Monday, March 6, 2023

Ibn Khaldum

Siapakah Ibn Khaldun?

Beliau adalah Abu Zaid Waliyuddin Abdurrahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Alhasan bin Muhammad bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Khaldun Al-Hadhrami Al-Isybili dan beliau terkenal dengan pamnggilan Ibn Khaldun.

Beliau dilahirkan pada 1 Ramadhan 732H=27 Mei 1232

Beliau meninggal 18 Ramadhan 808H=19 Mac 1406

Beliua sepertimana diriwayatkan oleh Ibn Hazmin, merupakan seornag yang berasal dari keturunan Arab Yaman di Hadhramaut. Silsilah keturunannya sampai kepada Wa-il bin Hajar. Ibn Khaldun sendiri menyebutkan bahawa antaranya dengan Wa-il bin Hajar ada 6 lapisan pendahulu. Namun, jumlah itu diraguinya sendiri kerana tempoh masanya adalah 6 kurun setengah. Bagaimana hanya 6 orang. Jika demikian setiap kurun satu ornag. Itu tidak logik. Maka dianggarkan setiap kurun 3 nama lalu jumlahnya adalah 24 orang.

Beliau seorang ulama Arab Islam dan mahir dalam bidang ilmu kemasyarakatan, falsafah, ekonomi dan pembangunan serta sejarah.

Beliau dilahirkan di Tunisia pada zaman pemerintahan sebuah kerajaan yang dinamakan Daulah Al-Hafsiyyah*. Beliau membesar di sana dan kemudiannya berkelana mencari ilmu di negeri-negeri Utara Afrika sehinggalah ke Andalus.

Pada masa itu Tunisia menjadi antara tempat pelarian para ulama Andalus yang tidak tahan denagn situasi Andalus yang sedang diancam himpitan kerajaan Kristian.

* Daulah Hafsiyyah adalah sebuah kerajaan di Tunisia yang berkuasa antara tempoh 634H hingga 981H (347 tahun). Kerajaan ini diasaskan oleh Abu Zakaria Yahya Al-Hafsi bin Abu Muhammad Al-Wahid  Al-Lihyani. Tunisia menjadi sebahagian daripada kerajaan Al-Muwahhhidun sejak tahun 555H. Apabila kerjaaan Al-Muwahhidun mula melemah , maka Abu Zakaria yang menjadi gabenor di Tunia mengambil langkah memerdekakan diri dan tindakannya itu tidak ditentang.


Beliau pernah menjadi Qadhi bagi Sultan Mamluk di Mesir yang bernama An-Nasir Zainuddin Farj.

Beliau juga merupakan guru di salah sebuah sekolah Mazhab Maliki di Mesir.

Beliau pernah dipenjara pada zaman Sultan Abu 'Inan Faris bin Ali (1348-1358M), salah seorang Sultan Bani Marin yang berkuasa di Maghribi pada masanya. Ini kerana Ibn Khaldun ada berhubung dengan Abu Abdillah Muhammad Al-Hafsi , ameer  Bijayah yang telah dipecat. Belaiu  disyaki terlibat dalam pakatan hendaklah mengemblikannya kepada kedudukannya semula. Kemudian, ketika Abu Salim Ibrahim bin Ali naik tahta menjadi raja Bani Marin (1359-1361M), Ibn Khaldun dibebaskan dan dia mendapat kedudukan istemewa di sisi Abu Salim dan menjadi jurutulisnya.Selama 2 tahun dia menjawat jawatan dibawah Sultan Abu Salim. Kemudian Bani Marin memberontak dan menggulingkan Sultan Abu Salim dan melantik pula saudaranya Abu Umar Tasyafin, maka Ibn Khaldun menyatakan walaknya kepada Abu Umar Tasyafin (1361M) dan dia dikekalkan pada posisinya dan ditambahkan elaunnya. Namun, pada awal tahun 1362M, Ibn Khaldun mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan mengembara ke Grenada di bumi Andalus.

Sultan Grenada pada ketika itu adalah Sultan Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Wazirnya pula bernama Lisanuddin bin Al-Khatib adalah sahabat lama Ibn Khaldun. Maka Ibn Khaldun telah diamanahkan oleh Sultan Grenada untuk menjadi duta pihaknya untuk bertemu dengan raja Castella, Bitruh bin Al-Hansyah bin Azqunish untuk tujuan perjanjian damai antara dua negeri.Maka Ibn Khaldun telah berjaya dalam misinya  dan raja Grenada menganugerahkan untuknya sebidang tanah yang luas dan harta yang banyak. Lalu tinggallah dia di bawah lindungan sultan Grenada dan menikmati hidup yang selesa.

Namun, ada orang yang dengki kepadanya. Hubungannya dengan Lisanuddin bin Al-Khatib jadi renggang. Ibn Khaldun melihat bahawa keberadaannya di Grenada tidak lagi menyenangkan. Bahkan seluruh Andalusia tidak lagi menarik buatnya. Dalam pada itu dia mendapat jemputan daripada Abu Abdillah Muhamamd Al-Hafsi untuk datang ke Bugia kerana dia telah dapat mengambil semula kedudukannya sebagai raja di sana. Dia dijanjikan jawatan Hajib bagi Bugia. Maka Ibn Khaldun pun meninggalkan Andalus dan pergi ke Bijayah pada tahun 1365M=766H. Di sana dia disambut dan diraikan kedatangannya oleh tokoh-tokoh pembesar termasuk Sultannya Abu Adillah Muhammad Al-Hafsi.

Ibn Khaldun mendapat kedudukan dan kehidupan yang selesa dalam kerajaan di Bejaya. Namun tak lama. Bugia kemudiannya ditakluk oleh Abu Al-Abbas Ahmad yang berkuasa di Qastantine . Abu Abdillah yang merupakan sepupunya itu dibunuhnya. Ibn Khaldun yang ketika itu menjawat jawatan Hajib dikekalkan untuk satu tempoh, namun kemudiannya dimakzulkan.

Kemudian, datang tawaran dari raja Tilmisan yang bernama Abu Hammuw untuk melantiknya sebagai Hajib di Tilmisan dengan syarat Ibn Khaldun menolongnya menguasai Bugia. Ibn Khaldun dimintanya menjadi jambatan untuk mempengaruhi kabilah-kabilah yang ada disana kerana pengaruhnya di kalangan mereka memungkinkan hal tersebut. Ibn Khaldun tidak berminat menjadi Hajib di Tilmisan tetapi dia menghantar adiknya yang bernama Yahya ke Tilmisan. Sementara Ibn Khaldun bersetuju untuk menarik sokongan kabilah-kabilah agar menyokong Abu Hammuw dari Tilmisan. Akan tetapi dalam keadaan tersebut, tiba-tiba Abu Hammuw dikalahkan di Tilmisan dan terpaksa lari meninggalkan Tilmisan.Maka Ibn Khaldun terlah tersalah memilih rakan politiknya. 

Ibn Khaldun tinggalkan keluarganya di Kota Fas dan pergi ke Grenada dan bertamu kepada Sultannya,  Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Kemudian, bebeapa lama kemudian,  dia balik semula ke Tunsia. Dalam fikirannya, dia mula mahu menjauhi persengketaan politik serta para aktornya. Dia mahu mengisi masanya dengan membaca dan mengarang.

Dia membawa keluarganya ke penempatan kawan-kawannya dari Bani 'Arif. Lalu dia dan keluarganya ditempatkan di salah satu penempatan mereka di Kota Ibn Salamah dalam daerah Wahran(Oran), Algeria.Di sanalah Ibn Khaldun menghabiskan masanya bersama kaum keluarganya selama 4 tahun dalam keadaan aman damai dan di sanalah dia berkesemapatan menulis kitabnya Muqaddimahnya( Muqaddimah adalah pengenalan kepada sebuah kitab yang lebih besar diberi nama : Al-'Ibru Wa Daiwanul Mubtada'Wal Khabar Fi Ayyamil 'ArabWal 'Ajam Wal Barbar Wa Man 'Aasorahum min Sultanil Akbar) dan usianya ketika itu telah mencapai 45 tahun.

Ibn Khaldun merindui tanah tumpah darahnya Tunis. Dia mengutuskan surat kepada Sultan di sana Abu Hammuw minta izin untuk pulang, lalu dia diizinkan untuknya.Di sana dia terus dalam membaca dan menulis dan enggan terlibat dalam politik. Bimbang jika dia dilibatkan oleh Sultan dalam politik, dia menjadikan rehlah haji sebagai alasannya. Lalu dia pun melakukan perjalanan haji pada tahun 784H.  Awal Syawal  tahun tersebut dia sampai di Iskandariah, Mesir.Dia tinggal sebulan di Iskandariah sebelum meneruskan perjalan dan sampai di Kaherah.

Di sana dia dimuliakan dan diraikan kerana keilmuannya. Ramai kalangan ulama yang mengambil ilmu daripadanya seperti tokoh besar yang bernama Taqiyyuddin Al-Muqrizi dan Ibn Hajar Al-Asqalani.

Dia juga mendapat penghargaan istimewa daripada Sultan Mesir ketika itu Az-Zohir Barquq di mana dia diminta mengajar Feqah Mazhab Maliki di Madrasah Al-Qamsiyyah. Dia juga dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki.Oleh Sultan Mesir, dia diberi gelaran Waliyuddin.

Apa yang dicapai oleh Ibn Khaldun di Mesir tersebut menjemput iri dan cemburu mereka yang yang dalam hati mereka ada penyakit. Setahun selepas dia dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki, dia melepaskan jawatan tersebut.Sultan Mesir memujuk untuk mengajar di Madrasah Az-Zahir Al-Barquqiyyah yang baru dibuka pada tahun 788H. Setelah mengajar di sana, Ibn Khaldum masih berdepan dengan hasad dengki orang sehingga Sultan pun memecatnya. Dia pun minta izin untuk meninggalkan Mesir dan pergi ke Baitul Maqdis. 

Ibn Khaldun menaiki kapal di pelabuhan At-Tur pada pertengahan ramadhan tahun 799H. Dia sampai ke Mekkah pada 2 Zulhijjah tahun tersebut.

Ketika itu Kota Aleppo(Halab) sedang diserang oleh Tumurlank dan banyaklah kerosakan dan darah yang tumpah. Ibn Khaldun menjalankan peranannya pergi menemui Timurlank dan mendapat jaminan keselamatan untuk pada fuqaha dan ulama  di sana.

Ibn Khaldun kemudiannya pulang ke Mesir dan mendapat semula jawatan Ketua Hakim di sana. Tetapi pada bulan Rejab tahun 804H (setahun kemudian) dia dipecat semula. Namun, pada Zulhijjah tahun yang sama dia kembali menjabatnya. Dia terus menjabatnya sehingga dia meninggal pada 26 Ramadhan tahun 808H. Beliau meninggal pada usia 69 tahun dan dikebumikan di Kaherah.

Rujuk: Islam Online


MESIR BUMI LINTASAN PARA HUJJAJ MAGRIBI & ANDALUSIA

Mesir merupakan lintasan bagi mereka yang tinggal di sebelah Maghrib dan Andalusia untuk perjalanan ziarah dan haji. Ramai kalangan ulama yang dalam perjalanan haji mereka, jatuh hati kepada Mesir dam akhinya bermuqim di Mesir. Antara meeka ialah:

1) Ibn Khaldun

2) Ibn Jubair, sang penyair Andalus.

3) Al-Mursi Abu Al-Abbas, seoang ahli Sufi dan tokoh dalam silsilah sanad Tarikat Syaziliyyah.

4) Syed Al-Badawi

Rujuk: Ulama yang pergi haji lalu menetap di Mesir



No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...