Sunday, October 2, 2022

ABDUL MANAF DATUK NABI KE-3-Titik temu Bani Hasyim dan Bani Umayyah

Nama Abdul Manaf adalah datuk nabi yang ketiga. Bani Hasyim dan Bani Umayyah bertemu salsilah mereka pada tokoh bernama Abdul Manaf ini. Ini kerana dari Abdul Manaf ada 4 anak lelaki iaitu:

1) Hasyim

2) Al-Mutallib

3) Naufal

4) Abdus Syams


Hasyim menurunkan zuriat yang dinamakan Syaibah Al-Hamd yang dikenali sebagai Abdul Mutallib.

Abdus Syams pula menurunkan keturunan yang bernama Umayyah.


Untuk lebih jelas tebaran keturunan Bani Abdul Manaf, mari kita semak pecahan keturunannya:

a) Anak-anak Hasyim bin Abdul Manaf

  1. Abdul Mutallib bin Hasyim
  2. Asad bin Hasyim (Ayah kepada Fatimah binti Asad, isteri Abu Talib dan ibu kepada Ali bin Abi Talib)
  3. Saifi bin Hasyim
  4. Abu Saifi bin Hasyim
  5. Nadhlah bin Hasyim
  6. As-Syifa bt Hasyim
  7. Khalidah bt Hasyim
  8. Dhaifah
  9. Ruqayyah
  10. Hayyah
b) Anak-anak Al-Mutallib

Tidak dijelaskan nama-nama anak Al-Mutallib. Namun dari seorang anaknya yang bernama Hasyim, berjalurlah keturunan sehingga  Imam Syafie rahimahullah


SALASILAH IMAM SYAFIE:

  • Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Syafi' bin As-Sa-ib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hashim bin Al-Mutallib bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.
  • Antara manaqib imam Syafie ialah 4 orang datuknya tergolong dalam kalangan sahabat iaitui: Syafi', As-Sa-ib, Ubaid dan Abdu Yazid.(Datuk Imam Syafie sahabat Nabi)

c)Anak-anak Naufal bin Hasyim
  1. 'Adi
  2. Amru
  3. 'Amir
d) Anak-anak Abdus Syams
  1. Habib
  2. Umayyah Al-Akbar-dialah yang menjadi pusat keturunan Bani Umayyh.
  3. Umayyah Al-Asghor
  4. Abdu Umayyah
  5. Naufal
  6. Abdul Uzza
  7. Rabi'ah
  8. Abdullah
  9. Ruqayyah
  10. Subai'ah
  11. Umaimah

Elok juga kita catatkan siapakah anak-anak kepada Umayyah Al-Akbar bin Abdus Syams bin Abdul Manaf itu. Mereka ialah:

  1. Harbin
  2. Abu Harbin
  3. Sufyan
  4. Abu Sufyan
  5. Amru
  6. Abu Amru
  7. Al-'As
  8. Abu Al-'As
  9. Al-'Aish
  10. Abu Al-'Aish
  11. Umaimah bt
  12. Sufyah bt
  13. Arwa bt
  14. Al-Harith

Dari Harbin datangnya Abu Sufyan, bapa Saidina Mu'awiyah.

Dari Abu Al-'As bin Umayyah lahirnya anak-anak bernama: Affan (bapa Saidina Uthman), Al-Hakam (Bapa Marwan, khalifah ke-4 dinasti Bani Umayyah) dan Sufiyyah (ibu kepada Ramlah Ummul Mukminin)

QUSAI BIN KILAB PENEGAK LEGASI QURAISY

Sekadar hiasan


Qusai adalah datuk Nabi Muhammad SAW yang ke-4. Ayahnya Kilab berkahwin dengan Fatimah binti Saad, lalu dapat anak namanya Zaid. Kemudian, Kilab meninggal kala Zaid itu masih kecil. Ibu Zaid itu kahwin lain dengan seorang yang bernama Rabi'ah bin Haram dari Bani Qudha'ah. Bani Qudha'ah tinggal di kawasan Syam. Maka dibawanya isterinya dan anak tirinya yang bernama Zaid itu balik ke kabilahnya, iaitu perkampungan Bani 'Uzrah yang terletak di Syam. Di sana Zaid membesar dan kerana dia membesar di luar lingkungannya, bukan dalam kabilahnya, dia pun digelar Qusai.

Itulah asal muasal kenapa dia dinamakan Qusai.

Ibu Qusai, Fatimah bt Saad juga melahirkan anak lain dengan Rabi'ah bin Haram. Namanya Razah bin Rabi'ah.Selain anak dengan isterinya Fatimah (ibu Qusai) , Rabi'ah juga ada anak-anak dengan  isterinya yang lain. Nama-nama mereka ialah Han, Mahmud dan Jalhamah. Kehidupan Qusai tidak dilayan baik di perkampungan Bani Qudha'ah. Waktu dia telah mencapai umur baligh, mereka mengungkit asalnya yang bukan dari kalangan mereka. Qusai pun tanya ibunya asal usulnya. Ibu Qusai pun ceritakan asalnya dari bangsawan Quraish yang bernama Kilab bin Murrah. Qusai pun ingin balik dan bergabung dengan kabilahnya di Makkah. Pada satu musim haji, dia pun mengikut kafilah haji Bani Qudha'ah menuju Makkah.

Qusai pandai bawa diri. Dia cepat dikenal di Kota Makkah. Personalitinya yang menarik dan kaliber kepimpinannya menarik hati pemimpin Bani Khuza'ah yang memerintah Makkah dewasa itu, iaitu Hulail bin Habasyiyyah Al-Khuza'i. Lalu, dikahwinkan Qusai dengan puterinya yang bernama Hubba binti Hulail.

Maka Qusai pun jadi menantu Hulail bin Habasyiyyah Al-Khuzai'i. Reputasinya meningkat cepat. Dia dikasihi oleh ramai orang Makkah kerana bakatnya dan keperibadiannya. Masa hayat bapa mentuanya lagi dia telah diganding bersamanya menjaga urusan Kaabah. Bersama isterinya itu Qusai dapat anak-anak lelaki bernama Abdud Dar, Abdul Manaf dan  Abdul Uzza. Keturunan Qusai makin ramai dan hartanya makin banyak. Pengaruh pun makin besar. Kala itu, matilah Hulail dan Qusai pun merasakan dia lebih berhak menggantikan ayah mentuanya itu. Lagipun dia sedar keturunannya yang berasal daripada pemerintah Makkah sejak zaman nabi Ismail. Maka berbanding Bani Khuza'ah, dia lebih berhak. 

Berlakulah konflik antaranya dengan Bani Khuza'ah. Dia mendapat sokongan daripada Para pemimpin bangsa Quraisy dan juga Kinanah untuk menempatkan posisinya sebagai ketua Makkah dan menyingkirkan Bani Khuza'ah.  Dia minta bantuan tambahan daripada adik seibunya Razah bin Rabi'ah. Bani Qudha'ah datang membantunya menjayakan misinya merampas kekuasaan Makkah. Pada akhirnya, Bani Khuza'ah berjaya dikeluarkan dari Makkan dan bermulalah zaman penguasaan Quraisy. Qusai menjadi pemimpin pertama dari bangsa Quraisy kembali menaiki tangga kekuasaan setelah sekian lama mereka hanya menjadi pemerhati dalam perebutan kuasa.

Anak-anak Qusai:
1) Abdud Dar
2) Abdul Manaf
3) Abdul Uzza





SILSILAH DATUK NABI MUHAMMAD SAW-KILAB BIN MURRAH

Adapun Kilab bin Murrah itu, adalah datuk Nabi yang ke-5. Ketika itu, bangsa Quraisy belum ada kekuasaan di bumi Makkah. Kilab tinggal di sekitar Makkah yang berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan Kaum Khuza'ah. 

Dia berkahwin dengan  Fatimah binti Sa'ad bin Sail bin Khair bin Hammalah (hinggalah sampai kepada Qohtan) lalu lahirlah anak bernama Zaid (Qusai). Bila Kilab mati, Fatimah ibu Qusai berkahwin lain. Suami barunya bernama Rabi'ah bn Haram bin Sa'ad bin Zaid Al-Qudha'i dan dibawalah isterinya itu berpindah dan tinggal di Syam, di kalangan kaumnya iaitu Bani Qudha'ah.Di sana Qusai membesar di luar lingkungan kaumnya sendiri. Sebab itu dia dinamakan Qusai. Padahal nama aslinya adalah Zaid.

Kilab juga ada anak lelaki yang lain namanya Zuhrah. Waktu Kilab meninggal Zuhrah telah dewasa sedangkan adiknya Qusai masih kecil. Zuhrah itu adalah datuk nabi yang ke-3 sebelah ibunya. 


Nama ibu nabi Muhammad SAW adalah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.


Lihat Carta di bawah.




ASAL USUL BANGSA QURAISY

Persoalan ini berhubung dengan pertanyaan siapakah yang dinamakan Quraisy dalam salasilah Nabi Muhammad SAW?

Ada  yang kata Quraisy itu ialah Fahr bin Malik.

Ada yang kata An-Nadhar bin Kinanah , itulah Quraisy.

Kita cermati semula  silsilah keturunan Nabi SAW hingga ke Adnan, lihat di mana letaknya Fahr bin Malik dan An-Nadhar bin Kinanah.

Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Perkara ini, para Ahli Nasab berkhilaf. Maka bagi yang kata Fahr bin Malik sebagai pemula kepada bangsa Quraisy, maka anak-anak Malik bin An-Nadhar atau anak-anak An-Nadhar bin Kinanah sendiri bukanlah Quraisy.  Siapa kata Quraisy bermula An-Nadhar itu Quraisy, maka ia memasukkan anak-anak Malik ni An-Nadhar dan juga tentunya anak-anak Fahr bin Malik.

Di situ khilafnya. Namun, yang pasti Bani Kinanah secara keseluruhan bukanlah bangsa Quraisy. Ada hadis yang menegaskan perkara ini dalam Saheh Muslim. Rasulullah SAW bersabda:


إنَّ اللهَ اصْطَفى كِنانةَ مِن ولَدِ إسماعيلَ، واصطَفى قُريشًا مِن كِنانةَ واصطَفى مِن قريشٍ بَني هاشِمٍ، واصطَفاني مِن بَني هاشِمٍ

"Sesungguhnya Allah pilih Kinanah dari kalangan anak-anak Ismail. Dan Allah pilih Quraisy dari kalangan anak-anak Kinanah. Dan Allah pilih di anak-anak Hashim di kalangan anak-anak Quraisy. Lalu , Allah pilih aku dari kalangan anak-anak Hasyim".


Maka Hadis di atas jelas menmberi mesej bahawa bani Kinanah bukanlah Quraisy. Quraisy itu  wujud selepas Kinanah. Siapakah Quraisy? Itulah yang dikhilafkan para Ahli Nasab. Mungkin dia adalah An-Nadhar bin Kinanah. Jika An-Nadhar, maka tentu Fahr bin Malik, cucunya termasuk Quraisy. Namun, jika Quraisy itu adalah Fahr bin Malik, maka datuknya yang bernama An-Nadhar bin Kinanah itu bukanlah Quraisy.

Begitu matematiknya!

Sebahagian sejarawan nasab memutuskan bahawa An-Nadhar itu dalah Quraisy Al-Akbar (main), Fahr bin Malik adalah Quraisy Al-Ausat (medium) dan Qusai bin Kilab sebagai Quraisy Al-Asghar(Small).


BACAAN TAMBAHAN: SAAID.COM

Saturday, October 1, 2022

FAHR BIN MALIK

Fahr bin Malik bin An-Nadhar bin Kinanah merupakan datuk nabi SAW yang ke-10. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa belia adalah bapa kepada bangsa Quraisy. Namun, ramai ahli sejarah menolak untuk menyetujui bahawa Quraisy bermula daripadanya. Ramai ahli nasab dan ahli sejarah menyebutkan bahawa An-Nadhar, datuknyalah yang menjadi titik mulanya bangsa Quraisy. Ini kerana ada sabda junjungan yang berbunyi:


نحن بنو النضر بن كنانة
 
"Kami adalah anak-anak An-Nadhar bin Kinanah". 
 
Dalam Saheh Muslim disebutkan:
 

 إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل واصطفى قريشًا من كنانة واصطفى من قريش بني هاشم واصطفاني من بني هاشم

" Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada  anak-anak Ismail, kemudiannya dipilih Quraisy daripada anak-anak Kinanah, Kemudiannya dipilih Bani Hasyim daripada anak-anak Qurasiy dan memilihku daripada anak-anak Hasyim".

 


Sebahagian mufassirin mengkelaskan Fahr bin Malik bin Quraisy Pertengahan (Ausat) manakala datuknya adalah Quraisy Akbar sementara Qusai bin Kilab adalah Quraisy Kecil.

At-Tobari menyebutkan dalam tarikhnya:


وكان فهر في زمانه رئيس الناس بمكة

"Fahr merupakan pemimpin zamannya di Kota Makkah"

Sebab dinamakan An-nadhar itu Quraisy:

Kata Ibn Abbas: Satu ketika An-Nadhar naik sebuah kapal di laut. Lalu ada satu binatang laut namanya Quraisy naik atas kapal. Binatang itu dibunuh oleh An-nadhar dan kepalanya dibawa balik ke Makkah. Kerana itu dinamakan dia Quraisy.???





KABILAH JURHUM

 Dinukilkan daripada wikipedia:

Jurhum (ArabicجرهمromanizedJurhum; also Banu Jurhum or The second Jurhum) historically referred to as Gorrhamite by the Greeks, was an old Arab tribe in the Arabian peninsula. Traditionally, they were a Qahtanite tribe whose historical abode was Yemen before they immigrated to Mecca

According to Arabic accounts, the tribe of the Jurhum gave protection to Hagar and her son Ishmael, a relationship cemented with Ishmael's marriage to a Jurhumite woman, Rala bint Mudad ibn 'Amr ibn Jurhum ibn Himyar ibn Qahtan.[3] The Jurhum are said to have been involved in the worship centering around the Kaaba, the holy sanctuary rebuilt by Ishmael and his father Abraham and revered as a pilgrimage site.[4] According to one tradition, their custodianship over the Kaaba ended after they were ousted by the Khuza'a, a tribal group from the south.

Islamic tradition further holds that Hagar and Ishmael found a spring in Mecca, the Zamzam well, from which the Jurhum wanted to drink, and that after their ousting by the Khuza'a tribe, the Jurhum collected the treasures dedicated to the Kaaba and destroyed the Zamzam well so that nobody would find it.

Rujuk; Wiki

Ringkasan Penulis Blog:

Masa Siti Hajar dan Ismail tinggal di Makkah, datanglah dari sebelah Selatan satu kaum namanya Kaum Jurhum. Mereka meninggalkan negeri mereka dan mencari penempatan baru. Jumpa Makkah dan minta izin nak berkampung di Makkah bersama Hajar dan Ismail. Dibenarkanlah mereka duduk di situ. jadi ramailah orang kat Makkah. Tidaklah sunyi sangat buat Hajar dan Ismail. Daripada padang pasir tandus tak ada orang tinggal, kini sudah ada penempatan. Ada pula telaga Zam-Zam. Pakat buat khemahlah tinggal sekeliling kawasan yang ada mata air itu. Selain Jurhum, datang juga Kaum Qaturaa daripada sebelah Yaman. Qaturaa dan Jurhum ni, katanya bukan jauh nasabnya. Macam sepupu sepapat sahaja. Pakai ambil tempat masing-masinglah di negeri baru itu. Kaum Jurhum ambil posisi sebelah utara dan Qaturaa sebelah selatan. Ismail mulanya kawin dengan gadis kaum Qaturaa, tapi Ibrahim tak berkenan. Disuruhnya cerai. Kemudian, berjodohlah pula nabi Ismail itu dengan anak pemimpin Jurhum itu. Nama isterinya itu Rala binti Mudhod bin Amru Aljurhumi. Dapat anak ramai dengannya. 12 orang  semuanya. Yang sulung namanya Nabit. Disebut juga Nebaioth dalam kitab Perjanjian Lama. Yang kedua namanya Qaidar.

Lepas itu, antara Jurhum dan Qaturaa berlaku perselisihan yang bawa kepada peprangan. Peminpin Qaturaa namanya Sumaida'. Bani Qaturaa kalah dan dihalau dari Kota Makkah. 

Masa hayat nabi Ismail, dialah pemimpin. Dia kan tuan tanah. jadi, kaum Jurhum walaupun ramai, kena hormatlah tuan tanah. Lagi pun tuan tanah itu menantu pemimpin Jurhum. Buat apa nak direbutkan jawatan kepimpinan. Tak ada keperluan! 

Lepas Nabi Ismail meninggal (dikatakan umurnya 137 tahun) kepimpinan Makkah beralih ke tangan anak sulungnya, Nabit. Selepas Nabit meninggal, kekuasaan sudah di Makkah sudah tidak bertahan lagi di tangan anak-anak nabi Ismail. Ia sudah beralih ke tangan kaum Jurhum. Pemimpin kaum Jurhum itu bernama Madhod bin Amru  bin Sa'ad bin Ar-Roqib in Hayyin bin Nabt bin Jurhum. Dialah bapa mentua Nabi Ismail  dan datuk kepada Nabit. Puak Jurhum menguasai kepimpinan Kota Makkah selepas Nabit. Datuk Nabit itu diangkat menjadi pemimpin dan anak-anaknya menguasai Kota Makkah. Pakcik-pakcik Nabit memegang kendali pengurusan  Kota Makkah. 

Kaum Jurhum pun perintahlah Makkah. Lama dan beratus tahun. Berlangsung hingga akhir kurun ke-3 M sebelum dikalahkan oleh Kaum Khuza'ah. Jurhum, yang memerintah Makkah dalam tempoh yang lama, mereka dah jadi zalim. Mereka menjadi tamak kekuasaan dan harta. Mereka tidak lagi hormat Kaabah.. Cerita dua orang yang namanya Isaf dan Nailah berzina dalam Kaabah lalu dihukum Allah jadi batu, zaman Jurhumlah. Zaman kemerosotan moral kaum Jurhum. Berhala Isaf dan Nailah itu pada mulanya dikeluarlan dari dalam Kaabah dan diletakkan di luar supaya orang ambil pelajaran daripadanya, Namun, lama-lama jadi berhala yang disembah pula. Mudah sungguh manusia disesatkan Syaitan!

Dalam keadaan kemerosotan moral dan kezaliman pemerintahan Puak Jurhum itulah, Bani Kinanah (keturunan Ismail-Leih tepat adalah Bani Bakar bin Abd Manat bin Kinanah) berpakat dengan Bani Khuza'ah (Ghibsyan) untuk menamatkan keuasaan Kaum Jurhum. Sebagaimana asal Kaum Jurhum, Bani Khuza'ah juga berasal dari Selatan Semenanjung Arab dan berhijrah ke utara dan memilih kawasan sekitar Baitillah. Mereka bangkit memberontak melawan puak Jurhum bersama Bani Kinanah dan menang. Bila menang, Bani Khuza'ah menguasai keadaan. Bani Kinanah ketika itu tidak solid dan berselerak.

Bila kalah perang melawan pemberontakan puak Khuzaah yang disokong oleh Bani Kinanah, , kaum Jurhum ambil keputusan yang buruk. Mereka kambus harta-harta Baitullah ke dalam telaga Zam-Zam. Mungkin mereka nak dengki tak bagi orang guna air telaga Zam-zam. Dikatakan juga mereka buat demikian kerana mereka menaruh harapan satu masa nanti akan kembali menguasai Makkah dan mereka akan ambil semula khazanah itu. 

Itu hanya angan-angan. Kalah dalam pertarungan kuasa ertinya hilanglah forever and ever. Allah bagi peluang sekali aja untuk berkuasa. Tambah-tambah kalau jahat, perasuah dan makan harta rakyat. Kalau dah jatuh, tak usah  berangan-angan lagi nak naik kembali. Kerajaan-kerajaan yang hilang kuasa dalam sejarah dunia , macam itulah. Hilang kuasa, pakai hilanglah. Umayyah kalah di Damsyik, boleh lah naik sat di Cardoba. Hilang kuasa di Cardoba, tak naik balik dah. Abbasiyyah ganti jadi khalifah di Tanah Arab. Kalah Abbsiyyah, dia tak naik dah. Ganti bangsa-bangsa 'Ajam pula. Naik Turki Othmaniyyah. Tumbang Turki Othmaniyyah, kita nanti ajalah bangsa lain pula nak naik.  Tak taulah bangsa mana pula. Juga kerajaan -kerajaan lain dalam sejarah. Fatimiyyah di Mesir, ada naik balik? Tak ada! Murabitun di Maghribi, jatuh ada naik balik? Tak ada! Muwahhidun? Tak ada! Gahzanawi, Mughal...dan semuanya...hilang lenyap!

Macam  itulah hukum kuasa yang Allah pinjamkan ini.

 

SEJARAH MEKAH: MADHOD BIN 'AMRU AL-JURHUMI

Madhod bin Amru Al-Jurhumi adalah nama bagi pemimpin kaum Jurhum yang mendatangi bumi Makkah dan menghuninya bersama Hajar dan Ismail. Anak perempuannya kemudiannya telah dikahwini oleh Nabi Ismail dan daripadanya lahir 12 anak-anak Nabi Ismail.

Disebutkan dalam kitab Arrahiqul Makhtm karya Syeikh Al-Mubarakfuri:

وقد رزق الله إسماعيل اثني عشر ولدا ذكرا وهم: نابت أو بنايوط وقيدار وأدبائيل ومبشام ومشماع ودوما وميشا وحدد ويتما ويطور ونفيس وقيدمان، وتشعبت من هؤلاء اثنتا عشرة قبيلة، وانتشرت هذه القبائل في أرجاء الجزيرة بل وإلى خارجها، ثم أدرجت أحوالهم في غياهب الزمان إلا أولاد نابت وقيدار. وقد ازدهرت حضارة الأنباط –أبناء نابت- في شمال الحجاز وكونوا حكومة قوية ولم يكن يستطيع مناوأتهم أحد حتى جاء الرومان فقضوا عليهم.



Dan sesunguhnya nabi Ismail telah dikurniakan Allah 12 orang anak lelaki iaitu:

1) Nabit(atau Banayut)
2) Qaidar
3) Adbail
4) Mubsyam
5) Musyama'
6) Dauma
7) Miisya
8) Hadad
9) Yatma
10) Yatur
11) Nafis
12) Qaidaman


Anak sulung Nabi Ismail yang bernama  Nabit @ Banayut menjadi pemimpin di Kota Makkah selepas kematian Nabi Ismail.  Selepas Nabit tersebut, anak Nabi Ismail yang lain bernama Qaidar menggantikannya memimpin Makkah. Namun selepas kematian Qaidar, Madhod bin Amru yang merupakan datuknya dilantik jadi pemimpin Kota Makah. Dengan itu bermulalah kekuasaan kaum Jurhum di Kota Makkah. Anak-anak Madhodlah yang memimpin Kota Mekah selepas kematiannya.

Jurhum sebenarnya adalah kaum penghijrah dari bumi Yaman. Mereka datang berdomisil di Makkah yang ketika itu dihuni oleh Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Seperti kaum Jurhum, kaum Bani Qaturaa yang datang dari Yaman. Catatan sejarah menyebitkan bahawa Bani Qaturaa dan Bani Jurhum adalah sepupe sepapat sesama mereka.


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...