Saturday, September 30, 2023

RINGKASAN SEJARAH LELUHUR NABI MUHAMAD SAW

  1. Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar adalah orang yang pertama menghuni kawasan wadi kontang yang yang tidak ada tanaman dan kemudiannya mncul telaga Zam Zam yang menjadi mata air yang menghidupkannya dan melayakkannya dihuni.
  2. Kemudian, dengan perintah Allah SWT di situ dibagunkan Kaabah oleh Nabi Allah Ibrahim dan dibantu oleh anaknya Ismail.
  3. Tempat itu kemudiannya dikenali dengan Makkah
  4. Kaum Jurhum telah datang dan tinggal bersama Hajar dan Ismail di penempatan baru itu.
  5. Datang juga dalah kaum Qaturaa yang memilih penempatan pintu masuk sebelah utara
  6. Ia muncul menjadi penempatan suci yang kemudiannya dinamakan Makkah.
  7. Kaum Jurhum membina penempatan di kawasan pintu masuk Utara  Makkah iaitu di Qaiqa'an dan sekitarnya
  8. Pemimpin kaum Jurhum Madhod bin Amru  bin Sa'ad bin Ar-Roqib in Hayyin bin Nabt bin Jurhum
  9. Pemimpin Kaum Qaturaa pula  bernama Sumaida' dan tempat tinggal mereka ada adalah pintu masuk Kota Makkah sebelah Selatan iaitu di Ajyad dan sekitarnya.
  10. Nabi Ismail menjadi dewasa dan berkahwin dengan perempuan dari Kaum Sumaida' tetapi atas perintah Ibrahim, kemudiannya dieraikan.
  11. Kemudian, nabi Ismail berkahwin pula dengan wanita dari kaum Jurhum ia Rala binti Madhod bin Amru, puteri pemimpin kaum Jurhum.
  12. Kaum Jurhum dan Kaum Sumaida' ada hubungan kerabat iaitu masing-masing adalah sepupu (anak pakcik) namun mereka bersaing satu sama lain.
  13. Persaingan itu jadi peperangan yang kemudiannya memaksa kaum Sumaida' meninggalkan Makkah dan menuju ke kawasan lain. 
  14. Nabi Ismail kemdiannya mendapat ramai anak.
  15. Syeikh Safiyyu Rahman Mubarakfuri dalam Ar-rahiqul makhtim menyebutkan 12 nama anak lelaki nabi Ismail iaitu:
    • 1) Nabit(atau Banayut)
    • 2) Qaidar
    • 3) Adbail
    • 4) Mubsyam
    • 5) Musyama'
    • 6) Dauma
    • 7) Miisya
    • 8) Hadad
    • 9) Yatma
    • 10) Yatur
    • 11) Nafis
    • 12) Qaidaman

16. Selepas kematian nabi Ismail (dikatakan pada usia 137 tahun), kepimpinan Makkah dipegang oleh anaknya yang bernama Nabit dan kemudiannya diteruskan oleh Qaidar adiknya.

17. Tampuk kepimpinan Makkah kemudiannya terlepas daripada keturunan Ismail dan diambil oleh oleh kaum Jurhum dan pemimpinnya iaitu Madhod menjadi pemimpin Makkah.

18. Selepas itu, berterusan dan bersilihganti kepimpinan Makkah berada di tangan kaum Jurhum untuk tempoh yang lama sehingga awal abad ke-3 Masihi.

19. Pemimpin-pemimpin kaum Jurhum yang menguasai Makkah kemudiannya mula menyimpang dan mengambil harta sedekah Kaabah untuk kepentingan diri dan banyak berlaku kezaliman.

20. Kehormatan Kaabah juga dicemarkan dengan kemerostan akhlak dan moral yang berlaku di kalangan kaum Jurhum

21. Kisah kecerobohan Isaf dan Nailah yang berzina dalam Kaabah dan kemudiannya dilaknat Allah dan menjadi batu, berlaku dalam fasa ini. Batu itu mulanya diletakkan di luar Kaabah untuk iktibar tetapi kemudiannya menjadi sembahan.

22.Ada satu kabilah yang dinamakan kabilah Khuzaah yang datang menjadi pemastautin di Makkah.

23. Kabilah Khuza'ah telah berpakat dengan satu cabang Bani Kinanah (keturunan Nabi Ismail) untuk menumpaskan kekuasaan kaum Jurhum ke atas Makkah.

24. Pemberontakan pun terjadi dan kaum Jurhum berjaya dikalahkan.

25. Sebelum lari meninggalkan Makkah, kaum Jurhum telah menimbus telaga zam-zam dengan harta Kaabah.

26. Kempimpinan Makkah kemudiannya dipegang oleh kabilah Khuza'ah

28. Mulanya mereka bagus dan menjaga kemuliaan Kaabah dan meneruskan agama bnabi Ibrahim.

29. Namun, ketika zaman pemimpin Kabilah Khuzaah yang bernama Amru Luhai, dia mengubah agama Ibrahim dengan memasukkan penyembahan berhala dan mencipta bid'ah Saibah, wasilah dan Ham.

30. Ketika kepimpinan Makkah berada di tangan pemimpin kabilah Khuza'ah bernama  Hulail bin Habasyiyyah Al-Khuza'i, Qusai bin Kilab datang ke Makkah dan dia berkahwin dengan anaknya yang bernama Hubba binti Hulail.

31. Qusai adalah datuk nabi Muhammad SAW yang ke-4

32. Nama dan Silsilah keturunannya adalah Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan

33. Ayah Qusai yang bernama Kilab adalah pemimpin kaum Quraisy dan dia berkahwin dengan Fatimah binti Saad dan dapat anak namanya Zaid (nama sebenar Qusai)

Kilab juga ada anak lelaki bernama Zuhrah yang kemudiannya menurunkan zuriat hingga ke Aminah ibu nabi SAW(  Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab)


34. Qusai mati muda dan Fatimah kemudian berkahwin lagi dengan   Rabi'ah bin Haram dari bani Qudha'ah, satu kabilah yang tinggal di Syam.

35. Bersama ibunya, Zaid bin Kilab itu dibawa balik ke penempatan bani Qudha'ah dan di sanalah Qusai tinggal dan membesar. Kerana itu dia dikenali dengan nama Qusai.

36. Qusai tidak dilayan dengan baik di kalangan Bani Qudha'ah, maka kerana itu dia mengambil keputusan untuk balik ke kota Makkah.

37. Setelah berkahwin dengan Hubba binti Hulail , Qusai mendapat kedudukan dalam kepimpinan Makkah berkat kepercayaan ayah mentuanya.

38. Bila Hulail bin Habasyiyyah meninggal, berlaku perebutan kuasa antara Qusai dengan anak-anak Bani Khuza'ah dan Qusai telah memenaginya.

39. Qusai ada 3 anak lelaki iaitu Abdu Dar, Abd Manaf dan Abdul Uzza.

40. Abdul Manaf itulah kemudiannya ada anak bernama Hasyim dan Hasyim pula ada anak bernama  Syaibah (Abdul Mutallib)











No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....