Thursday, March 14, 2024

AZ-ZOHIR SAIFUDDIN BAQRQUQ

Nama ini adalah nama seorang raja daripada raja Mamalik yang berkuasa di Mesir pada zaman pemerintahan Mamalik, yakni pemerintahan para hamba.  atau lebih tepat, bekas-bekas hamba.

Az-Zohir Saifuddin Barquq atau dikenali dengan Sultan Barquq (meninggal tahun 801H) merupakan Sultan Mamalik pertama daripada kelompok Mamalik Burjiyyah. Dinamakan juga Mamalik Syarkasiah. Mereka berbeza dengan Mamalik yang memerintah Mesir sebelum mereka yang dinamakan Mamalik Bahriyyah. 

Disandarkan kepada Burjiyyah kerana mereka menghuni kawasan menara yang di yang ada dalam Kota jabal yang dibina pada zaman Sultan Salehuddin Al-Ayubi.

Syarkasiyyah pula adalah nisbah kepada nama tempat dalam negeri Qabajak dalam kawasan Turki hari ini.

Sepanjang pemerintahan Mamalik Burjiyyah, dihitungkan serama 25 orang Sultan memerintah.

Beliau lahir dai Caucasus sekitar tahun 1340 dan telah tiba di kaherah pada usia 20 tahun. Di Masir dia menjabat pelbagai kedudukan dalam ketenteraan Mesir sehingga menggapai pangkat Atabey pada tahun 779H.

Beliau menjadi Sultan Mesir pada 19 Ramadhan 794H /16 Novemver 1382 ,setelah para pemuka Mamalik memintanya mengambil alih kuasa daripada Sultan yang masih kecil 

Tempoh pemerintahannya berlangsung antara tahun 1382-1389.Kemudiannya beliau digulingkan dan kembali berkuasa antara tahun 1390 hingga 1399.

(Catatan: Pemerintahan Mamalik Burjiyyah bermula daripada naiknya Sultan Barquq ke atas tahta sehinggalah tahun 1517M apabila pemerintah terkahir dari Mamalik bernama Thuman Bai di kalahkan oleh Khalifah Othmaniyyah dan dihukum bunuh. Sejak itu Mesir diletakkan di bawah kekuasaan Daulah Othmaniyyah. Khlaifah Othmaniyyah yang bertanggungjawab melenyakan pemerintaahan Mamalik di Mesir adalah Sultan Salim I )

Nama sebenarnya adalah Barquq bin Anas bin Abdullah As-Syarkasi.

Pengarang kitab Syazaratuz Zahab fi man zahab (Karya Ibn Imad Al-Hambali)  menyifatkannya sebagai raja terhebat daripada keturunan Syarkasi.

No comments:

Post a Comment

Syah Waliyullah Ad-Dahlawi

Syah Waliyyullah Ad-Dahlawi  adalah seorang tokoh ulama asal India yang lahir pada tahun1114H/1703M dan meninggal pada tahun 1176H/1762. Nam...