Thursday, September 10, 2026

Pemerintahan Al-Walid bin Yazid ( Al-Walid II)

Para pengkaji pemerintahan Dinasti Bani Umayyah akan tahun bahawa naiknya Al-Walid II sebagai Khalifah pada tahun 125H menandakan bermula fasa kejatuhan Dinasti itu.  Ia menjadi titik awal terperciknay api fitnah ke-3 dalam zaman permerintahan Bani Umayyah.

Namanya adalah Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam. Beliau menjadi khalifah selepas Hisyam bin Abdul Malik. Sebelum Hisyam, khalifah adalah Yazid II. Yazid II itulah ayah Al-Walid. Kerana Masa Yazid II hendak mati, anaknya si Al-Walid itu  masih kecil, dia serahkan jawatan Khalifah kepada saudaranya yang bernama Hisyam bin Abdul Malik.  Itupun dengan janji anaknya Al-Walid kelak akan dijadikan khalifah selepas Hisyam. Hisyam melihat Al-alid tumbuh besar sebagai pemuda yang tidak bermoral. Peminum arak, berfoya-foya dan asyik isi masa memburu. Tapi janjinya dalam keluarga Bani Umayyah suusah dibatalkan. 

Miski hasrat Hisyam mahu pilih anaknya sendiri yang bernama Maslamah sebagai pengganti, hasratnya itu menempuh jalan sukar. Maslamah bin Hisyam itu memang berkredebeliti tinggi. Dia pemimpin tentera yang berjaya dan pernah memenangi kempen di Accapadacia dan menakluk Ankara pada tahun 739M.

Hisyam nak pilih anaknya dan ramai juga keluarga Bani Umayyah yang setuju. Termasuk yang sokong adalah Masalamah bin Abdul Malik, panglima tentera Bani Umayyah yang hebat dan terkenal.  Tapi ada yang sengit membantah seperti Gabenor Irak yang bernama Khalid bin Abdulah Al-Qasri. 

Catatan: Khalid bin Abdullah Al-Qasri terkenal sebagai gabenor yang kejam dan zalim. tapi ada kebaikannya yang dipuji ulama iaitu membunuh Al-jJa'di bin Dirham.

Dalam upaya Hisyam itu dengan sokongan kuat Masalamah, Hisyam hampir berjaya. Tetapi pada akhir tahun 730M masalah wafat dan rancangan Hisyam pun hilang dokongan kuat. Hisyam juga cuba memujuk Al-Walid agar berundur secara terhormat, namun beliau enggan.

Masalamah sendiri tidak setinggi kemahuan bapanya. Hubungannya dengan Al-Walid dalam keadaan baik dan mereka tidak bermusuh. Malah, Maslamah bersetuju Al-Walid jadi khalifah  dan mendokongnya. Kerana itu, selepas Hisyam wafat, Al-Walid II kekal bersahabat baik dengan Maslamah. Mereka tidak bermusuhan dan Al-Walid tidak melampiaskan dendam kepadanya sebagaimana ke atas saudara-saudara Maslamah yang lain.

Suadara-saudara Maslamah iaitu anak-anak khalifah Hisyam  adalah ancaman buat Al-Walid. Bila Al-Walid berjaya jadi Khalifah, matanya tertumpu kepada anak-anak Hisya, Mereka ditekan agar tidak menentangnya. Kecuali Maslamah, anak-anak Hisyam dianggap musuh. Paling utama adalah Sulaiman bin Hisyam yang merupakan saudara sebapa dengan Maslamah dan juga ada kedudukan dalam ketenteraan. Sulaiman ditanggap dan dipenjara. Keluarganya juga diambil tindakan.

Sulaiman bin Hisyam, walaubagaimanapun dapat melepaskan diri dan kemudian menyokong gerakan penentangan ke atas Al-Walid yang diketui oleh Yazid III, iaitu Yazid bin Al-Walid bin Abdul Malik. Hubungan Yazid III dengan Al-Walid II adalah sepupu. Kedua-duanya adalah cucu kepada Abdul Malik.

Catatan sejarah menyebutkan bahawa Yazid III itu lebih agamis dan menjadikan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz sebagai model impiannya. Dia bangkit menentang Al-Walid II dengan selogan bernuansa agama. Al-Walid II tidak bermoral. 

Yazid III memimpin askarnya masuk dan menguasai Damsyiq dan ketika itu Al-Walid II tiada di sana, Dia sedang bersandai di istana padang pasirnya. Dengan kata Kota Damsyiq jatuh dan Yazid II diangkat menggantikannya, dia bergegas ke  Al-Bakhra dan cuba mengumpulkan pasukan. Namun, Al-Walid II tiada pasukan yang cukup. 

Yazid III yang menguasai Damsyiq mengirim pasukan tentera yang besar ke Al-Bakhra buat melumpuhkan Al-Walid II. Ia dipimpin oleh Abdul Aziz bin Hajjaj bin Abdul Malik, sorang pemimpin tentera daripada keluarga bani Umayyah sendiri. Dalam upaya melenyapkan Al-Walid II itu, Sulaiman bin Hisyam yang pernah dipenjarakan olehnya  turut turun sama mengalahkan Al-Walid.  Bila kuasa sudah bagai telur di hujung tanduk, pengikut sendiri pun melarikan diri. Demikian nasib Al-Walid II. Tenteranya yang sedia  kecil, main bertambah kecil.

Hanya, Al-Walid itu siaft jantannya bertahan hingga titisan darah terakhir. Abdul Aziz dikatakan menawarkan agar konflik diselesaikan secara syura dalam keluarga Bani Umayyah, tetapi Al-Walid menolak dan memilih mati dalam mempertahankan kedudukannya. 

Maka, terbunuhlah Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik pada 28 Jamadil Akhir tahun 126H bersamaan dengan 16 April 744M. Dia sempat berada atas kerusi kekhalifahan sekitar setahun 2 bulan.

Khalifah seterusnya adalah Yazid III yang dikenali dalam sejarah sebagai Yazid An-Naqis.


Catatan tambahan: Kelemahan dan kekalahan Al-Walid II adalah disumbangkan oleh faktor hilangnya dokongan puak Yamani ke atasnya. Tegak berdirinya dinasti Bani Umayyah banyak disumbangkan oleh sokongan Puak Yamani. Pada masa pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik, beliau telah memecat gabenor Irak yang bernama Khalid bin Abdullah al-Qasri. Dia seorang yang cenderung kepada puak Yamani. Kedudukannya digantikan dengan Yusuf bin Hajjaj (ada kaitan kerabat dengn Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi).  Yusuf bin Hajjaj telah mengambil tindakan terhadap Khalid bin Abdullah Al-Qasri. Dia dipenjara. Pada masa Al-Walid jadi Khalifah, nasib Khalid bin Abdullah Al-Qasri tidak juga terbela. Malah, dia diserahkan kepada Yusuf bin Hajjaj untuk dihukum. Akhirnya mati dalam penjara. Apabila pemberontakan meletus, anak-anak Khalid bin Abdullah Al-Qasri dan kelompok Yamanimendokong yazid III menentang Al-Walid II. Al-Walid III tidak dokongan teras Bani Umayyah yang ada sebelumnya.


                                                                                              



Pemerintahan Al-Walid bin Yazid ( Al-Walid II)

Para pengkaji pemerintahan Dinasti Bani Umayyah akan tahun bahawa naiknya Al-Walid II sebagai Khalifah pada tahun 125H menandakan bermula fa...