Monday, March 4, 2024

Kekuasaan itu mandul

Kekuassan itu mandul, hubungan nasab tidak berguna kerana bapa sanggup membunuh anaknya demi kekuasaan.

Khalifah Harun Arrasyid pernah berkata kepada anaknya Al-Makmun:

"Kekuasaan itu mandul, jika kau cuba rebut ia daripadaku, akan aku ambil darimu apa yang matamu berada (yakni pancung tengkuk)

Beitu besarnya fitnah kekuasaan sehingga segala perhiasaan dunia yang lain tidak berguna didepannya. Anak, harta dan wanita sekalipun, jika berdepan dengan kekuasaan, tidak akan mampu mendongak kepalanya. Sang penguasa rela hilang semuanya. Relah papa kedana dan putus keturunan, asalkan kuasanya tidak direbut.

Kenyataan di atas dapat dilihat dalam episod sejarah yang dirakamkan dalam rekod para sejarawan. 

Kisah Pertama:

Kisah Tebunuhnya Khalifah Al-Hadi.

Al-Hadi adalah anak kepada Khalifah Al-Mahdi. Al-Mahdi adalah anak kepada Abu Jafar Al-Mansur. Al-Mahdi itu telah bernikah dengan seorang perempuan asal Yaman bernama Khaizuran. Maka Khaizuran menjadi ibu kepada anak Al-Mahdi yang bernama Al-Hadi dan Harun.

Al-Hadi menggantikan ayahnya jadi Khalifah dengan ketetapan bahawa adiknya Harun menjadi Putera Mahkota. Namun, tidak lama selepas naik tahta, Al-Hadi buat keputusan untuk gantikan Harun sebagai Putera mahkota dengan anaknya sendiri yang bernama Jaafar. Hal tersebut mengundang kemarahan sang ibu bernama Khaizuran. Maka hubungan Khaizuran dengan Al-Hadi menjadi tegang dan sampai ke peringkat konspirasi Al-Hadi untuk membunuh ibunya. Namun ibunya terselamat dan sebagai membalas rencana buruk anaknya itu, Khaizuran pun meracuni Al-hadi dalam satu majlis makan. Maka matilah Khalifah Al-Hadi, dibunuh ibunya sendiri.

Inilah maksud bahawa kekuasaan itu mandul! Anak ? ia tidak wujud. Bila kuasa ada , yang namanya anak tiada. Duduk sebatang kara pun tak apa. Permata hati sudah tidak lagi jadi permata hati. Ia menjadi ulat di mata yang perlu disingkirkan jika kekuasaan dicopot. Khaizuran bunuh anaknya Al-Hadi kerana posisi dia sebagai pemain kekuasaan di belakang tabir tergugat. Ditambah pula kekuasaan direnggut dari anak kesayangannya yang bernama Harun.


Kisah Khalifah Fatimiyyah-Al-Hafiz Lidinillah Membunuh anaknya.

Al-Hafiz Lidinillah menjadi khalifah Fatimiyyah selpas meninggalnya pakciknya Khalifah Al-Amir Bi Ahkamillah. Oleh kerana dia meninggal tidak meninggalkan anak, maka naiklah Al-Hafiz Lidinillah jadi Khalifah. Ketika itu para wazir di istana Khalifah berebut kekuasaan. Bagi melenyapkan persaingan mereka, maka Al-hafiz Lidinillah melantik anaknya yang bernama Hasan sebagai Wazir dan kemudian dia melantik pula anaknya yang lain(adik kepada Hasan) yang bernama haidar sebagai Putera mahkota. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati Hasan yang mebawanya memberontak melawan ayahnya. Dia membentuk pasukan tentera yang dinamakan Ar-Raihanah melawan pasuakn tentera ayahnya yang bernama Al-Juyusyiyyah. Dia juga menubuhkan militia khusus yang bernama Sibyan Az-Zardi dan memerangi ayahnya. Dia menang dan ayahnya terpaksa melantik dia sebagai Putera Mahkota. Namun, dengan helah yang licik, akhirnya Al-Hafiz Lidinillah dapat membunuh anaknya itu dengan diracuni.

Ayah tidak kenal anak bila berlaku persaingan merebut kuasa.

Abdullah bin Al-Mansur

Pada Masa kekhalifahan Bani Umayya di bumi Andalus berada di bawa Hisyam Al-Muayyad, tali pemerintahan sebenar berada di tangan Hajibnya ang bernama Al-Mansur Muhammad bin Abi Amir. Dialah pemerintah sebenar dan bukannya khalifah. Sekitar tahun 990M, anaknya yang bernama Abdullah bangkit menentangnya kerana Al-Mansur lebih mengutamakan anaknya yang lain yang bernama Abdul Malik. Abdullah , walaupun dia hanya anak hamba Al-Mansur yang berasal daripada keturunan Eropah, merasakan dirinya lebih berhak mewarisi posisi ayahnya. Abdullah itu telah meninggalkan Cardoba dan berlindung di kota-kota lain dan berpakat dalam rancangan jahat untuk menggulingkan ayahnya. Ada kalangan ahli politik semasa itu yang memang cemburukan Al-Mansur dan mereka menyahut ajakan pakatan jahat Abdullah tersebut. Maka, Al-Mansur pun mendapat khabar mengenai rancnagan sulit tersebut dan bertindak. Anaknya Abdullah itu lari dan bergabung dengan kerajaan Leon yang bergama Kristian. Al-Mansur mengutus surat mengancam Raja Leon agar menyerakan anaknya. Dia juga mengutus surat kepada anaknya itu agar kembali ke ibu kota Cardoba dan dimaafkan. Maka, Abdullah pun bersetuju . Dalam perjalanan balik, Abdullah telah dibunuh oleh utusan Al-Mansur yang mengiringinya pulang ke Cardoba.

Ada pendangan sejarawan (Ibn Uzari) mengatakan punca Al-Mansur membunuh anaknya itu adalah kerana sampai kepadanya keraguan mengenai nasab Abdullah itu. Ada orang beritahu dia bahawa Hamba Eropah yang merupakan ibu Abdullah itu , sebelum sampai kepada Al-Mansur, telah pun bermukah dengan lelaki lain. Maka dia mengandung dan anak itu adalah benihnya dan bukan benih Al-Mansur.

Al-Mu'tadhid bin Ubbad membunuh anaknya sendiri.

Beliau adalah penguasa Isybiliya (Seville) pada zaman Mulku At-Tawaif( Kerajaan-kerajaan Kecil). Al-Mu'tadhid terkenal dengan Taman dalam kawasan istananya yang digelar Bustanul Jamajim. Di Taman itu di membunuh musuh-musuhnya dan menjadikan kepala mereka sebagai bekas-bekas tanaman. Beliau ada anak bernama Ismail dan dia mengutuskan anaknya itu memerangi penguasa kota Qarmunah (Carmona) dan Batliyus (Badajoz)  yang menjadi musuhnya. Dalam perjalanan balik seusai perang, Ismail dihasut penyokongnya untuk memberontak melawan ayahnya. Maka dia berlindung di sebuah kota bernama Qol'atul Ward. Namun rancnagannya sampai kepada ayahnya sementara pemerintah kota tersebut berwala' kepada Al-Mu'tadhid.  Maka Ismail dan para pendokongnya ditangkap dan dihantar kepada Al-Mu'tadhid. Dia dibunuh beserta para pendokongnya. 


Sultan Mu'ayyad Syeikh membunuh anaknya Ibrahim

Sultan Mu'ayyad Syeikh adalah seorang Sultan Mamluk. Anaknya Ibrahim telah berjaya dalam misi memadamkan pemberontakan di Syam. Namanya anaknya menjadi popular dan disukai ramai pembesar negara dan kalangan tentera. Hal tersebut menbimbulkan kecemburuan di hati ayahnya Sultan Muayyad Syeikh.  Dalam perjalanan pulang ke Mesir, dia mendapat musibah sakit yang membawa kepada kematiannya. Riwayat berkhilaf tentang punca kematiannya. Ada yang menyatakan bahawa ia adalah akibat tabi'i. Namun ada yang menuebutkan bahawa ia mati kerana diracun. yang meracuninya adalah ayahnya sendiri kerana bimbang melihat pengaruh anaknya yang melebar di kalangan elit istana dan tentera.

Bacaan: wattan.net


No comments:

Post a Comment

Syah Waliyullah Ad-Dahlawi

Syah Waliyyullah Ad-Dahlawi  adalah seorang tokoh ulama asal India yang lahir pada tahun1114H/1703M dan meninggal pada tahun 1176H/1762. Nam...