Tuesday, April 23, 2024

BANI ABDUS SYAMS DAN BANI NAUFAL

Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib dikira sebagai Ahlul Bait. Tetapi Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk Ahlul Bait. Rumusan ini diambil daripada kefahaman atas hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (N0 3140) dalam Sahehnya dari jalan Jubair bin Mut'im:

Kata Jubair bin Mut'im:

- مَشَيتُ أَنَا وعُثْمَانُ بنُ عَفَّانَ إلى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلْنَا: يا رَسولَ اللَّهِ، أَعْطَيْتَ بَنِي المُطَّلِبِ وتَرَكْتَنَا، ونَحْنُ وهُمْ مِنْكَ بمَنْزِلَةٍ واحِدَةٍ؟ فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: إنَّما بَنُو المُطَّلِبِ وبَنُو هَاشِمٍ شَيءٌ واحِدٌ. قالَ اللَّيْثُ: حدَّثَني يُونُسُ، وزَادَ، قالَ جُبَيْرٌ: ولَمْ يَقْسِمُ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِبَنِي عبْدِ شَمْسٍ، ولَا لِبَنِي نَوْفَلٍ.


Keterangan Nasab: Abdus Syams, Hashim dan Al-Mutallib adalah anak-anak Abdul Manaf dari satu ibu iaitu Atikah bt Murrah. Manakala Naufal pula adalah anak Abdul Manaf dari ibu yang lain iaitu Waqidah bt Amr Al-Maziniyyah.

Setelah kematian Abdul Manaf, urusan Siqayah dan Rifadah berada di tangan Hashim. Sementara Al-Mutallib pula diletakkan sebagai Zawil Qurba. Hubungan ini dibentuk pada zaman Jahiliyyah. Hubungan ini menjadikan Al-Mutallib adalah sekutu sumpah setia (Halif) buat Hashim. Keadaan ini membuatkan apabila Bani Hashim dikepung di Syiab dan diboikut, Bani Al-Mutallib masuk sekali. Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk. Mereka malah bersama dengan kalangan yang memboikot Nabi Muhammad SAW kecuali yang masuk Islam dan beberapa di kalangan mereka. 

Seharusnya Bani Abdus Syams dan Bani Naufal bersama Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib menghadapi kepungan. Namun, hubungan adik beradik mereka tidak membawa ke arah itu. Mereka telah mengambil pihak yang salah dalam menindas sepupu sepapat mereka. Kerana itru Abu Talib pernah mengungkap rangkap Syairnya yang berbunyi:


 جزى الله عنا عبد شمس ونوفلا *** عقوبة شر عاجل غير آجل 

"Nanti Allah akan membalas dengan balasan yang buruk kepada Abd Syams dan Naufal lambat atau bangat"

Maka, atas keeratan hubungan dan kesetiaan masa Jahiliyyah dan kebersamaan setelah Islam, Bani Al-Mutallib dimasukkan sebagai Zawil Qurba dan mendapat darjat Ahlul Bait.


Satu hal yang perlu diambil perhatian, nasab dikira berdasarkan anak-anak lelaki. Adapun anak perempuan tidak diambil kira. Sebab itu anak Uthman bin Affan dengan puteri nabi ٌRuqayyah binti Rasulullah SAW iaitu Abdullah dan Zubair bin Al-Awwam tidak dainggap Bani Hashim miskipun ibu mereka adalah perempuan Bani Hashim. Itu kerana bapa mereka bukan Bani Hashim.

*Ibu Zubair bin Al-Awwam adalah Safiyyah bt Abdul Mutalib. Oleh itu Safiyyah adalah seorang Hasyimiyyah. Dia dan Hamzah bin Abdul Mutallib adalah saudara seibu dan sebapa. Ibu mereka bernama Halah bt Wuhaib ( Wuhaib/ Uhaib adalah saudara kepada Wahab, ayah Aminah ibu nabi). Mulanya dia berkahwin dengan Al-Harith bin Harbin bin Umayyah. Setelah itu dia berkahwin pula dengan Al-Awwam bin Khuwailid dan dapat anak namanya Zubair, Saib, Abdul Kaabah dan Ummu Habib.  Al-Awwam mati terbunuh dalam Perang Al-Fijar. Safiyyah sempat masuk Islam dan hijrah ke Madinah. Dia hidup sampai tahun ke 20H (zaman Khilafah Umar Al-Khattab ) . Kuburnya ada di Baqi'.



No comments:

Post a Comment

Imam Makhul

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...