Friday, March 22, 2024

Ala'uddin Al-Bukhari Al-Hanafi (779H-841H)

Mari kita kenal tuan punya nama ini. Pertamanya, sejarah mengingatinya untuk satu point utama iaitu dia adalah tokoh ulama yang sangat memusuhi Ibn Taimiyyah.

Namanya adalah Abu Abdullah Alauddin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Bukhari Al-Hanafi.

Beliau adalah seorang Faqih Mazhab Hanafi lagi seorang Sufi.Beliau dibilang sebagai ahli kalam dengan aliran Maturidiyyah dan ulama besar Mazhab Hanafi pada zamannya. 

Beliau dilahirkan di kawasan negara Iran dan dibesarkan di Bukhara.

Beliau belajar ilmu sastera dan akal daripada Sa'aduddin At-Tiftazani iaitu tuan punya kitab Syarah Akidah An-Nasafiyyah.

Beliau pernah menjejaki tanah India dan tinggal di sana untuk satu tempoh dan mendapat penghormatan dari raja-raja kerajaan Hindi. Kemudian dia merantai sampai ke Mekah dan tinggal pula di sana. Lalu menuju Mesir dan tinggal di Kaherah serta mendapat penghomatan di sana. Kemudian dia berpindah ke Syam dan tinggal di Syam sampailah dia meninggal di sana iaitu di Al-Mizzah, dalam kota Damsyiq.

Beliau menulis kitab menjawab Ibn Arabi yang bernama Fadhihatul Mulhidin Wa nasihatul Muwahhidin. Dia juga menulis kitab menjawab Ibn Taimiyyah yang diberi nama Al-Muljamah Al-Mujassimah.

Dia menghukumkan Ibn Taimiyyah KAFIR dan demikian juga Ibn Arabi adalah Kafir.

Alasan kenapa dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah adalah kerana Ibn Taimiyyah mengisthbatkan JIHAH kepada Allah iaitu ATAS arasy. JIHAH adalah arah seperti atas, bahwah, depan, belakang dan sebagainya. JIHAH ini adalah ciri-ciri jisim. Mengatakan Allah di atas bemakna mengatakan Allah adalah JISIM. Dalam Kitab Radnya ke tas Timiyyah itu, dia menukilkan kalam Imam Al-Haramain, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini dalam kitab Al-Irsyad bahawa sesiapa yang mengatakan Allah ada JIHAH, maka dia kafir secara nyata.
إثبات الجهة لله كفر صراح

Pada hemat saya, inilah masalah ahli kalam. Mereka cuba mengupas, menelaah dan merumuskan sifat Allah berdasarkan akal. Akal itu sifatnya lemah untuk menerobos alam ghaib sekalipun , apa lagi untuk memahami sifat Allah. Para ahli kalam membuat hipotesis bahawa Allah tidak bersifat dengan JIHAH, Surah. Surah misalnya membawa kepada logik TARKIB. Apabila Allah dikatakan tarkib (tersusun daripapada komponen), maka ia membawa kepada pemahaman tajsim. Menagatakan Allah Jisim, itu adalah kafir. Demikianlah rumusan menurut kaedah ahlil kalam. Allah menyebutkan tentang dirinya dalam nas-nas saheh bahawa wajah Allah, dalam hadis disebutkan Ahsani Surah dan Allah atas Arasy, bagaimana kita nak menafikannya. Atau, elokkah kita takwilkan kepada apa yang kita faham Atau kita biarkan sahaja ayat-ayat itu atas makna asalnya dan hakikatnya kita serahklan kepada Allah. Apalah ertinya kita peningkan akal manusiawi yang lemah itu untuk menghuraikan perkara yang di luar kemampuan akal ini.
Kita hanya perlu beriman kepada Allah sebagaimana datangnya ayat Quran dan hadis nabi dan tidak bertakalluf untuk mendetailkannya. Akal tak akan mampu. Kalau dicuba pun, sesat jalan. Sebab akal kita ini terkurung di bawah Kaun yang tidak akan keluar hattalah kita mati. Kita pun tak terbayang syurga walau akal cuba membayangkan sehabis elok. Itu syurga. Apa lagi Allah.
Cara fikir sebegini , enggan dipanuti oleh orang yang bermain dengan akal, mantiq dan kalam. Mereka cuba menegakan logik agar logik itu mesra dengan nas. Sepatutnya, kita inasaf, ada bahagian dalam agama ini kita tidak akan mendapatkan jawapannya menggunakan akal sekutil kita. Imam akan cover. Tunggu kat akhirat....anda akan MELIHAT ALLAH. Bagaimana, tak usah difikirkan. Tungga harinya sahaja dan alami sendiri!
Dunia ini hanya ladang amal. Amal akan dibawa ke akhirat. Akal yang hebat itu tinggal di bawah KAUN bila roh kita melayang keluar dari KAUN.

Syeikh Syamsuddin Muhamamd bin Abdurrahman As-Sakhawi menyebutkan dalam kitabnya Ad-Dhuullami' Li Ahlil Qarni At-Tasi' bahawa Alauddin Al-Bukhari Al-Hanafi telah ditanya oleh para pelajarnya mengenai maqalah-maqalah kontroversi Ibn Tamiyyah, maka dia pun bereaksi menjawab. Berdasarkan maqalah-maqalah tersebut, dia menbid'ahkan Ibn Taimiyyah, mentajsimkannya dan lalu memngkafirkannya. Lebih dari itu, kerana sampai kep penghetahuannya bahawa orang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam, maka dia mengatakan sesiapa yang turut menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam, dia pun kafir juga!

( Ini masalah pak-pak guru. Kalian saksikan bagaima ustaz-ustaz yang beraksi di membar penceramah. Ustaz yang diminati ramai. Audiuennya banyak Dia sering ditanya itu dan ini. Dia juga ditanya, ustaz sipolan kata begitu begini.. Maka, ustaz yang ditanya menjadi reaksionen. Menjawab dan menrad ustaz sipolan. Hatta, jawapan dan rad itu menjadi keras. Hanya berdasarkan pertanyaan. Pertanyaan itulah maklumat. Sang penanya, macam orang buat video, suka cut sini dan cut sana. Bukan semua dia ambil. Lalu, atas maklumat yang dicut, ustaz yang menjawab menyerang ustaz sipolan.

Hal sebeginilah yang terjadi kepada ulama besar yang namanya Alauddin Al-Bukhari Al-hanafi yang menyerang keras Ibn Taimiyyah. Dia bukan baca pun kitab Ibn Taimiyyah dan tak pernahpun berhadapan dengan Ibn Taimiyyah. Hanya dari maklumat penanya sahaja dia bergantung.

Pengajaran buat kita semua, jangan percaya pada orang yang bertanya. Mereka itu kekadang bukan nak cari ilmu, tetapi nak menimbun batu bata di atas tembok tafriqah!

Beliau  meninggalkan Mesir kerana berlaku khilaf dengan seorang tokoh semasa di Mesir ketika itu yang bernama Syamsuddin Al-Bisati. Isunya adalah kritikan keras yang dilemparkannya ke atas Ibn Arabi.

(Bukan semua Sufi mendokong Ibn Arabi. Walaupun dewasa ini kita melihat seolah-olah Ibn Arabi adalah tokoh yang diagungkan oleh semua Sufi)

Ada seorang ulama semasanya bangkit membela Ibn Taimiyyah, bernama Ibn Nasiruddin Ad-Damsyiqi menulis kitab menjawabnya dan diberi nama:

الرد الوافر على من زعم بأن من سمى ابن تيمية شيخ الإسلام كافر


Ibn Nasiruddin Ad-Damsyiqi mengambil cara menukilkan perkataan ramai ulama besar yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam.

Apakah mereka semua kafir? Seolah-olah ia menempelak Alauddin Al-Bukhari. Antara yang kata Ibn Taimiyyah Syeikhul Islam adalah Ibn Hajar Al-Asqalani. Apakah Ibn Hajar pun kafir?

Tak terjawab oleh Alauddin Al-Bukhari sekalipun.

Kalau ada ustaz jalanan masa kini yang menuturkan seperti Syeikh Alauddin , itu bukan setara mana . Mereka itu hanya muqallid buta yang membaca kalam dan tidak memahaminya.Ilmu mereka jauh di bawah Syeikh Alauddin Al-Bukhari yang hebat. Namun, kerana pertanyaan yang memprovok, dia terjerumus dalam fitnah dunia ilmu itu.


Renungkan serangkap Syair oleh Al-A'sya:


كناطح صخرة يوما ليوهنها            فلم يضرها وأوهى قرنه الوعل

Ia adalah seumpama kambing yang menanduk batu untuk menghancurkannya
Batu tak terkesan , yang patah adalah tanduk kambing itu.

Atau....

يا ناطح الجبلَ العالي ليوهنه أَشفق على الرأسِ لا تُشْفِق على الجبلِ

Wahai kambing yang menanduk gunung untuk meruntuhkannya
Kaihanilah kepalamu dna jangan kasihani gunung


Bak kata sebuah masal Arab:

لا يَضُرُّ السحاب نَبْحُ الكلاب
"Salakan anjing tidak memberi mudarat kepada awan".

Orang Melayu pun ada pepatah iaitu:

Seperti anjing menyalak bukit.



Allahul musta'an!

No comments:

Post a Comment

Syah Waliyullah Ad-Dahlawi

Syah Waliyyullah Ad-Dahlawi  adalah seorang tokoh ulama asal India yang lahir pada tahun1114H/1703M dan meninggal pada tahun 1176H/1762. Nam...