Sunday, May 21, 2023

Khalifah yang dibunuh ibunya

Musa Al-Hadi adalah cucu kepada Khalifah ke-2 Bani Abbasiyyah iaitu Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur. Namanya adalah Abu Muhammad Musa Al-Hadi bin Muhammad Al-Mahdi bin Abu Ja'far Al-Mansur. Beliau adalah khalifah yang ke-4 bagi Dinasti Bani Abbasiyyah. Sewaktu beliau menaiki tahta kekhalifahan, umurnya baru 25 tahun.Ibunya bernama Khaizuran bin Ato' Al-Jursyiyyah  Al-Yamaniyyah.

Ahli sejarah menyebutkan tentang pernagai dan akhlak Musa Al-Hadi. Dia digambarkan seorang sukakan nyanyian para penyanyi. Umpanya penyanyi bernama Ibrahim Al-Musili  adalah penyanyi yang sering berdampingan dengannya. Dia juga digambarkan suka minum arak,  sangat cemburu dan cepat marah.

Semasa usianya 16 tahun. dia telah dipilih menjadi putera mahkota oleh ayahnya Muhammad Al-Mahdi. Namun, ada rancangan oleh khalifah Muhammad Al-Mahdi untuk menggantikannya dengan Harun Ar-Rasyid atas sebab potensi diri Harun Ar-Rasyid yang lebih dan pujukan Khaizuran isterinya. Namun, kematian Muhammad Al-Mahdi memintas rancangan itu ia tidak sempat dilaksanakan. Hanya, diwasiatkan bahawa selepas Musa Al-Hadi, Harun Ar-Rasyhid akan menggantiukannya.

Musa Al-Hadi mengikut gaya pemerintahan ayahnya dalam membanteras ancaman puak zindi dalam negara. Pada zamannya juga berlaku pemberontakan dan dapat dipandamkannya. Antaranya adalah pemberontakan Al-Hussain bin Ali bin Al-Hasan Al-Mutsallath bin Al-Hasan Al-Muthanna bin Hasan As-Sabt bin Ali bin Abi Talib yang mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Kota Madinah. Pemberontakan itu dipadamkan dalam sebuah peperangan yang dinamakan Perang Al-Fakh. Apabila kalah dalam cubaan pemberontakan itu, anak saudara Al-Hussain  bin Ali iaitu Idris bin Abdullah (Namanya Idris bin Abdullah bin Al-Hasan 3 bin  Al-Hasan 2  bin Al-Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib) telah berjaya melarikan diri ke wilayah Maghribi dan mengasaskan Keraajaan Idrisiyyah di sana..

Beliau menjadi khalifah dalam tempoh yang pendek aitu antara tahun 169H hingga 170H. Musa 

Mengikut Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Tarikh Al-Khulafaa, ms 181:

سمته أمه الخيزران لما عزم على قتل الرشيد ليعهد إلى ولده

" Ibunya Khaizuran telah meracuninya apabila dia berazam untuk membunuh Harun Ar-Rasyid dan menggantikannya dengan anaknya (Jaafar) sebagai putera mahkota".

Dia dikatakan dibunuh dengan cara diracun oleh ibunya Khaizuran dalam jamuan makan yang diadakan oleh ibunya itu. Ada tambahan yang mengaitkan bahawa racun itu tidak membunuhnya lansung, maka Khaizuran mengarahkan beberapa hambanya untuk membunuhnya dengan cara dicekik atau dititup buka dengan bantal.

Siapa Khaizuran?

Baca: Aljazeera

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....