Monday, April 22, 2024

NASAB IMAM SYAFIE

 Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Asy-Syafi' bin As-Sa-ib bin Ubaid bin Abdul Yazid bin Hashim bin Al-Mutallib bin Abdul Manaf bin Qusai.

Jika dilihat daripada nasab Imam Syafie, kelihatan jalur nasabnya bertemui dengan jalur nasab nabi Muhamamd SAW pada leluhur yang bernama Abdul Manaf.

Abdul Manaf adalah datuk nabi Muhammad SAW yang ke-3 sementara bagi Imam Syafie, Abdul Manaf adalah datuknya yang ke-9.

Al-Mutallib adalah saudara kepada Hasyim yang menjadi awal kepada Bani Hasyim. Bila Hasyim Meninggal di Gaza ketika dia dalam misi perdagangannya di sana, Al-Mutallib pergi ke Madinah mendapat anak Hasyim yang masih kecil dan tinggal bersama ibunya yang menjadi janda. Nama anak Hasyim itu adalah Syaibah yang kemduiannya terkenal dengan nama Abdul Mutallib.

Dari keturunan Mutallib itulah turunnya salasilah sampai kepada Imam Syafie.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahehnya, Nabi SAW telah bersabda:

إنما ‌بنو ‌هاشم، ‌وبنو ‌المطلب شيء ‌واحد

"Anak-anak hashim dan anak-anak Al-Mutallib adalah satu"


Maka, dalam hadis yang dinyatakan di atas, anak-anak Abdus Syams dan anak-anak Naufal terkeluar walaupun mereka juga adalah anak-anak Abdul Manaf. Nabinya hanya memberikan khumus dalam perang Khaibar kepada anak-anak Hashim dan anak-anak Al-Mutallib.Ini kerana hanya Ahli Bait yang diberikan Khumus. Justeru, Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib dikira sebagai Ahlul Bait.

Catatan: Sahabat nabi Uthman bin Affan, Abu Sufian, Muawiyah dan Amru bin Al-As adalah antara mereka yang bersusurgalur kepada Abdul Syams bin Abdul manaf . Sementara Naufal bin Abdul Manaf pula  menurunkan keturunan yang bernama Adi bin Naufal (anak sulung). Drai Adi itu datangnya anaknya yangbernama Mut'im yang telah membela nabi SAW sewaktu dihalang masuk ke Makkah selepas berdakwah di Taif. Nabi SAW pernah menyebutkan namanya dalam kes tawanan Perang Badar(riwayat Bukhari):

لو كانَ المُطْعِمُ بنُ عَدِيٍّ حَيًّا، ثُمَّ كَلَّمَنِي في هَؤُلَاءِ النَّتْنَى؛ لَتَرَكْتُهُمْ له.

"kalaulah Mut'im bin Adi masih hidup dan datang berbincang denganku tentang para tawanan perang itu, tentulah aku serahkan mereka kepadanya"


Jika demikian, Imam Syafie yang merupakan keturunan daripada Al-Mutallib bin Abdul Manaf dianggap sebagai Ahlul Bait.

Walau bagaimana para ulama tidak sepakat.

Menurut Imam Abu Hanifah, hanya Bani Hashim sahaja dianggap Ahlul Bait.

Demikianlah juga satu pandangan oleh Imam Ahmad bin Hambal

Imam Syafie memasukan juga Bani Al-Mutallib berdasarkan hadis yang telah dinyatakan. Inilah pandangan yang rajih.

Maka, disebabkan dua Bani itu adalah Ahlul Bait, maka haramlah atas mereka sedekah dan zakat. Haram juga sedekah dan zakat atas isteri-isteri nabi kerana mereka termasuk dalam makna Ahlul bait berdasarkan ayat 33 Surah Al-Ahzab.

No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...