Sekadar hiasan |
Qusai adalah datuk Nabi Muhammad SAW yang ke-4. Ayahnya Kilab berkahwin dengan Fatimah binti Saad, lalu dapat anak namanya Zaid. Kemudian, Kilab meninggal kala Zaid itu masih kecil. Ibu Zaid itu kahwin lain dengan seorang yang bernama Rabi'ah bin Haram dari Bani Qudha'ah. Bani Qudha'ah tinggal di kawasan Syam. Maka dibawanya isterinya dan anak tirinya yang bernama Zaid itu balik ke kabilahnya, iaitu perkampungan Bani 'Uzrah yang terletak di Syam. Di sana Zaid membesar dan kerana dia membesar di luar lingkungannya, bukan dalam kabilahnya, dia pun digelar Qusai.
Itulah asal muasal kenapa dia dinamakan Qusai.
Ibu Qusai, Fatimah bt Saad juga melahirkan anak lain dengan Rabi'ah bin Haram. Namanya Razah bin Rabi'ah.Selain anak dengan isterinya Fatimah (ibu Qusai) , Rabi'ah juga ada anak-anak dengan isterinya yang lain. Nama-nama mereka ialah Han, Mahmud dan Jalhamah. Kehidupan Qusai tidak dilayan baik di perkampungan Bani Qudha'ah. Waktu dia telah mencapai umur baligh, mereka mengungkit asalnya yang bukan dari kalangan mereka. Qusai pun tanya ibunya asal usulnya. Ibu Qusai pun ceritakan asalnya dari bangsawan Quraish yang bernama Kilab bin Murrah. Qusai pun ingin balik dan bergabung dengan kabilahnya di Makkah. Pada satu musim haji, dia pun mengikut kafilah haji Bani Qudha'ah menuju Makkah.
Qusai pandai bawa diri. Dia cepat dikenal di Kota Makkah. Personalitinya yang menarik dan kaliber kepimpinannya menarik hati pemimpin Bani Khuza'ah yang memerintah Makkah dewasa itu, iaitu Hulail bin Habasyiyyah Al-Khuza'i. Lalu, dikahwinkan Qusai dengan puterinya yang bernama Hubba binti Hulail.
No comments:
Post a Comment