Al-Muiz Lidinillah, ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut separuh pedangnya dan berkata:
Inilah nasabku!
Dia menaburkan emas kepada orang ramai dan berkata:
Inilah Hassabku!
Dalam buku sejarah dicatatkan bahawa Al-Aziz Al-Fatimi pernah mengutuskan surat ke Andalusia mencela dan Khalifah Umayyah di sana iaitu Abdurrahman III (An-Nasir Lidinillah), maka dibalas surat itu dengan mengatakan:
" Kamu mengenali siapa kami, lalu kamu mencela kami. Kalau andainya kami kenal kamu, tentu kami akan menjawab apa yang kamu katakan".
(Rujuk Ad-Daulah Al-Fatimiyyah Fi Misra Tafsir Jadid, Dr Aiman Fuad Sayyid, Ms 100-101)
Kalau mengikut risalah yang diutuskan oleh Ubaidillah Al-Mahdi kepada Syiah Ismailiyyah Yaman, dia menjelaskan bahawa nasabnya adalah kepada Abdullah bin Jaafar dan bukan Ismail bin Jaafar sebagaimana kepercayaan Ismail tentang imam-imam mastur mereka. Risalah tersebut menampilkan nama-nama imam mastur Syiah Ismailiyyah sebelum Ubaidilllah.

No comments:
Post a Comment