Saturday, October 1, 2022

SEJARAH MEKAH: MADHOD BIN 'AMRU AL-JURHUMI

Madhod bin Amru Al-Jurhumi adalah nama bagi pemimpin kaum Jurhum yang mendatangi bumi Makkah dan menghuninya bersama Hajar dan Ismail. Anak perempuannya kemudiannya telah dikahwini oleh Nabi Ismail dan daripadanya lahir 12 anak-anak Nabi Ismail.

Disebutkan dalam kitab Arrahiqul Makhtm karya Syeikh Al-Mubarakfuri:

وقد رزق الله إسماعيل اثني عشر ولدا ذكرا وهم: نابت أو بنايوط وقيدار وأدبائيل ومبشام ومشماع ودوما وميشا وحدد ويتما ويطور ونفيس وقيدمان، وتشعبت من هؤلاء اثنتا عشرة قبيلة، وانتشرت هذه القبائل في أرجاء الجزيرة بل وإلى خارجها، ثم أدرجت أحوالهم في غياهب الزمان إلا أولاد نابت وقيدار. وقد ازدهرت حضارة الأنباط –أبناء نابت- في شمال الحجاز وكونوا حكومة قوية ولم يكن يستطيع مناوأتهم أحد حتى جاء الرومان فقضوا عليهم.



Dan sesunguhnya nabi Ismail telah dikurniakan Allah 12 orang anak lelaki iaitu:

1) Nabit(atau Banayut)
2) Qaidar
3) Adbail
4) Mubsyam
5) Musyama'
6) Dauma
7) Miisya
8) Hadad
9) Yatma
10) Yatur
11) Nafis
12) Qaidaman


Anak sulung Nabi Ismail yang bernama  Nabit @ Banayut menjadi pemimpin di Kota Makkah selepas kematian Nabi Ismail.  Selepas Nabit tersebut, anak Nabi Ismail yang lain bernama Qaidar menggantikannya memimpin Makkah. Namun selepas kematian Qaidar, Madhod bin Amru yang merupakan datuknya dilantik jadi pemimpin Kota Makah. Dengan itu bermulalah kekuasaan kaum Jurhum di Kota Makkah. Anak-anak Madhodlah yang memimpin Kota Mekah selepas kematiannya.

Jurhum sebenarnya adalah kaum penghijrah dari bumi Yaman. Mereka datang berdomisil di Makkah yang ketika itu dihuni oleh Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Seperti kaum Jurhum, kaum Bani Qaturaa yang datang dari Yaman. Catatan sejarah menyebitkan bahawa Bani Qaturaa dan Bani Jurhum adalah sepupe sepapat sesama mereka.


No comments:

Post a Comment

Firqah As-Syaikhiyyah

Dari Firqah Syiah Imam 12, lahir satu aliran pemikiran yang diasaskan oleh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i. Para pengikutnya dinamakan Sy...