Tuesday, March 7, 2023

Jatuhnya Granada

Pada tanggal 2 Rabiul Awal 897H bersamaan 2 Jan 1492,  jatuhlah Kota Geranada ke tangan Kristian. Raja muslim Granada yang terakhir iaitu Abu Abdullah Muhammad As-Soghir menyerahkan kekuasan kepada raja Ferdinand II dari Aragun dan Ratu Isabella I dari Castella setelah kota Granada dikepung selama 9 bulan. Dengan jatuhnya kota Granada itu, berakhirlah pemerintahan Islam di tanah Andalusia yang telah belangsung selama 8 kurun.

800 tahun Islam berkuasa di Andalusia!

Kenapa boleh jatuh? Puncanya banyak. Seorang ahli sejarah bernama Dr. Abdul Halim Uwais menyebutkan 40 sebab. Kita boleh simpulkan dua sebab utama iaitu:

1) Para penguasa muslim di sana asyik berperang sesama sendiri demi menjaga kekuasaan masing-masing.

2) Hedonisme telah menjadi budaya dalam masyarakat muslim di Andalusia.

Jatuhnya Granada disusuli pula oleh perkembangan memberangsangkan dunia Kristian, Christopher Columbus sampai ke Amerika dan disebut sebagai merintis "Dunia Baru". Ianya pada tahun 1492.

Sejak zaman daulah Bani Umayyah nyang menyaksikan pembukaan wialayah oleh panglima Tariq bin Ziad, Islam bertapak di Andalusia. Islam melalui zaman-zamannya di sana sehinggalah zaman gilang gemilang di bawah pemerintahan Abdurrahman An-Nasir. Ketika itu raja-raja Masihi di sana datang ke depannya , mencium tangannya. Kemudiannya melalui zaman-zaman kerajaan Tawaif, raja-raja kota Islam di sana yang mencapai 22 buah negeri pula merangkak membayar jizyah kepada raja Kristian. Kemudian datang zaman Murabitun mengambil alih kuasa di sana dan berjaya melewatkan kejatuhan Andalusia selama 400 tahun. Setelah Murabitun, Muwahhidun pula menguasainya. Namun bersama melemahnya Muwahhidun, jatuhlah kota demi kota Islam di tanah Andalus. Kota Cardoba yang hebat jatuh pada zaman Muwahhidun.

Namun, di sebelah Timur, kekuasaan Turki Othmaniyyah sedang bangkit dan dapat menawan Kostantinopel, jantung Kristian di Eropah Timur. Kota Kostantinopel jatuh ke tangan kerajaan Islam Turki Othmaniyyah pada 29 Mei 1453.

34 tahun selepas jatuhnya Granada di Andalusia, iaitu pada tahun 1526, Kesultanan Moghul bertapak di tanah India dan diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur dan berlangsunglah kerajaan itu selama 336 tahun iaitu sampai tahun 1862 apabila raja terakhirnya yang bernama Bahadur Syah II dibuang negeri ke Rangoon, Burma oleh British.

Jika diamati, dunia ini umpama alat timbang. Waktu Islam hilang kuasanya di sebelah barat, Islam sedang naik di sebelah Eropah Timur dan Asia Timur. Allah yang mentadbir urusan, maha tahu segalanya.

 

Bacaan bantuan: Aljazeera

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...