Thursday, March 9, 2023

Zaman Pertengahan di Eropah.

Ada tiga period zaman dalam sejarah Eropah iaitu:

1) Zaman Klasik

2) Zaman Pertengahan 

3) Zaman Moden

Dalam kajian sejarah Eropah, zaman pertengahan merujuk kepada period antara kurun ke-5M hingga kurun ke-15M.Ianya bermula dengan zaman keruntuhan kerajaan Roman Barat sehingga masuyk ke zaman Renaisanse.


Tafsiran maksud pertengahan mengikut history.com

People use the phrase “Middle Ages” to describe Europe between the fall of Rome in 476 CE and the beginning of the Renaissance in the 14th century. Many scholars call the era the “medieval period” instead; “Middle Ages,” they say, incorrectly implies that the period is an insignificant blip sandwiched between two much more important epochs.

Pada zaman pertengahan iaitu dalam trempoh selepas runtuhnya kerajaan Roman, tiada satu kuasa Eropah pun yang dapat menyatukan penduduk Eropah. Wujud pelbagai kerajaan kecil di sana sini. Dalam keadaan demikian, gereja menjadi pihak yang sangat berkuasa. Para raja mendapat kuasa dengan bertahalluf bersama gereja.

MAHKAMAH INKUISISI

Ketika Grenada diserahkan oleh pemerintah Islam terakhir di sana iaitu Abu Abdullah Muhammad As-Soghir kepada Ferdinand III dan juga Ratu Isabella, antara syarat yang dikemukakan adalah memberikan hak dan kebebasan beragama kepada rakyat Muslim dan Yahudi di sana. Walaupun syarat-syarat tyersebut dipersetujui, kekuasaan sebenar bukan ditangan raja. Baba Geregori,m Pope Kristian Katolik ketika itulah yang memililiki wewenang dalam menegakkan doktrin agama keristian di kalangan wilayah yang ditakluki Kristian.

Maka, ditegakkan peraturan Mahkamah Taftisy (Inquisition) ke atas rakyat. 

Inkuisisi adalah sekumpulan institusi dalam Gereja Katolik yang bertujuan untuk memerangi bidaah, menjalankan perbicaraan terhadap orang yang disyaki bidaah. Kajian rekod mendapati bahawa majoriti besar hukuman terdiri daripada penebusan dosa, tetapi sabitan bidaah yang tidak bertaubat telah diserahkan kepada mahkamah sekular, yang secara amnya mengakibatkan pelaksanaan atau penjara seumur hidup. Inkuisisi bermula pada abad ke-12 Kerajaan Perancis, dengan tujuan untuk memerangi penyelewengan agama (contohnya murtad atau bidaah), terutamanya di kalangan Cathar dan Waldensian. Mahkamah inkuisitor dari masa ini hingga pertengahan abad ke-15 bersama-sama dikenali sebagai Inkuisisi Abad Pertengahan. Kumpulan lain yang disiasat semasa Inkuisisi Abad Pertengahan, yang terutamanya berlaku di Perancis dan Itali, termasuk Fransiskan Rohani, Hussites, dan Beguines. Bermula pada tahun 1250-an, penyiasat secara amnya dipilih daripada ahli Ordo Dominican, menggantikan amalan terdahulu menggunakan paderi tempatan sebagai hakim.

Semasa Zaman Pertengahan Akhir dan Renaissance awal, skop Inkuisisi berkembang dengan ketara sebagai tindak balas kepada Reformasi Protestan dan Counter-Reformation Katolik. Dalam tempoh ini, Inkuisisi yang dijalankan oleh Takhta Suci dikenali sebagai Inkuisisi Rom. Inkuisisi juga berkembang ke negara Eropah yang lain, mengakibatkan Inkuisisi Sepanyol dan Inkuisisi Portugis. Inkuisisi Sepanyol dan Portugis tertumpu terutamanya kepada anusim (orang yang terpaksa meninggalkan agama Yahudi di atas kehendak mereka) dan kepada orang Islam yang memeluk agama Katolik. Skala penganiayaan terhadap penganut agama Islam dan penganut Yahudi di Sepanyol dan Portugal adalah hasil daripada syak wasangka bahawa mereka secara rahsia telah kembali kepada agama mereka sebelum ini, walaupun kedua-dua kumpulan minoriti agama itu juga lebih ramai di Semenanjung Iberia berbanding di bahagian lain di Eropah.


Sumber: Wiki


Hasil daripada Mahkamah Inkuisisi ini, pelbagai bentukan sisksaan yang tidak manusiawi ditimpakan kepada mangsa yang tertuduh. Sungguh kejam para penegak mahkamah Inkuisisi ini. Kelak di neraka Allah kalian rasalah siksaan yang pedih berganda atas keberutalan kalian menyiksa manusia dalam dunia.








Wednesday, March 8, 2023

Bangsa Vandal

Vandal adalah nama satu puak daripada bangsa Jerman. Asal mereka adalah dari sebelah Selatan Scandinavia. Kerana pergaduhan dengan bangsa Huns, mereka lari ke Selatan dan masuk ke wilayah kekuasaan Romawi. Pada mulanya mereka dilayan oleh kerajaan Romawi dengan baik dan diberi kawasan untuk dihuni. Namun, lama kelamaan mereka mula tamak dan menjarah kawasan baru. Mereka pernah menjarah Kota Rom pada tahun 455M. Mereka berjaya membina kerajaan di Selatan Semenanjung Iberia dan kemudiannya menguasai Afrika Utara. Dari nama bangsa ini, semenanjung Iberia diberi nama Andalusia. Asalnya adalah Vandalusia. 

Ketika Raja Gelimer menggulingkan sepupunya Raja Hilderic, Kerajaan Vandal di Afrika Utara mula kacau bilau. Emperor Byzantine, Raja Justinian 1 mengirimkan bala tentera yang dipimpin oleh Belisarius untuk menyerang Kerajaan Vandal dengan tujuan mengembalikan kuasa kepada Hilderic. Namun, Hilderic telah mati dibunuh sebelum tentera Byantine mendarat di Afrika Utara. Raja Gelimer telah dikalahkan dalam peperangan dengan pasukan Belisarius . Akhirnya raja gelimer menerima tawaran kerajaan Byzantine untuk menerima sebidang tanah estate yang luas di Galatia, dalam kawasan Anatolia untuk hidup hingga tua di sana. Dia mati pada tahun 554M.

Demikian akhir kepada sebuah kerajaan bangsa vandal yang pernah berdiri di Afrika Utara dan beribu kota di Carthage.




Perkatan Vandalisme yang digunakan untuk menggambarkan sikap merosakan harta benda awam adalah berawal dari watak bangsa Vandal ini. Mereka tidak menghargai kesenian dan tamadun Rom. Mereka membuat kerosakan dalam negeri, membunuh dan memperbudak tawanan.

Tuesday, March 7, 2023

Jatuhnya Granada

Pada tanggal 2 Rabiul Awal 897H bersamaan 2 Jan 1492,  jatuhlah Kota Geranada ke tangan Kristian. Raja muslim Granada yang terakhir iaitu Abu Abdullah Muhammad As-Soghir menyerahkan kekuasan kepada raja Ferdinand II dari Aragun dan Ratu Isabella I dari Castella setelah kota Granada dikepung selama 9 bulan. Dengan jatuhnya kota Granada itu, berakhirlah pemerintahan Islam di tanah Andalusia yang telah belangsung selama 8 kurun.

800 tahun Islam berkuasa di Andalusia!

Kenapa boleh jatuh? Puncanya banyak. Seorang ahli sejarah bernama Dr. Abdul Halim Uwais menyebutkan 40 sebab. Kita boleh simpulkan dua sebab utama iaitu:

1) Para penguasa muslim di sana asyik berperang sesama sendiri demi menjaga kekuasaan masing-masing.

2) Hedonisme telah menjadi budaya dalam masyarakat muslim di Andalusia.

Jatuhnya Granada disusuli pula oleh perkembangan memberangsangkan dunia Kristian, Christopher Columbus sampai ke Amerika dan disebut sebagai merintis "Dunia Baru". Ianya pada tahun 1492.

Sejak zaman daulah Bani Umayyah nyang menyaksikan pembukaan wialayah oleh panglima Tariq bin Ziad, Islam bertapak di Andalusia. Islam melalui zaman-zamannya di sana sehinggalah zaman gilang gemilang di bawah pemerintahan Abdurrahman An-Nasir. Ketika itu raja-raja Masihi di sana datang ke depannya , mencium tangannya. Kemudiannya melalui zaman-zaman kerajaan Tawaif, raja-raja kota Islam di sana yang mencapai 22 buah negeri pula merangkak membayar jizyah kepada raja Kristian. Kemudian datang zaman Murabitun mengambil alih kuasa di sana dan berjaya melewatkan kejatuhan Andalusia selama 400 tahun. Setelah Murabitun, Muwahhidun pula menguasainya. Namun bersama melemahnya Muwahhidun, jatuhlah kota demi kota Islam di tanah Andalus. Kota Cardoba yang hebat jatuh pada zaman Muwahhidun.

Namun, di sebelah Timur, kekuasaan Turki Othmaniyyah sedang bangkit dan dapat menawan Kostantinopel, jantung Kristian di Eropah Timur. Kota Kostantinopel jatuh ke tangan kerajaan Islam Turki Othmaniyyah pada 29 Mei 1453.

34 tahun selepas jatuhnya Granada di Andalusia, iaitu pada tahun 1526, Kesultanan Moghul bertapak di tanah India dan diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur dan berlangsunglah kerajaan itu selama 336 tahun iaitu sampai tahun 1862 apabila raja terakhirnya yang bernama Bahadur Syah II dibuang negeri ke Rangoon, Burma oleh British.

Jika diamati, dunia ini umpama alat timbang. Waktu Islam hilang kuasanya di sebelah barat, Islam sedang naik di sebelah Eropah Timur dan Asia Timur. Allah yang mentadbir urusan, maha tahu segalanya.

 

Bacaan bantuan: Aljazeera

Monday, March 6, 2023

Ibn Khaldum

Siapakah Ibn Khaldun?

Beliau adalah Abu Zaid Waliyuddin Abdurrahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Alhasan bin Muhammad bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Khaldun Al-Hadhrami Al-Isybili dan beliau terkenal dengan pamnggilan Ibn Khaldun.

Beliau dilahirkan pada 1 Ramadhan 732H=27 Mei 1232

Beliau meninggal 18 Ramadhan 808H=19 Mac 1406

Beliua sepertimana diriwayatkan oleh Ibn Hazmin, merupakan seornag yang berasal dari keturunan Arab Yaman di Hadhramaut. Silsilah keturunannya sampai kepada Wa-il bin Hajar. Ibn Khaldun sendiri menyebutkan bahawa antaranya dengan Wa-il bin Hajar ada 6 lapisan pendahulu. Namun, jumlah itu diraguinya sendiri kerana tempoh masanya adalah 6 kurun setengah. Bagaimana hanya 6 orang. Jika demikian setiap kurun satu ornag. Itu tidak logik. Maka dianggarkan setiap kurun 3 nama lalu jumlahnya adalah 24 orang.

Beliau seorang ulama Arab Islam dan mahir dalam bidang ilmu kemasyarakatan, falsafah, ekonomi dan pembangunan serta sejarah.

Beliau dilahirkan di Tunisia pada zaman pemerintahan sebuah kerajaan yang dinamakan Daulah Al-Hafsiyyah*. Beliau membesar di sana dan kemudiannya berkelana mencari ilmu di negeri-negeri Utara Afrika sehinggalah ke Andalus.

Pada masa itu Tunisia menjadi antara tempat pelarian para ulama Andalus yang tidak tahan denagn situasi Andalus yang sedang diancam himpitan kerajaan Kristian.

* Daulah Hafsiyyah adalah sebuah kerajaan di Tunisia yang berkuasa antara tempoh 634H hingga 981H (347 tahun). Kerajaan ini diasaskan oleh Abu Zakaria Yahya Al-Hafsi bin Abu Muhammad Al-Wahid  Al-Lihyani. Tunisia menjadi sebahagian daripada kerajaan Al-Muwahhhidun sejak tahun 555H. Apabila kerjaaan Al-Muwahhidun mula melemah , maka Abu Zakaria yang menjadi gabenor di Tunia mengambil langkah memerdekakan diri dan tindakannya itu tidak ditentang.


Beliau pernah menjadi Qadhi bagi Sultan Mamluk di Mesir yang bernama An-Nasir Zainuddin Farj.

Beliau juga merupakan guru di salah sebuah sekolah Mazhab Maliki di Mesir.

Beliau pernah dipenjara pada zaman Sultan Abu 'Inan Faris bin Ali (1348-1358M), salah seorang Sultan Bani Marin yang berkuasa di Maghribi pada masanya. Ini kerana Ibn Khaldun ada berhubung dengan Abu Abdillah Muhammad Al-Hafsi , ameer  Bijayah yang telah dipecat. Belaiu  disyaki terlibat dalam pakatan hendaklah mengemblikannya kepada kedudukannya semula. Kemudian, ketika Abu Salim Ibrahim bin Ali naik tahta menjadi raja Bani Marin (1359-1361M), Ibn Khaldun dibebaskan dan dia mendapat kedudukan istemewa di sisi Abu Salim dan menjadi jurutulisnya.Selama 2 tahun dia menjawat jawatan dibawah Sultan Abu Salim. Kemudian Bani Marin memberontak dan menggulingkan Sultan Abu Salim dan melantik pula saudaranya Abu Umar Tasyafin, maka Ibn Khaldun menyatakan walaknya kepada Abu Umar Tasyafin (1361M) dan dia dikekalkan pada posisinya dan ditambahkan elaunnya. Namun, pada awal tahun 1362M, Ibn Khaldun mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan mengembara ke Grenada di bumi Andalus.

Sultan Grenada pada ketika itu adalah Sultan Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Wazirnya pula bernama Lisanuddin bin Al-Khatib adalah sahabat lama Ibn Khaldun. Maka Ibn Khaldun telah diamanahkan oleh Sultan Grenada untuk menjadi duta pihaknya untuk bertemu dengan raja Castella, Bitruh bin Al-Hansyah bin Azqunish untuk tujuan perjanjian damai antara dua negeri.Maka Ibn Khaldun telah berjaya dalam misinya  dan raja Grenada menganugerahkan untuknya sebidang tanah yang luas dan harta yang banyak. Lalu tinggallah dia di bawah lindungan sultan Grenada dan menikmati hidup yang selesa.

Namun, ada orang yang dengki kepadanya. Hubungannya dengan Lisanuddin bin Al-Khatib jadi renggang. Ibn Khaldun melihat bahawa keberadaannya di Grenada tidak lagi menyenangkan. Bahkan seluruh Andalusia tidak lagi menarik buatnya. Dalam pada itu dia mendapat jemputan daripada Abu Abdillah Muhamamd Al-Hafsi untuk datang ke Bugia kerana dia telah dapat mengambil semula kedudukannya sebagai raja di sana. Dia dijanjikan jawatan Hajib bagi Bugia. Maka Ibn Khaldun pun meninggalkan Andalus dan pergi ke Bijayah pada tahun 1365M=766H. Di sana dia disambut dan diraikan kedatangannya oleh tokoh-tokoh pembesar termasuk Sultannya Abu Adillah Muhammad Al-Hafsi.

Ibn Khaldun mendapat kedudukan dan kehidupan yang selesa dalam kerajaan di Bejaya. Namun tak lama. Bugia kemudiannya ditakluk oleh Abu Al-Abbas Ahmad yang berkuasa di Qastantine . Abu Abdillah yang merupakan sepupunya itu dibunuhnya. Ibn Khaldun yang ketika itu menjawat jawatan Hajib dikekalkan untuk satu tempoh, namun kemudiannya dimakzulkan.

Kemudian, datang tawaran dari raja Tilmisan yang bernama Abu Hammuw untuk melantiknya sebagai Hajib di Tilmisan dengan syarat Ibn Khaldun menolongnya menguasai Bugia. Ibn Khaldun dimintanya menjadi jambatan untuk mempengaruhi kabilah-kabilah yang ada disana kerana pengaruhnya di kalangan mereka memungkinkan hal tersebut. Ibn Khaldun tidak berminat menjadi Hajib di Tilmisan tetapi dia menghantar adiknya yang bernama Yahya ke Tilmisan. Sementara Ibn Khaldun bersetuju untuk menarik sokongan kabilah-kabilah agar menyokong Abu Hammuw dari Tilmisan. Akan tetapi dalam keadaan tersebut, tiba-tiba Abu Hammuw dikalahkan di Tilmisan dan terpaksa lari meninggalkan Tilmisan.Maka Ibn Khaldun terlah tersalah memilih rakan politiknya. 

Ibn Khaldun tinggalkan keluarganya di Kota Fas dan pergi ke Grenada dan bertamu kepada Sultannya,  Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Kemudian, bebeapa lama kemudian,  dia balik semula ke Tunsia. Dalam fikirannya, dia mula mahu menjauhi persengketaan politik serta para aktornya. Dia mahu mengisi masanya dengan membaca dan mengarang.

Dia membawa keluarganya ke penempatan kawan-kawannya dari Bani 'Arif. Lalu dia dan keluarganya ditempatkan di salah satu penempatan mereka di Kota Ibn Salamah dalam daerah Wahran(Oran), Algeria.Di sanalah Ibn Khaldun menghabiskan masanya bersama kaum keluarganya selama 4 tahun dalam keadaan aman damai dan di sanalah dia berkesemapatan menulis kitabnya Muqaddimahnya( Muqaddimah adalah pengenalan kepada sebuah kitab yang lebih besar diberi nama : Al-'Ibru Wa Daiwanul Mubtada'Wal Khabar Fi Ayyamil 'ArabWal 'Ajam Wal Barbar Wa Man 'Aasorahum min Sultanil Akbar) dan usianya ketika itu telah mencapai 45 tahun.

Ibn Khaldun merindui tanah tumpah darahnya Tunis. Dia mengutuskan surat kepada Sultan di sana Abu Hammuw minta izin untuk pulang, lalu dia diizinkan untuknya.Di sana dia terus dalam membaca dan menulis dan enggan terlibat dalam politik. Bimbang jika dia dilibatkan oleh Sultan dalam politik, dia menjadikan rehlah haji sebagai alasannya. Lalu dia pun melakukan perjalanan haji pada tahun 784H.  Awal Syawal  tahun tersebut dia sampai di Iskandariah, Mesir.Dia tinggal sebulan di Iskandariah sebelum meneruskan perjalan dan sampai di Kaherah.

Di sana dia dimuliakan dan diraikan kerana keilmuannya. Ramai kalangan ulama yang mengambil ilmu daripadanya seperti tokoh besar yang bernama Taqiyyuddin Al-Muqrizi dan Ibn Hajar Al-Asqalani.

Dia juga mendapat penghargaan istimewa daripada Sultan Mesir ketika itu Az-Zohir Barquq di mana dia diminta mengajar Feqah Mazhab Maliki di Madrasah Al-Qamsiyyah. Dia juga dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki.Oleh Sultan Mesir, dia diberi gelaran Waliyuddin.

Apa yang dicapai oleh Ibn Khaldun di Mesir tersebut menjemput iri dan cemburu mereka yang yang dalam hati mereka ada penyakit. Setahun selepas dia dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki, dia melepaskan jawatan tersebut.Sultan Mesir memujuk untuk mengajar di Madrasah Az-Zahir Al-Barquqiyyah yang baru dibuka pada tahun 788H. Setelah mengajar di sana, Ibn Khaldum masih berdepan dengan hasad dengki orang sehingga Sultan pun memecatnya. Dia pun minta izin untuk meninggalkan Mesir dan pergi ke Baitul Maqdis. 

Ibn Khaldun menaiki kapal di pelabuhan At-Tur pada pertengahan ramadhan tahun 799H. Dia sampai ke Mekkah pada 2 Zulhijjah tahun tersebut.

Ketika itu Kota Aleppo(Halab) sedang diserang oleh Tumurlank dan banyaklah kerosakan dan darah yang tumpah. Ibn Khaldun menjalankan peranannya pergi menemui Timurlank dan mendapat jaminan keselamatan untuk pada fuqaha dan ulama  di sana.

Ibn Khaldun kemudiannya pulang ke Mesir dan mendapat semula jawatan Ketua Hakim di sana. Tetapi pada bulan Rejab tahun 804H (setahun kemudian) dia dipecat semula. Namun, pada Zulhijjah tahun yang sama dia kembali menjabatnya. Dia terus menjabatnya sehingga dia meninggal pada 26 Ramadhan tahun 808H. Beliau meninggal pada usia 69 tahun dan dikebumikan di Kaherah.

Rujuk: Islam Online


MESIR BUMI LINTASAN PARA HUJJAJ MAGRIBI & ANDALUSIA

Mesir merupakan lintasan bagi mereka yang tinggal di sebelah Maghrib dan Andalusia untuk perjalanan ziarah dan haji. Ramai kalangan ulama yang dalam perjalanan haji mereka, jatuh hati kepada Mesir dam akhinya bermuqim di Mesir. Antara meeka ialah:

1) Ibn Khaldun

2) Ibn Jubair, sang penyair Andalus.

3) Al-Mursi Abu Al-Abbas, seoang ahli Sufi dan tokoh dalam silsilah sanad Tarikat Syaziliyyah.

4) Syed Al-Badawi

Rujuk: Ulama yang pergi haji lalu menetap di Mesir



Sunday, March 5, 2023

Hilangnya kehebatan para raja Tawaif

Para raja Tawaif di Andalus yang mencari sokongan melalui bertahaluf  dengan Raja Alfonso VI adalah seumpama orang yang melatih serigala untuk menjaga kambing.

Dua raja Tawaif dari Andalusia yang mengirimkan surat minta Yusuf bin Tasyafin dari kerajaan Murabitun untuk membantu mereka menghadapi kemaraan raja kristian.

  1. Al-Muktamid bin Ubbad raja Isybiliyyah (Seville).
  2. Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Aftosy raja Batlius(Badajoz- Sebuah kota yang hari ini ada dalam wilayah Sepanyol-sebelah Bartat daya, berhampiran dengan sempadan Portugal)
Bagaimana Yusuf bin Tasyafin hendak membantu mereka sedangkan Tanjah  (Tangiers) dan Sabtah (Ceuta) belum dikuasanya?

Sedangkan Alfonso VI  dengan segala kesombongan, kelahapan dan kebenciannya kepada para penguasa ISlam di Andalus telah berjaya menguasa Toledo (Tulaitilah), satu kota yang menjadi sughur kepada Islam di Andalusia.

Thursday, March 2, 2023

ZAINAB AN-NAFZAWIYYAH-Apakah benar dia wanita di belakang kejayaan Yusuf bin Tasyafin?

Beliau adalah isteri kepada Yusuf bin Tasyafin. Sebelum dinikahi oleh Yusuf bin Tasyafin, dia adalah isteri kepada Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni. 

Nama sebenarnya adalah Zainab bin Ishak Al-Hawari. Ayahnya adalah seorang saudagar. yang keluarganya berasal dari Qairawan.

Sebelum itu, dia isteri kepada Luqut bin Yusuf  bin Ali Al-Magrawi seorang pemimpin saki baki kerajaan Al-Maghrawiyyah, sebuah daulah Amazigh yang pernah berkuasa di Utara Maghribi. Ia berkuasa selepas tamatnya Daulah Al-Idrisiyyah,  tetapi tempoh daulah ini  tidak lama kekuasaannya  iaitu antara 987M-1070M. ( kurang 100 tahun).

Luqut  Beliau adalah dari Bani Ifran yang telah mengalahkan puak Ourika di Aghmat. Aghmat itu adalah sebuah wilayah tanah rendah (bukan bergunung ganang) yang terdiri dari dua bahagian. Satu dinamakan Aghmat Ailan dan satu lagi dinamakan Aghmat Ourika.

Ketika itu Zainab An-Nafzawiyyah adalah isteri kepada pemimpin Ourika, yang bernama Yusuf bin Ali bin Abd Rahman bin Watasy. 

Ketika Murabitun masuk menguasai Aghmat, Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi lari dan bersembunyi di Tadla, satu kawasan di tengah Maghribi dan utara pergunungan Atlas. Tahun itu ialah 449H. Pada tahun 450H, Murabitun menyerang negeri wilayah-wilayah puak Masmudah, Tadla pun diserang dan Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi mati dalam serbuan kali ini.

Itulah nama-nama suami Zainab An-Nafzawiyyah sebelum dia menjadi isteri kepada Yusuf bin Tasyafin. Riwayat-riwayat sejarah dilihat berlebihan dalam menggambarkan pengaruh Zainab An-Nafzawiyyah dalam mengatur politik dan pemerintahan Yusuf bin Tasyafin. Umpamanya ketika Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni, pemimpin Murabitun yang telah oergi berjihad dai kawasan Sahara pulang ke Maghrib, ketika itu Zainab An-Nafzawiyyah telah menjadi isteri Yusuf bin Tasyafin. Dia, kononnya memberi nasihat kepada Yusuf bin Tasyafin agar jangan bersikap rendah diri dan tawadhuk kepada bekas ketuanya itu. Dinasihatkan Yusuf bin Tasyafin sambut kepulangan Abu Bakar bin Umar dengan perarakan tentera dan hendaklah Yusuf bin Tasyafin kekal di atas kudanya. Kononnya khabar tentang kemenangan Yusuf bin Tasyafin di wilayah sebelah utara Maghribi telah sampai kepada Abu Bakar bin Umar. Sebab itulah dia pulang dari misi Saharanya. Dia ingin ambil alih posisi asalnya yang ketika itu diamanahkan kepada Yusuf bin Tasyafin. Maka nasihat Zainab An-Nafzawiyyah itu pun diikuti oleh Yusuf bin Tasyafin. Melihat kekuasaan dan pengaruh Yusuf bin tasyafin ke atas Murabitun sudah begitu kuat, maka Abu Bakar bijn Umar pun tidak jadi menuntut haknya sebagai pemimpin Murabitun di Maghrib.

Beitulah cerita diselitkan bagaimana Zainab An-Nafzawiyyah menggunakan kecerdikan akal politiknya untuk mengangkat dan menonjolkan Yusuf bin Tasyafin. Cerita sebegini boleh dipertikaikan apabila kita benar-benar kenal siapa Yusuf bin Tasyafin dan orang bagaimanakah yang bernama Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni itu. Orang soleh, ikhlas , zuhud dan tidak memburu dunia hasil didikan Abdullah bin Yasin, masakan ditempelkan perangai yang tamak duniawi sedemikian. 

Satu hal lagi, Zainab An-Nafzawiyyah menikah dengan Yusuf  bin Tasyafin bukan sejak awal kebangkitan Yusuf bin Tasyafin. ianya sudah dihujung-hujung. Bersama Yusuf bin Tasyafin, dia punya seornag anak bernama TAMIM bin Yusuf. Yusuf bin Tasyafin juga sudah menikah sebelum Zainab An-Nafzawiyyah dengan wanita yang dikenal kalangan Murabitun antaranya ialah yang bernama Qomar, ibu kepada Ali bin Yusuf. Anaknya yang kemudiannya jadi putera mahkota yang menggantikan Yusuf bin Tasyafin walaupun dari segi usia, dia lebih muda daripada Tamim.

Kalau berpengaruhnya Zainab An-Nafzawiyyah dalam urusan politik Yusuf bin Tasyafin, kenapa anaknya yang bernama Tamin itu tidak ditonjolkan menjadi pengganti Yusuf bin Tasyafin???

Apa yang mahu ditekankan di sini, cerita pengaruh Zainab An-Nafzawiyyah ke atas Yusuf bin Tasyafin adalah riwayat sejarah yang meragukan dan lebih kepada rekaan. Tidak kiralah betapa masyhurnya riwayat tersebut di  kalangan para sejarawan!

Sementelahan, sebagaimana disebutkan oleh Ibn Abi Zura' dalam Raudhul Qirtos, MS 86, Zainab An-Nafzawiyyah hidupnya tidak lama. Dia meninggal tahun 464H sedangkan pulangnya Abu Bakar bin Umar dari misi Saharanya adalah pada tahun 465H.


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...