Abdullah bin Khabbab dan isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh puak Khawarij. Peristiwa itu berlaku di zaman Kekhilafahan Saidina ALi bin Abi Talib radiallahu 'anhu.Awalnya, Abdullah bin Khabba ditanya pendiriannya tentang Saidina Ali dan Abdullah bin Khabab menjawab sesuai dengan tanggapannay mengenai kemuilaan Ali selaku sahabat nabi, menantui nabi, dan dari kalangan As-Sabiqunal Awwalin. Mereka tidak boleh menerima sikap tersebut dan membunuh Khabbab serta isterinya.
Maka, prinsipnya , puak khawarij tidak boleh menerima ada orang lain yang mempunyai pendirian politik yang berbeza daripada mereka. Kerana maslaah politik, kelompok umat Islam yang berbeza itu dihukumkan kafir dan halal darah.
Sepanjang sejarah, kita menyaksikan onar puak Khawarij selaku penentang kerajaan yang memerintah.
Benih awal Khawarij boleh dirujuk kepada apa yang disebutkan oleh rasulullah SAW tentang seornag yang bernama Zul-Khuwaisirah.Zul-Khuwaisirah membantah caa pembahagian ghanimah oleh rasulullah SAW dalam satu peperangan. Dia menuduh Rasulullah tidak adil dan tidak mencari Redha Allah dalam pembahagian ghanimah tersebut. Tuduhan itu menyinggung hati Rasulullah SAW. Sahabat Rasulullah SAW, Khalid bin Al-Walid mohon untuk dipenggal leher sang kuarng ajar itu Namun, Rasulullah melarang atas alasan dia solat. Sehingga ornag itu beredar pergi , Rasuluhha meniktipkan katanya:
إنه يخرج من ضئضئ هذا ( عقبه ) قوم يتلون كتاب الله رطبا لا يجاوز حناجرهم، يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية، لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل ثمود
No comments:
Post a Comment