Friday, March 17, 2023

KISAH RAJA SANHARIB DAN NABI SYA'YA

Sanharib adalah raja ke-6 dari kerajaan  Assyria dan yang kedua daripada keturunan Sarjun. Kekuasaannya berlangsung selama 24 tahun. ia bermla bila bapanya meninggal tahun 705 BC hingga dia sendiri meninggal pada 681BC. Pusat pemerintahannya adalah di Ninawa.

Sila baca: Al-Kamil

Ketika raja Bani Israil bernama Hizkia yang memerintah Kerajaan Yahuza (Judah) di tanah Palestina sedang sakit, maka raja Sanharib mula menggerakkan bala tenteranya untuk menguasai tanah palestina. Kerajaan Israil di sebelah utara telah diserang oleh tentera raja Sanahrib. Kini giliran kerajaannya sedang berada diambang penaklukan. Hizkia itu adalah seorang raja yang soleh dan dia merupakan anak kepada Ahaz yang menjadi raja kerajaan Yahuza sebelumnya. Dia adalah keturunan nabi Daud.


Maka sang raja bertanya kepada seorang nabi bani Israil yang hidup di kalangan mereka bernama nabi Sya'ya a.s. Apakah Allah ada mewahyukan buatnya cara berdepan dengan bala tentera yang besar itu. Nabi Sya'ya menyatakan bahawa wahyu Allah belum turun mengenainya.

Namun, tidak lama kemudian, nabi Sya'ya pun mendapat wahyu.

Nabi Sya'ya  menyatakan bahawa Allah mewahyukan kepadanya agar raja Hezkia hendaklah memilih seorang penggantinya dari keluarganya untuk memimpin Bani Israil. Ini kerana ajal raja Hizkia sudah sampai.

Maka raja Hizkia pun bangun malam dan berdoa agar memberikan jalan penyelesaian kepadanya. 

Raja Hezkia berdia bermunajat kepada Allah SWT;

اللهم رب الأرباب وإله الآلهه القدوس المتقدس يارحمن يارحيم يامن لا تأخذه سنه ولا نوم اذكرني بعملي وفعلي وحسن قضائي على بني إسرائيل وذلك كله منك فأنت أعلم به من نفسي وسري وعلانيتي لك ..

Lalu nabi Sya'ya medapat wahyu bahawa Allah SWT telah mendengar rintihan dan tangisannya. Allah lanjutkan umurnya selama 15 tahun lagi. Allah SWT juga menjadnjikan kesembuhannya dari sakitnya serta dimenangkannya atas raja Sanharib. Alangkah gemburanya raja Hezkia. Diapun berminajat lagi kepada Allah SWT di malam hari.


 ياإلهي وإله آبائي لك سجدت وسبحت لك كرمت وعظمت أنت الذي تعطي الملك من تشاء وتنزعه ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء عالم الغيب والشهادة أنت الأول والآخر والظاهروالباطن وأنت ترحم وتستجيب دعوة المضطرين أنت الذي أجبت دعوتي ورحمت تضرعي ..

Raja Sanharib dan bala tenteranya dimusnahkan Allah SWT pada satu malam sahaja. Semua 600 ribu tenteranya binasa kecuali Raja Sanharib dan 5 orang tenteranya. Termasuk yang selamat adalah Bukhtanassar yang kelak di tangannya kemusnahan Baitul Maqdis. Mereka lari berlindung dalam sebuah gua. Namun pasukan raja Hezkia dapat menemukan mereka dan ditawan serta digiring dan diarakkan selama 70 hari di baitul Maqdis agar disaksikan oleh rakyat. Kemudian, mereka pun dilepaskan supaya pulang ke negeri mereka buat menyampaikan khabar dan peringatan apa yang tela terjadi ke atas tentyera yang cuba menyernag kerajaan Bani Israil termasuk kerajaan Judah yang diperintah oleh raja Hezkia..

Setelah 15 tahun berlalu,  matilah raja Hizkia. Selepas itu Bani Israil menjadi rosak . Maka bangkit Nabi Sya'ya berdakwah kepada mereka. Namun, mereka menolaknya dan mahu membunuhnya.

Nabi Sya'ya dikejar dan larilah nabi Sya'ya. Dia bersembunyi dalam atu lubang pokok. Syaitan melihat nabi Sya'ya masuk ke lubang pokok dan dia menahan hujung baju nabi Sya'ya hingga kelihatan di luar lubang.

Para penjahat Bani Israil yang mengejar Sya'ya nampak hujung pakaian Nabi Sya'ya dan mereka pun menggergaji batang pokok itu.

Maka nabi Sya'ya pun terbunuh dengan cara terpotong bersama pokok yang digergaji itu.

Mati terbunuhnya nabi Sya'ya merupakan  awal kepada  kerosakan kali pertama menurut pendapat sebahagian ulama sebagaimana yang disebutkan dalam Surah Al-Israk, ayat 4-5. Kerosakan itu berlanjutan dengan kejahatan membunuh para nabi yang ALlah utuskan untuk mendakwah mereka. Termasuk yang kena bunuh adalah nabi Yahya A.S.

Kerosakan tersebut dibalas dengan dibalakan atas mereka penyerangan raja Nebucanezar (Bakhtansar) ke atas negeri-negeri mereka serta membunuh  dan menawan bangsa Bani Israil dan dibawa balik ke Babylon sebagai hamba. Termasuk yang ditawan dan dibawa balik itu seorang nabi di kalangan mereka yang dinamakan nabi Daniel.


وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا 

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولً


Tonton: https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=rqqDUGIeblU

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...