Friday, September 29, 2023

Mubasyyirat Kelahiran Nabi SAW

 Al-Baihaqi menitipkan di dalam kitabnya Dalailun Nubuwwah dengan sanadnya yang sampai kepada Abu Zur'ah bin Saif Yazan, bahawa apabila Saif Zi yazan telah berjaya mengalahkan penjajahan Habsyah atas Yaman dan dia menjadi raja di Yaman, maka berdatangan para rombongan pemuka Arab kepadanya. Mereka ingin mengucapkan tahni'ah kepadanya. Termasuk yang datang itu adalah para pemuka Quraisy yang diketuai oleh Abdul Mutallib. Peristiwa itu adalah 2 tahun selepas kelahiran nabi Muhammad SAW.

Abdul Mutalib dan rombongannya berada di Yaman sebagai tetamu raja Saif Zi Yazan selama sebulan. Dalam tempoh tersebutm berlaku dialog antara Saif Zi Yazan dengan Abdul Mutalib secara peribadi. Saif Zi yazan menceritakan apa yang di tahu bersumberkan kitab-kitab yang dibacanya bahawa seorang pemimpin manusia akan lahir dari keturunan Abdul Mutalib atau pun dia sudah dilahirkan. Lalu disebutkan namanya  dan sifatnya yang meyebabkan Abdul Mutalib tahu bahawa cucunya Muhammmad bin Abdullah, itulah yang dimaksudkan oleh Saif Zi Yazan.

Abdul Mutalib pulang dari Yaman membawa kesedaran itu. Kesedarran bahawa cucunya itu adalah pemimpin masa depan yang akan menyatukan Arab. Dia merahsiakan hal itu dari pemuka-pemuka Quraisy yang lain. 

Dalam kesempatannya, Abdul Mutalib pernah berkata kepada rakan-rakan serombongannya setelah balik ke makkah. Ketika itu Saif Zi Yazan telah meninggal.( Saif Zi Yazan meninggal sebelum cukup setahun daripada kepulangan Abdul Mutallib dna rombingannya yang melawat Saif Zi Yazan).

Kata Abdul Mutallib:

Hai sekalian Quraisy, janganlah kalian rasa cemburu dan dengki kerana banyaknya hadiah yang diberikan Saif Zi Yazan kepadaku, Ketahuilah semuanya itu akan habis juga nantinya. Tetapi,. cemburu dan dengkilah kepadaku apa yang kekal untukku dan keturunanku sebagai satu kebanggan  yang menjadi sebutan.

Ketika mereka bertanya: Apa maksudmu hai Abdul Mutallib?

Kata Abdul Mutalllib: Kelak nanti kalian akan tahu biarpun lama masanya yang kalian perlu tunggu!

Kisah Berita gembira daripada Saif Zi yazan tentang kelahiran nabi Muhammad SAW adalah satu amntara sekian banyak kisah-kisah seumpamanya. Kelahiran nabi SAW adalah peristiwa besar buat alam ini. Sebagaimana lazim satu peristiwa yang akana terjadi dalam dunia ditandai dengan satu-satu tanda, maka demikianlah peristiwa kelahiran Nabi SAW. Lihatlah, kalau nak berlaku hujan, ada tandanya. Kalau nak kemarau, ada tandanya. Kalau Tsunami akan terjadi, juga didahului tandanya. Kejadian-kejadian tersebut tidaklah lebih besar dari peristiwa kelahiran Nabi akhir zaman.

Ada banyak kisah yang menjadi dalil kebangkitan nabi akhir zaman.Antaranya yang lain  dan boleh disenaraikan di sini:

1) KIsah Salman Al-Farisi

2) Kisah Maisarah bersama Rahib An-Nastur di Syam

3) Kisah Tubba' raja Yaman yang hampir menyerang Yathrib tetapi dinasihati membatalkan hasratnya.

4) Kisah pendeta Yahudi dari Syam datang ke Yathrib bernama Ibn Alhaiban(Rujuk cerita: Islamqa)

5) Kisah Rahib bernama Aison yang berpesan kepada ornag-orang Makkah (Rujuk cerita: Islamqa)



No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....