbendaharaan Mesir.

Ianya adalah sebuah perkahwinan politik. Qotrnunnada yang muda belia disuruh berkahwin dengan Al-Mu'tadhid yang sdah tua. Namun, Khamarawaih membujuk anaknya itu dengan menjanjikan majlis pernikahan yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah. Khamarawaih belanjakan perbendaharaan Mesir untuk pernikahan anaknya itu hingga muflis negara Mesir.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....