Sunday, September 10, 2023

UBADAH BIN SOMIT

Beliau adalah sahabat nabi yang agung dari kalangan Ansor. Beliau masuk Islam 3 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun ke10H. Beliau terlibat dalam Bai'ah Aqabah 1. Belia tidak ketinggalan dalam mana-mana-peperangan bersama nabi SAW.

Muda daripada rasulllah SAW 15 tahun

Lahir di Madinah 38 tahun sebelum H.

Ayahnya Somit meninggal sebelum Islam

Ibunya Qurratul Ain binti Ubadah bin Nadhlah bin Malik Al-Khazrajiyyah  masuk Islam dan berbai'ah dengan rasulullah SAW.

Lahir sebelum Hijrah 38 tahun

Orang yang tinggi. Lebih daripada 2 meter. Kuat jasmani.

Baca : Islamstory


Saudaranya bernama Aus bin Somit ada kisah bersama isterinya yang bernama Khaulah bt Tsa'labah  yang menajdi sebab turunnya surah Al-Mujadilah.

Saturday, August 19, 2023

SA'AD BIN MU'AZ SAHABAT YANG ARSY BEGEGAR KERANA KEMATIANNYA

Sa'ad bin Mu'az, nama penuhnya adalah Saad bin Muaz bin An-Nu'man bin Umruul Qais Al-Ansari Al-Asyhali dan kunyahnya adalah Abu Amru.

Ibunya bernama Kabsyah binti Rafi' bin Ubaiod bin Tsa'labah.

Sa'ad bin Muaz adalah seorang pemimpin kaum yang membawa keberkatan besar kepada kaumnya iaitu Bani Al-Asyhal, satu cabang puak Aus. Ketika dia memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair, dia balik kepada kaumnya dan berkata:

يا بني عبد الأشهل كيف تعلمون أمري فيكم قالوا سيدنا فضلاً وأيمننا نقيبة، 
قال: فإن كلامكم علي حرام رجالكم ونساؤكم حتى تؤمنوا بالله ورسوله، 

Ibn Ishak mencatatkan bahawa tiada lelaki dan perempuan dari Bani Asyhal melainkan semuanya masuk Islam selepas mendengar perkataan Sa'ad bin Mu'az itu.


Baca : Qisassy

Saad bi Muaz meninggal akibat luka yang diperolehi dalam perang Khandak. Dia meninggal pada umur 37 tahun dan dikebumikan di Al-Baqi'

Pada hari meninggalnya Saad bibn Muaz, Rasulullh SAW telah bersabda:

" Arasy Allah bergegar dengan kematian Saad bin Mua'az"


Baca: Mqall

Sunday, August 13, 2023

PERANG AL-JISR (PERANG JAMBATAN)

 Perang ini berlaku pada 23 Syaaban 13 H. Ianya adalah peperangan antara pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abu Ubaid Mas'ud As-Tsaqafi melawan pasukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Bahman Jazawiyyah.

Abu Ubaid As-Tsaqafi telah tiba memimpin  pasukan Muslimin menyerbu wilayah-wilayah Parsi pada 3 Sya'ban 13H. Beliau memimpin pasukan muslimin dalam siri-siri peperangan yang mencatatkan kemenangan iaitu Perang Namariq pada 8 Sya'ban , Perang Saqatiyyah pada 12 Sya'ban dan Perang Baqsiyatha pada 17 Sya'ban. Namun, apabila dia memimpin pasukan muslimin dalam Perang Al-Jisr pada 23 Sya'ban, beliau telah tersilap strategi yang mengundang kecelakaan serta kekalahan teruk kepada pasukan muslimin.

Perang ini dinamakan Perang Jisr (Perang Jambatan) kerana pasukan Muslimin telah membina jambatan untuk menyemberang bagi berdepan dengan tentera Parsi. Tindakan menyemberang sungai tersebut telah dilarang oleh beberapa kalangan pemimpin tentera di bawah Abu Ubaid. Antaranya adalah Muthanna bin Harithah yang mengatakan taktik menyemberang sungai adalah salah kerana ia akan membuat pasukan tentera Muslimin terkurung di kawasan yang sempit. 

Namun, Abu Ubaid tidak mempedulikan nasihat-nasihat orang kanannya. Dia menegaskan bahawa pasukan Muslimin buklanlah golongan yang takut untuk menyerbu. 

Akibatnya fatal. Ketika berdepan dengan tentera Parsi di semberang sungai yang dinamakan Qis An-Natif, tentera Parsi telah mempersiapkan 10 gajah yang membuatkan takut kuda-kuda perang pasukan Muslimin. 

Separuh tentera kaum muslimin yang berjumlah 9 ribu itu mati terbunuh samada dibunuh atau lemas. Termasuk yang mati adalah Abu Ubaid sendiri.

Pun begitu, yang terbunuh di pihak tentera Parsi juga bukan sedikit iaitu sekitar 6 ribu tentera. hanya, kerana jumlah mereka ramai, ia tidaklah ketara.

Bahaman Jazawaih mengirimkan utusan yang bernama Mirdan Syah bertemu dengan Abu Ubaid. Beliau seorang yang ahli dalam peperangan dan pandai membakar semangat Abu Ubaid. Katanya:

"Sama ada kamu yang menyemberang kepada kami atau kami yang menyemberang kepada kamu..."

Abu Ubaid bermesyuarat dengan kepala-kepala tenteranya. Antara mereka sahabat mulia ahli Badar bernama Sulait bin Qais. Dia mengemukakan pandangannya kepada Ubaid agar menunggu tentera Parsi menyembernag kepada mereka. 

Akan tetapi keputusan panglima mengejutkan semua. Bahawa pasukan Islam akan menyemberang. Sebenarnya Abu Ubaid didorong oleh semangat dan keberaniannya yang tidak strategik. Ini dimarakkan oleh mainan psikologi yang diucapkan oleh Mirdan Syah yang mengatakn bahawa pasukan Parsi mengatakan bahawa pasukan Muslimin pengecut.

Pantang dihina, Abu Ubaid meloncat  dan buat keputusan menyemberang dan itu satu keputusan yang amat silap dan membayar mahal.

Ketika perang berkecamuk dan tentera Islam telah tersepit, Muthanna bin Al-harith memimpin pasukannya memperbaiki jambatan. Usaha itu cuba dicegah oleh seorang bernama Abdullah bin Murthid As-Tsaqafi yang melihat perbuatan itu sebagai sebuah cubaan lari dari medan perang. Dia cuba merosakan kembali jambatan yang sedang dibaiki.  Namun, Muthanna pun menangkapnya dan mengikatnya . Kumpulan Muthanna akhirnya berjaya memperbaiki jambatan dan Muthanna menyeru pasukan tentera Muslimin untuk menyembernag kembali . Dia membentengi serangan tentera Parsi sementara memberi ruang kepada pasukan Islam menyemberang. Dalam usaha ini Muthanna mendapat banyak kecederaan yang membawanya meninggal 2 bulan selepas peperangan tragis itu.

Baca: Shamela

Baca:Islamstory

Tuesday, July 18, 2023

Kabilah Kindah-Disayangkan kerana lewat mencicipi Islam.

 Kabilah Kindah adalah Kabilah Arab yang besar dan pernah mencipta rekod membina kerajaan di tanah Arab. Pemimpin mereka menjadi raja-raja Arab yang berkuasa untuk satu tempok masa yang agak panjang iaitu sekitar 8 kurun (200 BC-633 AD)memiliki wilayah yang luas. Kerana itu Kabilah Kindah juga disebut Kindah Al-Muluk.

Baca: Sejarah Kindah

Wilayah kekuasaan Kerajaan Kindah

Seorang penyair Arab Jahiliyyah yang terkenal , namanya Umuru-ul Qais adalah keturunan raja-raja Kindah. 


Pada tahun ke 11H, Nabi SAW di Kota Makkah gencar mencuba nasib berdakwah kepada para kafilah haji yang berdatangan ke Makkah, Baginda menemui kabilah-kabilah yang datang untuk ibadah haji itu dan menawarkan kepada mereka untuk menjadi pembelanya. Pembela seorang utusan Allah yang tentunya patut menjadi rebutan kabilah-kabilah Arab. Namun, ia tidak sebagaimana sepatutnya. Tawaran nabi ditolak oleh pemimpin kabilah yang memimpin rombongan kabilahnya datang ke Makkah buat melaksanakan haji.

Antara kabilah yang didatangi nabi untuk dakwah dan menawarkan NUSRAH ialah Kabilah Kindah. Sayangnya, pemimpin Kabilah tersebut yang bernama Mulaiha tidak tertarik dan enggan menghulurkan bantuan kepada nabi Muhammad SAW.  Penolakan itu dibuatnya dengan baik dan itu adalah watak kabilah Kindah yang merupakan golongan yang elit dan punya latar tatakerama pemerintahan. Namun, kerugian tetap menimpa Kabilah Kindah akibat daripada penolakan tersebut. Khasnya Mulaiha yang namanya tidak tercatat dalam senarai sahabat nabi SAW kerana penolakannya di kala pertama ditawarkan. 

Peluang dalam hidup selalunya tidak berulang dan hanya sekali. Jika yang sekali itu disia-siakan, dan peluang itu tidak datang lagi, alangkah ruginya. Kabilah Kindah akhirnya masuk Islam pada tahun ke-9 namun ia sudah terlewat untuk meraih kemuliaan hebat seperti yang diraih oleh Kabilah Aus dan Khazraj dari kota kecil bernama Madinah.

Bayangkan, kalau Kindah yang mendokong Islam, apa yang Kindah dapat? Kindah akan meneruskan bahkan mengangkat harkat kerajaan Kindah yang pernah dilakar oleh leluluhur mereka di bumi Arab!

Akan tetapi, silap langkah selalu membuntuti manusia. Tindakan hari ini, membuahkan hasilnya di hari esok. Itulah hal menuntut kebijakan.


Saturday, July 8, 2023

SENARAI KHALIFAH ABBASIYYAH

1) ابو العباس السفاح 749-754.
2 ) ابو جعفر المنصور 754- 775.
3 ) محمد المهدي 775-786.
4 ) موسى الهادي 786-787.
5 ) هارون الرشيد 787-809.
6 ) محمد الأمين 809-814.
7 ) عبد الله المأمون 814-833.
8) محمد المعتصم بالله 833-842.
9 )هارون الواثق بالله 842-847.
10) جعفر المتوكل على الله 847-862.
11 ) محمد المنتصر بالله 862
12 ) احمد المستعين بالله 862-866.
13 ) زبير المعتز بالله 866-869.
14 ) محمد المهتدي بالله 869-870.
15 ) احمد المعتمد على الله 870-892.
16 ) احمد المعتضد بالله 892-902.
17 ) علي المكتفي بالله 902-908.
18 ) جعفر المقتدر بالله 908-932.
19 ) محمد القاهر بالله 932-934.
20 ) محمد الراضي بالله 934-940.
21 ) ابراهيم المتقي لله 940-944.
22 ) عبد الله المستكفي بالله 944-946.
23 ) فضل المطيع لله 946-974.
24 ) عبد الكريم الطائع بالله 974-991.
25 ) احمد القادر بالله 991-1031.
26) عبد الله القائم بأمر الله 1031-1075.
27 ) عبد الله المقتدي بأمر الله 1075-1094.
28 ) احمد المستظهر بالله 1094-1118.
29 ) فضل المسترشد بالله 1118-1135.
30 ) منصور الراشد بالله 1135-1138.
31 ) محمد المقتفي لأمر الله 1138-1160.
32 ) يوسف المستنجد بالله 1160-1170.
33 ) حسن المستضئ بأمر الله 1170-1180.
34 ) احمد الناصر لدين الله 1180-1225.
35 ) محمد الظاهر بأمر الله 1225-1226.
36 ) منصور المستنصر بالله 1226-1242.
37 ) عبد الله المستعصم بالله 1242-1258.

Pengaruh Bangsa Turki dalam Pemerintahan Abbasiyyah


Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah  bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana  Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang  saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.

Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.

Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan. 

Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.

Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa. 

Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.

Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam. 

Tuesday, July 4, 2023

SIBAWAIH

Nama sebenar Sibawaih ialah Abu Bisy Amru bin Uthman bin Qambar Al-Harithi. Sibawaih itu merupakan laqabnya yang masyhur. Mengenai tahun kelahirannya, yang masyhur adalah tahun 148H. Maklumat asal usul keluarganya tidak tercatat dengan pasti. Apa yang jelas, dia adalah keturunan Parsi. Beliau dilahirkan di Qoryah Al-Baidha' di Parsi dan beliau membesark di Basrah apabila keluarganya berpindah dan tinggal di sana. Gelaran Sibawaih itu adalah panggilan manja ibunya yang bermaksud 'Bau  Epal".


Antara guru Sibawaih adalah Hamad bin Salamah. Dia belajar hadis daripadanya. Berlaku satu kejadian yang mengubah arah pembelajarannya di satu hari. Ketika dia menulis hadis nabi yang dibacakan gurunya. Hadis itu berbunyi:

“ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبا الدرداء”

Apabila mengimlakkan hadis itu, Sibawaih telah menulis :

ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبو الدرداء 

Maka gurunya memarahinya dan berkata:

لحنت يا سيبويه، إنما هذا استثناء

Peristiwa itu membuatkan Sibawai bersumpah untuk belajar bahasa Arab sehingga tiada siapa yang boleh mengatakannya silap lagi. Lantas dia belajar dengan Khalil bin Ahmad Al-Farahidi. Beliau juga mendalami ilmu bahasa Arab daripada Yunus bin Habib dan Isa bin Umar. Sibawaih pernah ke Baghdad dan berlaku debat antaranya dengan Al-Kasa-i dan dia dikalahkan oleh Al-Kasa-i. Setelah meninggalkan Baghdad, dia tidak pernah lagi kembali Baghdad.


Sibawaih tidak panjang umur. Sebab itu muridnya tidak berapa ramai. Antara muridnya yang terkenal adalah Al-Akhfas dan Qutrab


Sibawaih meninggal tahun 180H di kampungnya , Qoryah Al-Baidha' di Syiraz. Sebab kematiannya dikatakan berkaitan penyakit perut yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai penyakit Seliak (Celliac)

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...