Thursday, August 27, 2026

ANAK-ANAK QUSAI BIN KILAB

Qusai bin Kilab adalah datuk Nabi Muhammad SAW di tingkat yang ke-4.Nama Sebanrnya adalah Zaid. Qusai itu hanya gelaran yang diberikan kepadanya kerana dia membesar di luar qabilahnya dan terasing. Dia adalah Quraisy pertama yang menjadi pemimpin Mekah. Hasil perkahwinannya dengan Hubba binti Hulail Al-Khuza'iyyah, dia dapat 4 orang anak iaitu:

  1. Abdud Dar
  2. Abd Manaf
  3. Abdul Uzza
  4. Abd Qusai
  5. Takhammar bt Qusai
  6. Barrah bt Qusai
Anak sulung Qusai ialah Abdud Dar. Dia kurang popular di kalangan warga Mekah berbanding saudaranya yang lain. Oleh itu ayahnya memberinya peranan Sadanah Ka'bah iaitu memegang kuncinya, menjaga kelambunya dan membersihkannya. Pendeknya semua hal yang berkisar tentang kaabah. Dari keturunan Abdud Dar itulah turunnya keluarganya Bani Syaibah yang memegang kunci Ka'bah sehingga hari ini. Mereka dipilih oleh Rasulullah dan diberintugas memegangnya sehingga kiamat. Bani Syaibah itu adalah dari kerunan anak Abdud Dar yang bernama Uthman bin Abdud Dar.

Abdul Manaf bin Qusai, nama sebenarnya adalah Al-Mughirah. Dia ada 4 orang anak iatu:
  1. Hasyim-Ibunya Atikah bt Murrah bin Hilal bin Falij bin Zakwan bin Tsa'labah. 
  2. Abdus Syams-Ibunya Atikah bt Murrah bin Hilal bin Falij bin Zakwan bin Tsa'labah. 
  3. Al-Mutallib-Ibunya Atikah bt Murrah bin Hilal bin Falij bin Zakwan bin Tsa'labah. 
  4. Naufal- Ibunya Waqidah bt Amru Al-Maziniyyah


 

ANAK-ANAK QUSAI BIN KILAB

Qusai bin Kilab adalah datuk Nabi Muhammad SAW di tingkat yang ke-4.Nama Sebanrnya adalah Zaid. Qusai itu hanya gelaran yang diberikan kepa...