Monday, May 15, 2023

Kejatuhan Kerajaan Khawarizmi

Sejarah Kemunculan Kerajaan

Dari lingkungan kerajaan Saljuk, muncullah kerajaan Khawarizmi. Semasa Sultan Maliksyah dari Kerajaan Saljuk berkuasa, ada seorang panglima tenteranya bernama Anusytakin. Dia mendapat kepercayaan Sultan Maliksyah dan ditaklifkan sebagai gabenor di wilayah Khawarizmi. Anusytakin pun menjawat posisi itu hinggalah dia meninggal pada tahun 490H/1097M. Kedudukan dan jawatan serta kemampuan mentadbirnya dipusakai pula oleh anaknya Muhammad bin Anusytakin. Muhammad tersebut telah memerintah selama 30 tahun dan telah berjaya mewujudkan kerajaan yang stabil di bawah nama kerajaan Saljuk. Beliau dikenali juga sebaga sebagai Khawarizmi Syah.

Muhammad Khawarizmi syah meninggal tahun 551/1126M. Ketika ini, kerajaan Khawrizmi bertambah kukuh sementara kerajaan Saljuk kian lemah. Maka, ia mula menjadi kerajaan tersendiri dan beberapa daerah yang dulunya di bawah kekuasaan Saljuk dapat dikuasai oleh kerajaan Khawarizmi. Pada masa Sultan  Khawarizmi yang bernama Taksyin memerintah iaitu antara tahun 568-596H/1173-1200M, kerajaan Khawarizmi berada pada zaman keemasannya. Sultan Taksyin adalah pemerintah yang berwibawa dan pahlawan perang yang hebat.

Sumber: Islamonline

Bila Sultan Taksyin meninggal dunia pada tahun 596H, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Ala'uddin Muhammad Syah. Seperti ayahnya, dia juga hebat dalam peperangan dan suka meluaskan wilayah sehingga dia dapat menakluki sebahagian besar tanah Khurasan. Tahun 606H, dia dapat menumpaskan Kerajaan Khata dan menguasai negeri-negeri di semberang sungai Jaihun (Disebut dengan nama Transoxiana iaitu negeri-negeri yang terletak di selatan Asia Tengah terdiri daripada Timur Uzbekistan, Barat Tajikistan, Sebahagian daripada Selatanm Kazakhstan, sebahagian daripada Turkminstan dan bahagian selatan Kyrgystan). Pada zamannya, wilayah kerajaan Khawarizmi mencapai keluasan terbesar. Dari sebelah barat, ia mencecah sempadan Iraq dan ke timur hingga ke perbatsan India. Dari utara, laut Qazwin hingga ke selatan laut Arab.


Ketika ini, di wilayah Mongol naik rajanya yang bernama Timujin dan bergelar Genhiz Khan iaitu pada tahun 602H=1206M. Genhiz Khan. Dia dapat menyatukan labilah-kabilah di sana dan menjadikan Karakorum sebagai ibu kota pemerintahannya. Dia punya wawasan untuk meluaskan kerajaannya. Negara Cina adalah antara sasarannya. Pada tahun 612H=1215M , Peking dapat ditakluki. Kemunculan kekuatan Mongol ini menjadi ancaman besar kepada kerajaan Khawarizmi yang bersempadan dengannya.

Pada satu ketika, tentera Sultan Alauddin Muhammad Syah telah bertembung dengan tentera Mongol yang dipimpin oleh Gogi bin Genhiz Khan. Sekalipun jumlah tentera Sultan Alauddin Muhammad Syah lebih ramai, mereka dikalahkan oleh tentera Gogi dan ini menambahkan kebimbangan Sultan Alauddin mengenai keselamatan kerajaannya. Ditambah pula bila sampai berita kepadanya mengenai kejatuhan Peking ke tangan Mongol. Berita itu sukar dipercayainya. Dia pun menghantar utusan ke Cina dan menawarkan bantuan dan sebagai balasannya Cina mengirinkan surat dan hadiah kepada Sultan Khawarizmi.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kekuatan Mongol itu, Kerajaan Khawarizmi mengambil tindakan konfrontasi dengan Khalifah Abbasiyyah di Baghdad iaitu An-Nasir Li Dinillah. Dia mahu memiliki kekuasaan sebagaimana pernah dicapai oleh kerajaan Saljuk. Berdasarkan kredit keberhasilannya menguasai negeri-negeri di Tansoxiana ( Ma Wara annahri) dia menuntut pengiktirafan dari Khalifah Abbasiyyah di Baghdad. Namun, khalifah semasa itu, An-nasir Li Dinillah enggan mengiktirafnya. Ini menyebabkan Sultan Alauddin mengambil tindakan untuk menyerang Baghdad dengan tujuan memakzulkan khalifah. 

Tentera yang besar digerakkan menuju ke Bagdad. Namun, pergerakan tenteranya itu berdepan dengan cabaran hujan lebat dan banjir menyebabkan ramai tentera mati dan kuda-kuda tenteranya berselarakan. Akhirnya Sultan Alauddin Muhammad Syah pulang dengan kecewa ke Khawarizmi pada tahun 614H/1217M. Inilah bencana terburuk menimpa pasukan tenteranya sejak dia naik tahta pada tahun 596H/1199M.

Kemudian, berlaku masalah dengan Mongol mengenai kerjasama perdagangan. Sekumpulan pedagang daripada Mogol datang ke wilayah Atrar yang bernaung di bawah kerajaan Khawarizmi. Gabenornya telah menahan para pedagang tersebut dan melaporkannya kepada Sultan Alauddin. Sultan Alauddin , menganggap mereka adalah pengintip dan diperintahkan hukum bunuh. 

Genhiz Khan merasa marah dengan kejadian itu dan menghantar utusan kepada Sultan Alauddin Muhammad Syah menuntyut agar gabenornya di Atrar diserahkan untuk diadili atas kelancangannya membunuh pedagang Mogol. Namun , Sultan Alauddin enggan melayan permintaan itu, bahkan dia menambah bencana baru dengan membunuh utusan Genhiz Khan itu.

Perbuatan membunuh utusan adalah satu pengisytiharan perang!

Pada tahap ini. dia kerajaan sudah berada di ambang perang dan tiada lagi jalan penyelesaiannya. Kedua-dua kerajaan pun mempersiapkan angkatan dan persenjataan serta pertahanan.

Genhiz Khan menyusun angkatan menyerang pelbagai penjuru. Pasukan tentera Khawarizmi mengalami kekalahan demi kekalahan. Sejarah mencatatkan kekalahan tersbut bukan kerana kurangnya tentera, tetapi adalah kerana lemahnya strategi dan perpecahan dalaman angkatan tentera tersebut. Tenteranya juga lebih cintakan dunia, takut mati dan tel;ah tercabut keluar roh jihad. La haula wala quwwata illa billah!

Inilah yang nabi Muhammad pernah sebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh sahabat nabi bernama Tsauban:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم، كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. فقال قائل: ومِن قلَّةٍ نحن يومئذ؟ قال: بل أنتم يومئذٍ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السَّيل، ولينزعنَّ الله مِن صدور عدوِّكم المهابة منكم، وليقذفنَّ الله في قلوبكم الوَهَن. فقال قائل: يا رسول الله، وما الوَهْن؟ قال: حبُّ الدُّنيا، وكراهية الموت

Nyaris sudah para umat (selain Islam) berkumpul (bersekongkol) menghadapi kalian sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang makan menghadapi bejana makanannya.” Lalu bertanya seseorang, “Apakah kami pada saat itu sedikit?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan kalian pada saat itu banyak, akan tetapi kalian itu buih seperti buih banjir, dan Allah akan menghilangkan dari diri musuh-musuh kalian rasa takut terhadap kalian dan menimpakan ke dalam hati-hati kalian wahn (kelemahan).” Maka seseorang bertanya, “Wahai Rasulullaah, apakah wahn itu?”. Kata beliau, “Cinta dunia dan takut mati.


Penyakit wahan telah melanda pasukan tentera kerajaan Khawarizmi. Bagaimanalah hendak menang melawan pasukan Mogol kalau wahan telah merajalela dalam hati-hati para tenteranya???

Sultan Alauddin terpaksa berundur dari satu kota ke satu kota dan akhir sekali bertahan di Hamdan dengan hanya 20 ribu tenteranya. Wilayah Khawarizmi telah ditakluk oleh Genhiz Khan. Ibunya yang Turkan Khatun (Boleh baca: Peranan dan keterlibatan politik oleh Rurkan Khatun dalam kerajaan Khawarizmi serta putera dan puteri Sultan Alauddin  ditawan. Mereka dibawa ke depan Genhiz Khan dan diperintahakan bunuh para putera Sultan walaupun masih kecil serta anak puteri-puterinya pula diserahkan kepada para pegawai tenteranya untuk dinikahi.

Turkan Khatun adalah isteri kepada Sultan Taksyin dan puteri kepada Khan Jenkisy, salah seorang raja bangsa Turki. Dia hidup dalam limpahan harta dan kekuasaan. Ketika anaknya Alauddin Muhamamd Syah naik tahta, dia makin berpengaruh dan kabilahnya, Kabilah Qonqili membanjirinya posisi-posisi penting dalam kerajaan. Bila Mogol sudah menakluk Khawarizmi, orang menasihatkanya agar menyertai pasukan Jalaluddin Syah Munkabirati Al-Khawarizmi, namun dia enggan kerana permusuhannya dengan cucunya itu. Dia lebih relah jatuh dalam tawanan Mogol daripada mencari keselamatan dengan tentera Jalaluddin Syah. Maka dia menjadi tawanan bersama anak-anak dan cucunya yang lain. Ramai kerabatnya dibunuh dan ada yang dijadikan hamba tawanan. Dia sendiri telah disumbat ke dalam penjara kerajaan Mogol di ibukota Karakarom dan mengalami penghinaan dan siksaaan hinggalah dia mati dalam penjara itu pada tahun 630H.

Baca: Turkan Khatun 

 

Akhirnya , Sultan Ala'udin Muhammad Syah Khawarzmi terpaksa lari bersembunyi di sebuah pulau di Laut Qazwin. Hilanglah segala kuasa dan kemegahannya selama ini. Kerajaannya yang besar  rebah tersungkur di depan serangan pasukan Moghol yang dipinpin oleh Genhiz Khan. Hidupnay bersenadung duka dan menambah deritanya. Hatta, matilah dia sebattang kara di pulau tersebut pada 3 Syawal 617H /9 Disember 1220. 

Perjuangan mengembalikan kekuasaan di bumi Khawarizmi dan menumpaskan cengkaman Mogol, kemudiannya dilanjutkan oleh anaknya Jalaluddin Syah Munkabirati. Namun, kendatipun beliau dikenali dengankegigihannya serta keberaniannya, dia tidak berjaya mengubah keadaan atau menghalau  sang batu derhaka Mogol yang dipacak kukuh dalam wilayah Khawarizmi. Atas segala penat jerihnya, dia akhirnya mati terbunuh di tangan seornag Kurdi yang membalas dendam. Demdam tas kematian saudaranya yang dibunuh oleh Jalaluddin Syah Munkabirati.

Jika dihitung tempoh berdirinya kerajaan Khawarizmi dari tahun 490H himngga matinya Jalaluddin Syah Munkabirati , maka kerajaan Khawarizmi berdiri hanya 138 tahun.

Ini adalah sebuah tragedi yang membuka pintu hunjaman banjir kemusnahan yang meranapkan seluruh daulah Islamiyyah hingga ke jatuhnya Kota Baghdad, ibu kota kerajaan Khilafah Abbasiyyah ke tangan Hulagu Khan pada tahun 656H=1258M

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....