Tuesday, March 5, 2024

SULTAN MUAYYAD SYEIKH

 Beliau adalah Abu An-Nasr Syeikh  bin Abdullah Al-Mahmudi At-Zohiri.

Catatan sejarah menyatakan Muayyad Syeikh lahir pada tahun 1368.

Beliau meninggal di Kaherah pada 13 Januari 1421.

Beliau telah dibeli sebagai hamba pada usia 12 tahun oleh Khawja Mahmud Syah Yazdi Tajul Mamalik dan kemudiannya diserahkan kepada Zahir Barquq yang ketika itu merupakan seorang Atabik dalam ketenteraan Mesir. Dia lalu dimerdekakan dan diajari ilmu peperangan, menunggang kuda, memanah dan lain-lain pengetahuan.

Beliau pada awalnya adalah seorang pegawai tinggi kerajaan dalam pemerintahan Az-Zohir Barquq dan dia menjawat Naib Sultan di Tarabulus , Syam.

Gelaran Al-Mahmudi pada namanya diambil sempena gurunya yang bernama Khawaja Mahmud Syah, manakala gelaran Az-Zohiri pula sempena nama gurunya dan pemimpinnya yang bernama Az-Zohir Barquq.

Beliau datang dari Syam ke Kaherah pada usianya yang ke 12. Memiliki rupa paras yang kacak dan memikat, dia telah mendapat tempat di hati Az-Zohir Barquq lalu dilantik sebagai pengawal raja dan kemudiannya ketua rombongan haji dna seterusnya menjadi Naib Sultan sebelum menjadi raja Mesir.

Pada masa Barquq berkuasa, berlaku pemberontakan oleh Mintash dan Al-Muayyad telah ditangkap dan dipenjarakan di Kaherah. Penjara yang penuh dengan azab. Al-Muayayd berazam , kalau dia bebas, penjara tersebut akan ditukar menjadi masjid. takdir Allah, pemberontakan Mintash berjaya dipadamkan oleh Barquq dan Mintash dihukum bunuh di Gerbang Zuwailah. Lalu, Al-Muayyad dibebaskan dan diangkat semula ke jawatan penting dalam kerajaan. Masjid Al-Muayyad Syeikh telah dibina di bekas tapak penjara tersebut  dan boleh dilihat sampai hari ini.

Catatan kisah naiknya Muayyad Syeikh: Selepas wafatnya Sultan Alauddin Ali bin Sya'ban pada tahun 1381, maka diangkatnya anaknya yang masih kecil  iaitu An-Nasir Al-Haji mewarisi tahta pemerintahan. Namun, kerana masih kecil, Az-Zohir Barquq yang menajadi wasi (pemegang amanah).. Namun, para umara mamalik meminta beliau mengambil alih pemerintahan dan memecat sahaja anak kecil itu. Maka, pada 16 November 1382 naiklah Az-Zohir Barquq menjadi raja Mesir. Para musuhnya tidak meredhainya dan mereka membuat percubaan untuk menggulingkannya. Pada tahun 1391, Az-Zohir Barquq dikalahkan dan dia dihumbankan ke penjara di benteng Kirk yang terletak di Jordan. Namun, tak lama kemudiannya dia dapat melepaskan diri dengan bantuan para penyokongnya dan kembali merebit tahta pada tahun 1392. Az-Zohir Barquq wafat pada tahun 1399 dan kematiannya ditangisi rakyat Mesir kerana jasa-jasa dan keadilannya dalam pemerintahan buat rakyat Mesir.

Selepas kematian Az-Zohor Barquq, Khalifah Abbasiyyah yang di jadikan simbul di Mesir (selepas terbunuhnya Khlifah Ababsiyyah di Baghdad akibat serangan Moghol), namanya Al-Musta'in Billah mengambil alih pemerintahan. dan Muayyad Syeikh dijadikan sekutu dalam pemerintahan. Dari situ dia dapat gelaran Muayyad. Pada tahun 1413, dia mengambil alih pemerintahan sepenuhnya dan Khalifah diasingkan ke Iskandariah. Pada tahun 1415, saudara khalifah itu yang bernama  Daud dilantik sebagai Khalifah.


Pemerintahan Muayyad Syeikh bermula tahun 1412 dan berlangsung hingga 1421.


Masjid Jamik Muayyad Syeikh


Menurut catatan sejarawan Mesir yang bernama Ibn Iyas Al-Hanafi dalam kitabnya Badai'u Az-Zuhur Fi Waqa'iu Ad-Duhur, dalam pembinaan masjid Jamiknya, Sultan Muayyad Syeikh telah melakukan beberapa pelanggaran hak orang ramai seperti merampas tanah, mencabu pintu Sultan Hasan dan menjadikannya pintu majidnya. Maka kata Ibn Iyas, orang Mesir ketika itu  menamakannya Al-Haram kerana membantah sumber-sumber yang digunakan untuk membinanya. Ini merupakan sisi negatif yang disebutkan mengenai Muyyad Syeikh.

Seorang penguasa yang muncul dalam sejarah, di belakang hari orang bercerita tentangnya. Tneu ada yang menyanjung dan tidak kurnag yang mengeji. Itulha lumrah hidup. Sekalipun ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, ada lidah yang menyanjungnya dan pasti tidak terlepas daripada cemuhan musuh yang membencinya.

Jika demikian falsafahnya, janganlah kau harapkan namamu ditintakan emas semata-mata. Jangan kau bersedih jika namamu turut dicoret dengan najis dan kumbahan. Apa yang telah menimpa ornag dahulu, jadilah iktibar. Jika kau buat sesuatu yang besar, besarlah kontradiknya. Hanya, jika kau tidak lakukan apa-apa, namumu tidak akan dicemuh. Pujian pula hanya seketika kau hidup atau budi dan baktimu yang tidak bererti.


No comments:

Post a Comment

Syah Waliyullah Ad-Dahlawi

Bumi India, sejak ia dibuka oleh Sultan Muhammad Ghaznawi pada tahun 392H=1001M, telah melalui fasa pemerintahan kaum muslimin yang berbagai...