Wednesday, June 26, 2024

Mus'ab bin Az-zubair

 Beliau adalah anak kepada sahabat Nabi SAW , Zubair bin Al-Awwam.  Nama penuh beliau adalah Mus'ab bin Az-Zubair.

Beliau seornag yang berperawakan menarik dengan wajah yang kacak. 

As-Sya'bi pernah berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang ketua yang berkhutbah atas membar yang lebih kacak daripadanya".

Malah, Hasan Al-Basri diriwayatkan pernah mengomentari: " Mus'ab bin Az-Zubair adalah secantik-cantik lelaki Basrah".



Ketka Al-Mukhtar dikepung di Kota pemerintahan ,di Basrah, bersama sekitar 7 ribu askarnya. Mus'ab dan askarnya mengepung mereka selama 4 bulan. Al-Mukhtar mengharapkan bantuan tentera dari Ibrahim Al-Asytar akan sampai, namun tidak sampai juga. bahkan sebahagian tenteranya melarikan diri meninggalkannya. Apabila Mus'ab bin Az-Zubair dapat mengalahkan Al-Mukhtar, kepalanya dikirimkan kepada Abdullah bin Az-Zubair. Manakala sekita 6 ribu askar yang bersama Al-Mukhtar dijatuhkan hukuman bunuhnya semuanya oleh Mus'ab bin Az-Zubair.

Dieritakan bahawa apabila Al-Mukhtar telah dibunuh dan tenteranya telah ditawan, maka mereka mohon dimaafkan . Mus'ab merasa lembut hati dan mahu memaafkan mereka. Ketika itu bangkit para pemimpin puak dalam pasukan Mus'ab, antaranya Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asytar menegaskan bahawa mereka patut dibunuh. Menurutnya,  tentera Al-Mukhtar telah melakukan jenayah membunuh dan melukakan ramai dari kalangan kaum keluarga mereka. Perkataan Abdurrahman itu senada dengan ramai ketua kabilah dalam pasukan Mus'ab. Maka Mus'ab pun perintahkan mereka dibunuh semuanya.6 ribu personal tentera dibunuh. Mereka bukan orang kafir. bahkan mereka adalah muslim juga!. 

Masya Allah!
La Haula Wala Quwwata Ulla billah!

Diceritakan juga, para tentera yang dijatuhkan hukuman bunuh itu merayu agar mereka dibenarkan hidup dan biarkan mereka diletakkan pada barisan depan melawan pasukan Abdul malik bin marwan. Kalau mereka menang,maka kemenangan itu buat pasukan Mus'ab. Kalau mereka terbunuh, mereka tidak akan mati sebelum mereka membunuh tentera-tentera Abdul Malik bin Marwan.

Namun, pilihan yang ditawarkan itu enggan diterima oleh Mus'ab. Mereka tetap diputuskan dihukum bunuh!

Begitulah cerita di medan perang. Nyawa bukanlah seperti di waktu aman!

Diceritakan juga bahawa sekali Mus'ab datang ke Makkah  dan dia mendatangi Ibn Umar dan bertanya:


" Wahai Pakcik, aku ingin bertanyamu tentang satu kaum yang derhaka kemudian dikalahkan dan mereka pun minta diberikan kemananan. Lalu diberikan keamanan. Namun setelah itu mereka dibunuh".


Ibn Umar bertanya:" Berapakah ramai kaum itu?"

Kata Mus'ab: "Lima ribu orang".


Maka Ibn Umar bertasbih dan bersitija' lalu dia bertanya Mus'ab

" Jika ada seorang lelaki datang kepada kambing-kambing peliharaan Az-Zubair lalu menyembelihnya pada satu pagi sahaja 5 ribu kambing, apakah kau menganggapnya sebagai musrif(Penumpah Darah)?

Kata Mus'ab: "Ya".

Maka Kata Ibn Umar: "Apakah kalau kambing kau anggap musrif dan tidak pada manusia yang diharapkan taubatnya? Wahai anak saudaraku, hendaklah kau berikan orang minum air sejuk seramai mungkin sedaya kamu dalam dunia ini!", 

Dalam diri Mus'ab, ada sifat mulia dalam hal memberi bantuan dan harta kepada orang. Dia digelar "Aniatun nahli" ( Sarang Lebah)  kerana mulianya dan pemurahnya. Sifat ini bertentengan dengan sifat abangnya Abdullah bin Az-Zubair yang kedekut dan tidak suka memberi. 

Namun dia boros dalam membunuh lawannya. 

Ketika Mus'ab telah menewaskan pasukan Al-Mukhtar dan Menguasai Kufah dan Basrah, maka sampai kepadanya berita Abdul malik bin Marwan menggerakkan tenteranya untuk mengambil alih Irak. Orang Basrah dan Kufah tidak mahu bersamanya. Malah mereka telah disogok oleh Abdul Malik dengan tawaran harta dan jawatan menyebabkan orang yang setia dengan Mus'ab menjadi sedikit. Hatta penyandang gabenor Khurasan , Bakir bin Wasyah untuk menyokongnya dan mencabut ketaatan kepada Ibn Zubair.Dia ditawarkan kekuasaan atas Marw dan dia menerimanya serta mengajak penduduk Marw bersamanya. 

Mus'ab adalah seorang yang lurus dalam politik dan tidak menggunakan helah dan muslihat. Sebaliknya Abdul Malik menggunakan muslihat politik yang licik.

Dibaca dari artikal: https://www.hindawi.org

Pada tahun 72H, Mus'ab mati terbunuh dan usianya ketika itu adalah 40 tahun. Dia terbunuh dalam perang melawan pasukan Abdul Malik bin Marwan dalam keadaan tenteranya telah pecah dan pendokongnya tidka ramai.  Selepas terbunuh, kepalanya di bawa kepada Abdul Malik bin Marwan. Menurut cerita, Abdul Malik bin Marwan menangis melihat kepalanya. Dia sangat sayangkan Mus'ab kerana dulu sebelum dia jadi penguasa bani Umayyah, dia bersahabat dengan dengan Mus'ab. Abdul Malik berkata:


والله ما كنت أقدر أن أصبر عليه ساعة واحدة من حبي له حتى دخل السيف بيننا ، ولكن الملك عقيم

Demi Tuhan, saya tidak dapat bersabar dengannya walau sejam pun kerana cinta saya kepadanya sehingga pedang mencelah antara kami, tetapi kekuasan itu mandul.

Dalam pertarungan demi maruah dan harga diri itu, Mus'ab tidak kewalahan sehinggalah naywanya melayang. Turut mati bersamanya adalah anak-anaknya, Isa Al-Akbar, Ukasyah, Jaafar, Hamzah, Saad dan lain-lain. (Rujuk Al-Bidayah Wan Nihayah)



No comments:

Post a Comment

API FITNAH YANG MARAK DI ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Ketika Ali di Bai'ah menjadi khalifah kaum Muslimin, tiada kesepakatan di kalangan kaum Muslimin.  Ibn Hazmin menyebutkan bahawa jumlah ...