Monday, July 8, 2024

Kisah Asma' binti Umais

Namanya Asma' bt Umais bin Ma'ad bin Al-Haris bin Tayyim bin Kaab bin Malik bin Quhafah bin 'Amir bin Rabi'ah bin 'Amir bin Muawiyah bin Zaid bin Malik bin Basyar bin Wahbullah bin Syahran bin 'Afrasy bin Khalaf bin Aqbal. 

Muhammad bin Abu Bakar As-Sididiq adalah anak hasil perkahwinan Abu Bakar As-Siddiq dengan Asma' binti Umais Al-Khath'amiyyah.

Sebelum bernikah dengan Abu Bakar As-Siddiq, Asma' telah bernikah dengan Ja'afar bin Abu Talib.

Asma' bin Umais adalah muslimah awal dan dia memeluk Islam sebelum Nabi SAW  mengambil rumah Al-Arqam sebagai markas dakwahnya. Dia bersama suaminya Jaafar bin Abu Talib telah menempuh jalan hijrah ke Habsyah bersama-sama. Bersama dengan Jaafar bin Abu Talib di Habsyah, dia dikuriniakan 3 ornag anak iaitu Abdullah, Aun dan Muhammad (Al-Akbar)

* Asma' bt Umais juga merupakan saudara perempuan kepada Zainab bt Khuzaimah Ummul Mukminin yang digelar sebagai Ummul Masakin. Ini bermakna dia sekaligus adalah ipar kepada Rasulullah SAW. Dia juga saudara kepada Maimunah bt Al-harith yang merupakan isteri terakhir yang nabi kahwini. Dia juga adalah saidara perempuan kepada Lubabah ummul Fadhl, isteri kepda Abbas bin Abdul Mutallib.

Dia bersama Jaafar pulang dari Habsyah dan hijrah ke Kota Madinah pada tahun 7H. Pada tahun 7H, berlaku perang Mu'tah dan Ja'afar elah gugur syahid.Maka Asmai' menjadi janda.

Asma' kemudiannya dinikahi pula oleh Abu Bakar As-Siddiq yang ketika itu telah kematian isterinya yang  bernama Ummu Ruman. Maka, hasil perkahwinan mereka, dapat pula seornag anak lelaki diberi nama Muhammad juga. Muhammad bin Abu Bakar. Dia lahir pada masa Asma' binti Unais dalam perjalanan ke Makkah untuk melaksanakan haji paa tahun  Hujjatul Widak iaitu tahun ke 10H

Abu Bakar menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya wafat pada tahun 13H. Maka, selepas wafat Abu Bakar As-Siddiq,  Asma' dinikahi pula oleh Ali bin Abu Talib. Ketika itu umur Muhammad bin Abu Bakar baru 3 tahun. Maka dia pun tinggal dalam keluarga Ali bin Abu Talib dan membesar sebagai anak tirinya.

Besama Ali bin Abu Talib, Asma' binti Umais mendapat pula anak-anak yang diberi nama Yahya, Aun dan dalam satu riwayat ada lagi anak yang diberi nama Muhammad. Maka, Asma' menjadi isteri Ali sehinggalah wafatnya Ali bin Abu Talib 19 Ramadhan 40H.

Asma' binti Umais dikatakan wafat tahun 40H dan ada pendapat mengatakan dia wafat tahun 60H.

Anaknya Muhammad bin Abu Bakar telah dilantik jadi gabenor di Mesir oleh Saidina Ali pada masa kekhalifahannya. Namun, Ketika itu adalah konflik antara Mu'awiyah dan Ali. Mu'awiyah telah mengirimkan pasukan tentera dipimpin oleh Mu'awiyah bin Khudaij Al-Kindi dan berlaku pernag dengan pasukan Muhammad bin Abu Bakar. Muhammad bin Abu Bakar telah terbunuh dalam peperangan itu dan dibakar mayatnya. Dikatakan yang membunuhnya adalah Amru bin Al-As dan ada yang menyebutkan namanya sebagai Amru bin Uthman.

Usia Muhammad bin Abu Bakar ketika matinya baru 25 tahun. Kuburnya ada di Kaherah dan menjadi tempat ziarah.

Muhammad bin Abu Bakar telah bernikah dengan salah satu anak perempuan Kisra. Kisahnya, anak-anak perempuan Kisra Parsi yang bernama Yazdajerd bin Syahriyar telah di bawa ke Madinah sebagai tawanan dan Umar Al-Khattab berhasrat untuk menjualnya sebagai hamba. Namun, nasihat Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa anak-anak raja tidak patut dijual sebaliknya ditetapkan harga dan diberikan nilainya. Lalu anak-anak Kisra itu dinikahkan dengan Hussain bin Ali , Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Abu Bakar. Mereka mendapat anak-anak dengan anak-anak Kisra itu.

Catatan fakta Mengenai Muhammad bin Abu Bakar.

  1. Muhammad bin Abu Bakar lahir pada tahun ke-10H iaitu dalam perjalanan HajiWidak dan peristiwa itu  diriwayatkan dalam Saheh Muslim (No. 1218)
  2. Kota Madain dibuka pada zaman Umar Al-Khattab jadi khalifah iaitu tahun 16H dan ikut perkiraan umur Muhammad bin Abu Bakar ketika itu baru 6 tahun.
  3. Ketika Umar wafat pada tahun 23H, Muhammad bin Abu Bakar ketika itu usianya belum melewati 13 tahun.
  4. Pada masa khilafah Umar Al-Khattab, Kisra Yazdajerd sentiasa berpindah dari kota ke Kota di Parsi setelah kalah di Madain dan dia lari barsama kelaurganya, hambanya dan termasuk juga api sembahannya.
  5. Kekalahan total Kisra hanya berlaku pada zaman Khalifah Othman bin Affan.
  6. Justeru, ada persoalan tentang kisah perkahwinan Hussain bin Ali, Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Abu Bakar dengan puteri-peteri Kisra.
  7. Anak Muhamamd bin Abu Bakar yang bernama Al-Qasim , diriwayatkan oleh Ibn Saad dalam Tobaqat (Jil 5, Ms 187) , bahawa ibunya adalah seorang hamba (ummu walad) yang disebut namanya sebagai Saudah.
  8. Dalam Tobaqat Ibn Saad (Jil 5, Ms 195) juga dinyatakan bahawa Abdullah bin Umar punya anak namanya Salim dan ibunya adalah seorang hamba (UmmuWalad)

Bacaan: Islamqa




No comments:

Post a Comment

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi - Nama beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi. Beliau dila...