Monday, September 11, 2023

KERAJAAN IDRISIYYAH

Kerajaan ini ditubuhkan di Maghribi pada tahun 172H dan berlangsung hingga tahun 375H. Pengasasnya bernama Idris bin Abdullah Al-Kamil bin Al-Hasan Al-Musanna bin Hasan Al-Sabt bin Ali bin Abu Talib. Idris bin Abdullah Al-Kamil atau disebutkan sebagai Idris I telah lari menyelamatkan dirinya daripada buruan kerajaan Abbasiyyah sehingga ke Maghrib dan di sana dia mendapat sokongan dan menubuhkan kerajaan Ahlul Bait lalu diberi nama Kerajaan Idrisiyyah. 

Tahun 145H berlaku perang antara pendokong Alwiyyin dengan Abbasiyyin yang ketika itu diketua Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.  Puak Alawiyyin diketuai oleh Muhamamd bin Abdullah bin Al-Hasan (dikenali dengan gelaran An-Nafsu Azzakiyyah)

Idris I adalah saudara kepada Muhammad  An-Nafsu Azzakiyyah. Mereka berdua adalah putera kepada Abdullah Al-Kamil bin Hasan Al-Muthanna bin Hasan As-Sibt (Anak Ali). Abdullah Al-Kamil ada saudara lain yang juga anak kepada Hasan Al-Muthanna iaitu Hasan III (Al-Mutahllas) yang ada anak bernama Ali Al-Khair(Dikenal juga Ali--Al-Abid). Maka, berdasarkan silsilah itu, Idris abaj Abdulah Al-Kamil adalah bapa saudara sepupu kepada Al-Hussain bin Ali Al-Khair yang namanya akan kita temui memimpin satu peperangan yang meletus 24 tahun selepas pemberontakan An-Nafsu Az-Zakiyyah yang dikenali dengan nama Perang Al-Fakh( Tahun 169H=786M)

Idris I yang berperang bersama Al-Hussain bin Ali Al-Khair bin Al-Hasan III bin Al-Hasan II bin Al-Hasan As-Sibt bin Ali dalam perang yang dinamakan Perang Al-Fakh pada tahun 169H melawan kerajaan Abbasiyyah telah menyaksikan kekalahan golongan Alawiyyin/Talibin. Ramai keturunan Ali bin Abi Talib yang mati terbunuh . Namun , Idris I bersama saudaranya yang bernama Yahya dapat menyelamatkan diri dan lari walaupun diburu. Yahya mengambil jalan ke sebelah Timur, menuju Ad-Dailam. Manakala Idris I pula menuju ke Maghribi. Ada seorang pemimpin puak Amazigh bernama Rasyid Al-Aurubi yang memainkan peranan penting menyelamatkan Idris sehingga boleh keluar dari Hijaz dan lepas daripada mata-mata kerajaan Abbasiyyah yang memburu keturunan Ali bin Abi Talib.

Kejayaan Idris melepaskan diri dari tangkapan Abbasiyyah disumbbangkan 3 Faktor:

i) Peranan dan bantuannya hambanya yang bernama Rashid Maula yang menyeludup Idris keluar dari Mekah dan melepasi mata-mata Abbasiyyah.

ii) Bantuan Pegawai yang menjaga sistem (Al-barid) di jalur sebelah Mesir bernama Wadhih. Beliau simpatisan kepada keluarga Ali dan menggunakan kelebihannya sebgai pegawai Pos untuk menggunakan laluan pos bagi menyeludup keluar Idris I. Diceritakan bahawa Wadih kemudian ditangkap oleh kerajaan Abbasiyyah tas arahan khalifahnya pada masa itu (Musa Al-Hadi) dan dihukum bunuh atas tuduhan khianat tugas dan membantu pemberontak.

iii) Bantuan Puak Amazigh

Idris I berjaya melepasi wilayah Ifriqiyyah yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Gabenor bagi kerajaan Abbaisyyah iaitu Yazid bin Hatim Al-Muhallabi. Beliau adalah adalah panglima tentera yang tegas dan setia kepada kerajaan. Ibu Kota kerajaan Ifriqiyyah saat itu adalah Qairawan. Idris masuk ke sana dengan hati-hati dan penuh aktikal agar tidak ditangkap. Hambanya setianya banyak membantunya dan mereka berpura-pura sebagai musafir, pedagang dan semua peranan yang boleh mengelebui mata anasir Abbasiyyah yang memburu Idris I itu. Tujuan Idris adalah menuju ke Maghribi.

Maghribi sesuai jadi tempat pelarian kerana jauh daripada pusat pemerintahan Abbasiyyah. Di sana juga banyak golongan pembangkang kerajaan Abbasiyyah. Namun Puak Khawarij Ibadhi dan Sofariyyah membina kekuasaan dna kerajaan di di kota  Tihert dan Sijilmassa.

Idris merasa tidak selamat berdepan dengan golongan Khawarij yang sikap mereka menolak kerajaan Abbasiyyah maupun ahlul bait. Dia menuju kekota-kota lain sehingga sampai ke Kota Lili (Volubilis). Di sana puak-puak Amazigh berpecah dan tidak bersatu. Ada seorang pemimpin kaum Urba  dalam federasi Amazigh bernama Ishak bin Muhammad bin Abdul Hamid melihat potensinya sebagai pemersatu kabilah-kabilah yang berpecah. Berpula dengan kabilah Urba yang diketua Ishak , puak-puak lain kemudiannya menyusul unuk bersatu di abwa kepimpinan Idris I.


Setelah dapat mendirikan kerajaan di Kota Lili, dan berjaya memperluas wilayah dna memperkukuhkannya, Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad tak senang duduk. Rancangan diatur bagaimana mahu menghancurkan kerajaan yang mengancam kedaulatan Abbasiyyah itu. Melalui Wazir harun Ar-Rasyid yang bernama Khalid Barmaki, diturlah siasat untuk menyusupkan orang ke dalam istana pemerintahan Idris I. Seorang yang bernama Syammakh telah masuk dan berpura-pura setia sehingga dekat dengan Idris. Satu ketika dia berikan minyak wangi kepada Idris I yang mana ia mengandungi racun yang mematikan. Peristiwa itu terjadi tahun 175H. Idris I mati kerana racun tersebut. 

Matinya Idris I memang meninggalkan kerajaan yang dibinanya dalam bahaya kehancuran. Itulah yang diingini Harun Ar-Rasyid. Namun, Allah menghendaki sebaliknya. Kerajaan baru itu tidak tamat. Rupanya Idiris ada anak yang masih dalam kandungan isterinya Kanzah Al-Aurubi ibu. Sudah 7 bulan. Anak itulah kelak dinamakan Idris II yang akan melanjutkan pemerintahan dinasti Idrisiyyah dan yang akan membina Ibu Kota baru iait Al-Fas.

Dalam mempersiapkan Idris II sebagai penggantikan Idris I, Rasyid Al-Aurdubi adalah pemain utamanuya. Dialah yang menyediakan latihan-latihan yang melayakkan Idris II menajadi pemimpin masa depan. Keturunan Rasulullah sahaja belum mencukupi jika tidak dibekali dengan ilmu pengetahuan yang cukup, terlebih lagi ilmu-ilmu berkaitan agama. Sementara Idris II belum cukup umur, Rasyid Al-Aurubi yang memegang tali pemerintahan sehingga Rasyid mati terbunuh pada tahun 188H. 

Posisi Rasyid sebagai Wasi kerajaan dipegang pula oleh Abu Khalid Yazid bin Ilyas Al-Abdi. Tanpa melengahkan masa, Abu Khalid pun memaklumkan bahawa kekuasaan akan diserahkan kepada Idris dan dia mengumpulkan bai'ah (sumpah setia) dari puak Amazigh. Usia Idris II ketika itu baru 11 tahun 5 bulan. 

Atas nasihat daripada para pemimpin kabilah Amazigh, Idris membuat kepustusan memindahkan ibu kota pemerintahan dari Walaila ( Volubilis)  ke kota Fas.

Idris berkahwin dengan anak pakciknya pada usia 16 tahun dan dia dikurniakan anak lebih 9 orang.

Pada Jamadil Akhir tahun 213H, Idris II mati selepas tercekik akibat makan anggur. Dia mati pada usia 36 tahun. Dikatakan dia mati kerana diracun oleh anasir Kerajaan Aghlabiyyah yang berkuasa di Ifriqiyyah saat itu. . Dia dikebumikan di Kota Fas. Tiga hari selepas matinya Idris II, maka anaknya yang sulung bernama Muhammad diangkat menggantikannya buat meneruskan kendali kerajaan Idrisiyyah.

Selepas matinya Muhammad bin Idris II, anaknya pula menggantikannya , iaitu Ali Haidar.

Pada tahun 363H, kerajaan Idrisiyyah ditamatkan. Khalifah Hisyam Al-Mu'ayyad dari Andalus dan melalui Hajibnya Al-Mansur bin Abi 'Amir menguasai kawasan utara Afrika.


Baca: Wiki

Senarai Amir Dinasti Idrisiyyah:


Bil.

Pemerintah

Tempoh pemerintahan (M)

Catatan

1

Idris I — إدريس الأول

788–791

Pengasas dinasti

2

Idris II — إدريس الثاني

791/803–828

Mengukuhkan Fez sebagai pusat pemerintahan

3

Muhammad bin Idris

828–836

Putera Idris II

4

Ali I bin Muhammad

836–849

Keturunan Idris II

5

Yahya I bin Muhammad

849–863

Pemerintahan mula berpecah

6

Yahya II bin Yahya

863–866

Menghadapi kemerosotan kuasa pusat

7

Ali II bin Umar

sekitar 866–?

Tarikh akhir pemerintahannya tidak pasti

8

Yahya III bin al-Qasim

?–905

Tempoh awal pemerintahan tidak dipastikan

9

Yahya IV bin Idris

905–919/921

Pemerintah terakhir dalam susunan awal Fez

10

Al-Hasan bin Muhammad, bergelar al-Hajjam

925–927

Memulihkan pemerintahan Idrisiyyah di Fez buat sementara

11

Al-Qasim Gannun

938–948

Memerintah cabang Idrisiyyah di utara Maghribi

12

Abu al-Aish Ahmad

948–954

Menggantikan al-Qasim Gannun

13

Al-Hasan bin al-Qasim, juga disebut Hasan II

954–974; percubaan semula pada 985

Pemerintah Idrisiyyah terakhir yang penting dalam sejarah politik Maghribi



No comments:

Post a Comment

PENYAIR TERHEBAT DI ZAMAN KHILAFAH BANI UMAYYAH

Syair merupakan medium penting di zaman Jahiliyyah dan juga zaman awal Islam.  Melalui syair, seseorang boleh dipuji melangit hingga dipanda...