Monday, May 22, 2023

PEPERANGAN AL-FAKH

Peperangan ini berlaku pada 8 Zulhijjah tahun169H=11 Jun 786M. Ia merupakan peperangan antara tentera pendokong Al-Hussain bin Al-Hasan3 bin Al-Hasan2 bin Al-Hasan1 bin Ali bin Abi Talib dengan tentera Abbasiyyah di bawah khalifah Musa Al-Hadi.. Peperangan ini berlaku dio satu tempat bernama Al-Fakh iaitu kira-kira 3 batu jauhnya daripada Makkah. Pihak tentera Al-Hussain bin Al-Hasan telah tewas dalam peperangan ini Al-Hussain sendiri telah mati tebunuh. 

Sejak mati tebunuhnya Hussain bin Ali r.a di Karbala pada tahun 61H, semasa Yazid bin Mua;wiyah menajdi khalifah daripada dinasti Bani Umayyah, keluarga Alawiyyin (Keturunan Ali bin Abi Talib)  sering mengadakan aksi pemberontakan. Pemberontakan golongan Alawiyyin yang berskala besar pertamanya berlaku pada tahun 121H apabila Zaid bin Ali bin Al-Hussain memimpin pemberontakan melawan kerajaan Bani Umayyah. Namun, penduduk Kufah yang mulanya menyatakan sokongan buatnya, kemudian mengkhianati bai'ah mereka kepada Zaid bin Ali menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan gabenor bani Umayyah di Kufah, Yusuf bin Umar As-Tsaqafi bersama jumlah pengikutnya yang sedikit . Akhirnya Zaid bin Ali mati tebunuh.

Apabila kerajaan Bani Umayyah tumbang pada tahun 132H dan digantikan dengan kerajaan Bani Abbasiyyah, maka para Alawiyyin merasa dikhianati. Seharusnya yang menjadi khalifah adalah dari kalangan Alawiyyin. Maka Alawiyyin menajdi pembangkang pula dalam kerajaan Bani Abbasiyyah. Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Ja'afar Al-Mansur, khalifah ke-2 Bani Abbasiyyah, tahun 145H-762M, meletus pemberontokan yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah Al-Kamil bin Al-Hasan 2 bin Al-Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib (Digelar Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah). Pemberontakan ini juga digagalkan dan Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah mati dibunuh. Saudaranya yang Ibrahim bin Abdullah Al-Kamil juga mengadakan pemberontakan di Basrah juga dikalahkan oleh gabenor Abbasiyyah ,  Isa bin Musa dan mati terbunuh di sana.

Kekalahan dalam pemberontakan lepas itu tidak menamatkan terus pemberontakan berikutnya. Golongan Alawiyyin selalu dipandang serong, dinafikan hak dan dan ditindas. Ini menyebabkan tercetusnya pemberontakan golongan Alawiyyin pada masa Musa Al-Hadi dipimpin oleh Al-Hussain bin Al-Hasan Al-Mutsallath(3). Pemberontakan itu membawa kepada peperangan Al-Fakh yang mana berikutan kekalahan golongan Alawiyyin di sana, larilah seorang daripadanya ke wilayah Afrika Utara. Beliau adalah Idris bin Abdullah bin Al-Hasan. Dalam pelariannya itu, dia jadi buruan. Namun, kerana nilai Ahlul Bait yang dibawanya, ramai yang membantu melancarkan perjalananya melepasi Mesir sehingga sampailah ke tempat yang dituju iaitu wilayah Maghribi.

Sambung Bacaan:

Munculnya Kerajaan Idrissiyyah.

No comments:

Post a Comment

URWAH BIN AZ-ZUBAIR

Beliau adalah Abu Abdullah Urwah bin Az-Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Ayahnya Zubair bin A...