Persoalan ini berhubung dengan pertanyaan siapakah yang dinamakan Quraisy dalam salasilah Nabi Muhammad SAW?
Ada yang kata Quraisy itu ialah Fihr bin Malik.
Ada yang kata An-Nadhar bin Kinanah , itulah Quraisy.
Kita cermati semula silsilah keturunan Nabi SAW hingga ke Adnan, lihat di mana letaknya Fihr bin Malik dan An-Nadhar bin Kinanah.
Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.
Perkara ini, para Ahli Nasab berkhilaf. Maka bagi yang kata Fihr bin Malik sebagai pemula kepada bangsa Quraisy, maka anak-anak Malik bin An-Nadhar atau anak-anak An-Nadhar bin Kinanah sendiri bukanlah Quraisy. Siapa kata Quraisy bermula An-Nadhar bin Kinanah itu Quraisy, maka ia memasukkan anak-anak Malik ni An-Nadhar dan juga tentunya anak-anak Fahr bin Malik.
Di situ khilafnya. Namun, yang pasti Bani Kinanah secara keseluruhan bukanlah bangsa Quraisy. Ada hadis yang menegaskan perkara ini dalam Saheh Muslim. Rasulullah SAW bersabda:
نَحْنُ بَنُو النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ، لَا نَقْفُو أُمَّنَا، وَلَا نَنْتَفِي مِنْ أَبِينَا
“Kami ialah anak-anak keturunan al-Nadr bin Kinānah. Kami tidak mengikuti-menghubungkan nasab- (menisbahkan diri kepada) ibu kami, dan kami tidak menafikan bapa kami.”
Ini memberikan penegasan bahawa Quraisy mempunyai penisbahan nasab kepada al-Nadr bin Kinānah.
Ada sambungan dalam hadis, iaitu response balas Al-Asy'ath bin Qais yang datang bersama puak Kindah yang mendakwa Nabi SAW dari kelangan mereka mengikut jalur ibu. Kata beliau:
فوالله لا أسمع أحدًا نفى قريشًا من النضر بن كنانة إلا جلدته الحد
“Demi Allah, aku tidak akan mendengar seseorang menafikan Quraisy daripada al-Nadr bin Kinānah melainkan aku akan mengenakan hukuman had kepadanya.”
- Ghālib bin Fihr-dari keturunannya lahirnya Nabi Muhammad SAW.
- Muḥārib bin Fihr
- al-Ḥārith bin Fihr- dari keturunan ini muncul seorang panglima bernama Uqbah bin Nafi' Al-fihri
- Asad bin Fihr
- Jandalah binti Fihr
No comments:
Post a Comment