Monday, June 17, 2024

KETURUNAN ADNAN

 Ini adalah catatan ringkas tentang Ma'ad bin Adnan dan keturunannya. 

Anak Ma'ad bin Adnan ada 3 iaitu:

1) Qonas
2) Qudha'ah
3) Nizar

Cerita Bani Israil: Adapun Ma'ad bin Adnan itu, ketika pemerintahan Raja Bakhtanasser, umurnya baru 12 tahun.Abu Jaafar At-Tobari menaqalkan cerita bahawa Allah SWT telah mewahyukan kepada nabi Bani Israil di zaman itu, namanya Nabi Armiya bin Halqia bawa kerajaan Bukhtanasser akan dikuasai oleh bangsa Arab. Maka Allah memerintahkan nabi Armiya membawa Maa'd bin Adnan menaiki Borak untuk diselamatkan daripada angkara murka Bukhtanasser. Diwahyukan kepada nabi Armiya bahawa dari sulbinya akan lahir nabi akhir zaman penutup segala nabi. Maka, Maa'ad dibawa dengan Borak ke Syam dan dia pun hidup bersama saki baki Bani Israil yang terselamat selepas Baitul Maqdis diruntuhkan. Di sana, dia menikah dengan seorang peempuan bernama Mu'anah binti Jausyin daripada keturunan Dub bin Jurhum.Setelah keadaan  kembali tenang, dia pun balik ke negerinya di Jazirah Arab. Adapun Armiya ada seorang jurutulis bernama Rakhiya dan dialah yang mencatat nasab Ma'ad bin Adnan dan ia disimpan dalam khazanah Nabi Armiya. Maka, bersumberkan kitab itu, disebutkan bahawa antara Adnan ke Nabi Allah Ismail ada 40 orang dalam silsilahnya.

Antara 3 orang itu, maka Nizar dilihat sebagai tiang seri nasab (Amudannasab). Lalu Nizar itu dikatakan telah berperang bersama Tubba' raja Himyar. lalu dia berhasil menguasai Hijaz dan menjadi pemimpin hebat di zamannya.

Nizar ada 4 orang anak iaitu:

1) Mudhor
2) Rabi'ah
3) Iyad
4) An-mar

Lalu, Mudhor menjadi Amudannasab. Dari keturunannya lahirlah keturunannya yang kelak nanti muncul bangsa Quraisy.

No comments:

Post a Comment

Dia dari kalangan Mukhbitin

Ar-Rabi' bin Khusaim adalah seorang tabiin yang saleh . Dia mengambil ilmu daripada Abdullah bin Mas'ud  Ibn Mas'ud berkata kepa...