Gerakan Barelvi diasaskan oleh seorang yang bernama Ahmad Redha Khan Taqi Ali Khan di bumi India, dan dia menggelarkan dirinya sebagai Abdul Mustafa. Gerakan ini diasaskan pada zaman penjajahan British ke atas benua India. Dari Segi akidah, gerakan ini berpegang dengan kesufian dan dari segi fekah, mereka bermazhab Hanafi.
Ahmad Redha Khan lahir pada tahun 1272H=1865M di sebuah bandar bernama Bereilly dalam daerah Uttarpradesh.
Ayahnya Naqi Ali dan datuknya Ridha Ali adalah kalangan ulama Mazhab Hanafi. Dia dilahirkan dan diberi nama Muhammad. Ibunya berikan dia nama Aman Mayan. Lalu ayahnya menukar jadi Ahmad Mayan. Datuknya tukar kepada Ahmad Ridha. Bila dia besar, dia tidak suka semua nama itu dan menamakan dirinya Abdul Mustafa.
Jika dilihat kepada silsilahnya iaitu Ahmad Redha bin Taqi Ali bin Redha Ali bin Kazim Ali maka timbul sangkaan kalangan perngkritik Brelwi bahawa keluarga ini adalah keluarga Syiah yang bertaqiyyah. Demikian juga perkataan-perkataan yang diriwayatkan dalam Belwi mengandungi ciri-ciri kesyiahan seperti menyan jung berlebihan Ali bin Abi Talib, memandang rendah kepada Ummul Mukmini Aisyah r.a dan juga memetik hadis-hadis yang adalah Syiah dan tiada dalam Ahli Sunnah. Mereka juga mempopularkan dan menyatakan kelebihan Doa As-Saifi yang asalnya adalah daripada Syiah.
Fizikal Ahmad Redha Khan ini , berkulit gelap. Penentangnya menjadikan kulit hitamnya sebagai aib buatnya. Ada satu kitab yang dikarang menjawab Brelwi bertajuk: At-Tinul Lazib 'Ala Aswadil Kazib.
Ada seorang anakj sudaranya menyatakan bahawa Ahmad Brelwi ini masa awal hidupnya berkulit cerah. Tetapi menjaid gelap kerana kerja keras di bawah panas yang membuatkannya gekap.
Dia seorang yang kurus dan ada kesakitan berpanjangan pada belakangnya. Dia juga sselalu sakit kepala dan demam. Dia juga sangat pelupa.Dia juga bermulut kasar dan keras serta suka mencela sehingga rakan rapatnya menjauhkan diri daripadanya. Dia pantang kalau orang menselisihinya.
Beliau meninggal pada tahun 1340H=1921M
Para pentaksub Brelwi punya cerita-cerita luar biasa tentang Ahmad Brelwi ini. Sejak kecil seumur 2 tahun dia dikatakan telah menunjukkan ilmu luar biasa yang tidak diperolehio dari guru. Ia adalah ladunni langsung dari Allah SWT.
Di kalangan pengikut Brelwi, dia digelar "HADHRATUL A'LA".
Tokoh-tokoh dalam Brelwi yang menulis manaqib Ahmad Redha menggambarkan kemaksumannya.
( Boleh rujuk antara dalam Kitab Al-fatawa Ar-Ridhawiyyah oleh Muhammad Asghar Al-Alawi, Jil 2, MS 5)
Mereka membuat perumpamaan bahawa Hadhratul A'la (Brelwi) itu berada ditangan Al-Ghauthul A'zom( Abdul Qadir Jailani) sepertimana qolam di tangan penulisnya. Sementara Al-Ghauthul A'zom itu berada di tangan Rasululllah SAW dan Rasulullah pula berada di tangan Hadhratul Ilahiyyah maka tidak keluar dari hawa nafsu sedikitpun.(Kalam dengan makna ini boleh ditemui dalam Kitab Puak ini yang bertajuk "Amwar Ar-Ridha" MS 270)
Pegangan-pengangan kaum Barelvi:
1) Mempercayai bahawa nabi Muhammad SAW mempunyai haq tasarruf ke atas alam ini
2) Mempercayai bahawa para wali-wali ada hak tasarruf ke atas alam semesta ini.
3) Meragui manusiawinya nabi Muhammad SAW dan meletakkannya pada tahap uluhiyyah.
Seperti apa yang dikatakan oelh Ahmad Redha Khan dalam Hadaiq Baksyisy:
أي يا محمد صلى الله عليه وسلم لا أستطيع أن قول لك الله، ولا أستطيع أن أفرق بينكما، فأمرك لله هو أعلم بحقيقتك
4) Mereka menganggap Ibn Taimiyyah dan Muridnya sebagai kafir.
5) Mempercayai konsep Hadir danm Nazhir yang disandarkan kepada nabi SAW. Kepercayaan ini disebut sebagai Akidah As-Syuhud. Nabi Muhammad SAW dipercayai mempunyai kekuatan suci yang memungkinkan baginda melihat alam ini seperti melihat tapak tangannya, mendengar walau di mana sahaja penjuru alam ini dan baginda bertawaf menolong orang yang memohon pertolongan dalam sekelip mata.
6) Menggalakkan para pengikutnya agar beristighasah dengan para nabi dan auliya di kubur mereka dan siapa yang mengingkari keharusan beristighasah dengan cara itu, dianggap sebagai mulhid.
7) Mereka beramalkan dengan Isqat iaitu mengeluarkan kadar tertentu seperti kadar zakat fitrah kerana si mati meninggalkan solat. puasa dan lain-lain kewajiban. Amalan bayar fidyah solat yang diamalkan oleh orang-orang tua kita, adalah serapan daripada amalan Barelwi ini. Tiada petunjuk Quran maupun hadis yang menyarankan agar orang yang tinggalkan solat digantikan dengan bayaran fidyah!
8) Menyakini hakikat Nur Muhammad, bahawa nabi SAW itu dari Nur Allah dan semua makhluk dari Nur Muhammad SAW.
9) Menyakini bahawa Ahmad Redha Khan, pengasas Barelwi itu seorang yang maksum dari salah silap dalam kata-katanya maupun tulisannya.
10)Mereka bertabarruk dengan kubur, membangunkannya, memasang lampu, menabur bunga, memasang kelambu, menunaikan nazar padanya dan bertawaf padanya serta adakan ihtifal untuk ahli kubur tersebut.
Mereka menggelarkan Ahmad Redha sebagai hadhratul a'la yang berada di tangan Al-Ghauthul A'zom (Syeikh Abdul Kadir Jailani) dan Al-Ghausul A'zom itu berada di tangan Nabi Muhammad SAW yang berada di tangan Al-Hadratul Ilahiyyah. Perumpamaan mereka itu seperti pena di tangan penulisnya.( Tulisan : Ihsan Ilahi Zohor: Al-Berelwiyyah; Ms 13)
9) Golongan Berelwi melampau dalam menyanjung Saidina Ali dan mencipta Doa As-Saifi yang menyebuitkan di dalamnya nama Saidina Ali, Fatimah dan anak-anak mereka sebagai penghalang bala bencana.
Baca: Alukah
Rujuk: Wikipedia
Akidah Nur Muhammad Di sisi Brelwi
Barelwi berpegang bahawa Nur Muhammad adalah awal kejadian. Mereka berpegang dengan hadis PALSU yang dinamakan HADIS JABIR yang menceritakan bagaimana Nur Muhammad terpecah kepada 4 bahagian.
(Perhatian: Ramai yang menyandarkan hadis Jabir sebagai dalil awal kejadian adalah Nur Muhammad hanya ambil sekerat dan seandainya dibaca habis hadis tersebut, akan jelaslah kebatilan dan kepalsuan dalam hadis itu. Mengapa orang yang yang berakal tidak mahu mengkaji dna berfikir???)
Rujuk: Islamweb
Dalam Hadis Jabir itu dinayatakan pecahan Nur Muhammad itu:
Bahagian pertama jadi Arasy
Bahagian kedua jadi Kursi
Bahagian ketiga jadi malaikat-malaikat
Bahagian keempat terpecah kepada empat bahagian pula. Bahagian pertama jadi langit tujuh petala. Bahagian kedua jadi bumi. Bahagian ketiga jadio syurga dan neraka. Bahagian keempat jadi pula terpecah kepada 4 bahagian!???
No comments:
Post a Comment