Wednesday, March 8, 2023

Bangsa Vandal

Vandal adalah nama satu puak daripada bangsa Jerman. Asal mereka adalah dari sebelah Selatan Scandinavia. Kerana pergaduhan dengan bangsa Huns, mereka lari ke Selatan dan masuk ke wilayah kekuasaan Romawi. Pada mulanya mereka dilayan oleh kerajaan Romawi dengan baik dan diberi kawasan untuk dihuni. Namun, lama kelamaan mereka mula tamak dan menjarah kawasan baru. Mereka pernah menjarah Kota Rom pada tahun 455M. Mereka berjaya membina kerajaan di Selatan Semenanjung Iberia dan kemudiannya menguasai Afrika Utara. Dari nama bangsa ini, semenanjung Iberia diberi nama Andalusia. Asalnya adalah Vandalusia. 

Ketika Raja Gelimer menggulingkan sepupunya Raja Hilderic, Kerajaan Vandal di Afrika Utara mula kacau bilau. Emperor Byzantine, Raja Justinian 1 mengirimkan bala tentera yang dipimpin oleh Belisarius untuk menyerang Kerajaan Vandal dengan tujuan mengembalikan kuasa kepada Hilderic. Namun, Hilderic telah mati dibunuh sebelum tentera Byantine mendarat di Afrika Utara. Raja Gelimer telah dikalahkan dalam peperangan dengan pasukan Belisarius . Akhirnya raja gelimer menerima tawaran kerajaan Byzantine untuk menerima sebidang tanah estate yang luas di Galatia, dalam kawasan Anatolia untuk hidup hingga tua di sana. Dia mati pada tahun 554M.

Demikian akhir kepada sebuah kerajaan bangsa vandal yang pernah berdiri di Afrika Utara dan beribu kota di Carthage.




Perkatan Vandalisme yang digunakan untuk menggambarkan sikap merosakan harta benda awam adalah berawal dari watak bangsa Vandal ini. Mereka tidak menghargai kesenian dan tamadun Rom. Mereka membuat kerosakan dalam negeri, membunuh dan memperbudak tawanan.

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...