Tuesday, July 16, 2024

Syahidnya Saidina Hussain di Karbala

 Hari ini 10 Muharam tahun 1446H. Kembali dalam kenangan penuh duka, 1385 tahun yang lalu, pada bulan yang sama dan hari yang sama, seorang pemuda ahli syurga yang merupakan cucu kepada Rasulullah SAW, Saidina Hussain bin Ali telah dibunuh kejam di bumi Karbala. Peristiwa itu kekal menjadi peristiwa paling tragis dalam ingatan kaum Muslimin. Ia menjadi peristiwa yang tidka terlupakan sepanjang zaman.

Saidina Hussain bin Ali enggan menyatakan bai'ah kepada Yazid bin Muawiyah setelah Muawiyah wafat. Menurutnya , persoalan kekhialafahan hendaklah dikebalikan semula kepada pilihan Ummat Islam.

Penduduk Kufah yang mendengar khabar kengganan Hussain itu mengemabil kesempatan. Mereka mengirimkan surat kepad aSaidina Hussain di Madinah , mengajaknya datang ke Kufah untuk dibai'ah. Sekitar 500 surat sampai kepada Hussain menawarkan pembai'atan. Maka, oleh Hussain , dikirimkan Muslim bin Aqil, sepupunya untuk meninjau keadaan. 

Di Kufah, ramai yang datang kepada Muslim bin Aqil untuk menyatakan bai'ah mereka kepada Saidina Hussain. Apabila Hal tersebut diketahui oleh Yazid bin Muawiyah, dia memecatkan Gabenor Kufah ketika itu yang dianggapnya lemah dan mengirimkan Ubaidillah bin Ziyad menggantikannya. Pada mulanya Para pendokong Husain di Kufah menyatakan penetangan kepada Ubaidillah bin Ziyad dan mengepung istana pemerintahannya di Kufah. Namun, Ubaidilhha bin Ziyad mengancam keras perlakuan mereka dan mengatakan tentera Syam akan datang dan mereka yang degil akan dihukum. Maka, para pendokong Muslim bin Aqil mula surut. Di katakan sebelum menjelang maghrib hari itu, tinggallah Muslim bin Aqil sendirian tanpa pembela. Dia kemudiannya ditangkap dna dihukum bunuh.

kejadian yang menimpa Muslim bin Aqil tidak  diketahui oleh Saidina Hussain di Kota Madinah. Sementara dia telah memulakan keberangkatannya. Hari tarwiyah dia memulakan perjalanannya sednagkan hari Arafah Muslim bin Aqil dibunuh. Walaupun ramai sahabat Nabi menasihatinya agar tidak pergi ke kufah, Hussain tidak mengubah tekadnya.

Sehinggalah dalam perjalanan itu, sampai khabar kepada Hussain. Dia pun mengubah arah perjalanannya menuju ke Syam untuk bertemu Yazid bin Muawiyah. Namun, pasukan tentera Ubaidillah bin Ziyad yang dipimpin oleh Umar bin Saad bin Abi Waqqas telah tiba dan megepungnya. 

Berlaku perbincangan dan Hussain meminta tiga pilihan iaitu:

a) Dia dibenarkan kembali semula ke Madinah

b) Dia dibenarkan pergi ke mana-mana Kota dan bergabung dengan pasukan jihad di sana

c) Dia dibenarkan ke Syam bertemu Yazid.


Namun, atas arahan Ubaidillah bin Ziyad, semua pilihan itu ditolak. Hussain diminta mengadap Ubaidillah bin Ziyad dan menyatakan bai'ahnya kepada Yazid.

Permintaan itu satu penghinaan. Maka berlakulah ketegangan dan tragedi pun tidak terelakkan.

Saidina Hussain dan sanak saudaranya terbunuh di Karbala. Zuriat Hussain yang selamat hanya seorang iaitu Ali Zainal Abidin yangsaat itu masih kecil

Maka, berikut adalah nama-nama ornag yang berkongsi darah Hussain di Karbala.

1)  Syamar Zil Jausyin

2) Zurah bin Syuraik

3) Sinan bin Anas

4) Umar bin Saad bin Abi Waqqas

Tentulah Ubaidillah bin Ziyad adalah kepala dari semuanya. Soal keterlibatana yazid bin Muawiyah, ia menjadi perbincangan dan perbezaan pendapat.

Selepas tragedi Karbala, penduduk di Kufah amat menyesal. Mereka mahu menebus dosa mereka. Satu kumpulan diwujudkan dan diberi nama "AT-TAWWABUN" yang dipimpin oleh Sulaiman bin As-Sard, seornag yang yang dibilangkan sebagai sahabat nabi SAW. Kumpulan ini menjadikan tangisan dan menghukum diri sebagai cara menyatakan penyesalan mereka.

Namun, Ubaidillah bin Ziyad selaku gabenor basrah dapat memadamkan kebangkitan golongan At-tawwabun ini.

Namun, pada saat itu, kedaan negara Islam sudah terpecah. Di Kota makkah, Abdullah bin Zubair telah dibai'ah menjadi khalifah. Di Syam naik Marwan Al-hakam pula selaku khalifah Bani Umayyah.Beliau tidak mampu menghadapi pengaruh Abdullah bin Zubair sehinggalah dia meninggal dan digantikan anaknya Abdul malik bin Marwan.

dalam kondisi  sedemikian, muncul seorang tokoh bernama Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi. Dia punya sejarah politik yang bertukar-tukar. Dia pernah mendokong Yazid kemudan menyokong Abdullah bin Zubair. Stelah itu bawa-bawa nama Muhammad Al-Hanafiah. Akhirnya mengengkari Abdullah bin Zubair. 

Pada masanya dia berjaya menggerakan pasukan melawan pasukan Bani Umaiyyah. 


Akan tetapi, dua tahun kemudian, iaitu tahun 67H, dia menemui lawan lain yang membencinya dan menyimpan dendam kepadanya atas jenayahnya ke atas Saidina Hussain bin Ali. Lawan tersebut adalah pasukan tentera Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi yang dipimpin oleh bawahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar. Peperangan terjadi di satu tempat berhampiran Sungai Al-Khazir di Mosul. Peperangan ini dimenangi oleh pasukan Ibrahim bin Al-Asytar dan Ubaidillah bin Ziyad dapat dibunuh olehnya. Kepalanya dipotong dan dikirimkan kepada Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi di Kufah. Bersama kepalanya, dikirimkan juga kepala Hussain bin Numair , Syurahbil bin Zil Kala' dan sebilangan pemimpin lain yang bersekongkol dengan mereka.

* Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi itu, di mata kaum Syiah, sangat disanjung kerana telah menuntut bela atas kematian Hussain. Namun di kalangan Ahlu Sunnah, dia dilihat sebagai pendusta. Dialah yang dimaksudkan dalam hadis:

إن في ثقيف كذابًا ومُبِيرًا 

Sesungguhnya di kalangan Tsaqif (Kabilah asal Taif) ada seorang jadi pendusta (Mukhtar bin Abi Ubaid) dan ada seorang jadi penzalim ( Hajjaj bin Yusuf)

(Hadis riwayat Ahmad, Al-hakim dan terdapat dana Tobaqat Ibn Saad-Abani menyebutnya dalam Silsilah As-Sohehah) 


Al-Mukhtar bin Abi Ubaid tersebut, telah mengangkat dirinya setaraf para nabi apabila mengaku mendapat wahyu dan malaikat Jibrail dan Mikail sering mengunjunginya. Dia juga adalah pengasas kepada Mazhab Syiah Kaisaniyyah yang menganggap Muhamamd Al-Hanafiyyah bin Ali sebagai imam dan mazhab Kaisaniyyah ini dinisbahkan kepada seorang bernama Kaisan yang merupakan hamba kepada Ali. Dia mendakwa mendapat ilmu rahsia batin dan ta'wil daripada Saidina Ali dan anaknya Muhammad Al-Hanafiyyah.

Sejarah menyaksikan bahawa mereka yang telah terlibat dalam pembunuhan Hussain bin Ali r.a tidak selamat. Mereka mendapat balasan mereka. Mereka diburu dan dibunuh. Selain Ubaidillah bin Ziyad, telah dibunuh balas juga , Umar bin Saa'd bin Abi Waqqas, Syamar bin Zil Jausyin, Harmalah bin Kahil Al-Asadi, Abdurrahman bin Sa'id bin Qais Al-Kindi, Sinan bin Abi Anas, Khuli bin Yazid Al-Asbahi dan Hussain bin Numair.

Ubaidillah bin Ziyad adalah orang yang mengetuai gerombolan pembunuhan Hussain di Karbala. Orang yang mengangkat pedang dan membunuh Saidina Hussain adalah Syamar bin Zil Jausyin.


No comments:

Post a Comment

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi - Nama beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi. Beliau dila...