Tuesday, March 19, 2024

As-Subki mengkafirkan Ibnu Taimiyyah

As-Subki yang dimaksudkan dalam perkara ini (takfir) adalah Taqiyuddin As-Subki. Perkataannya boleh ditemui dalam kitabnya Ad-durrah Al-Mudhi-ah.

Taqiyuddin As-Subki, hidup antara tahun 683 hingga 756H. Beliau merupakan seorang Ahli Feqah Syafie dan seorang Sufi, Muhaddis, Ahli Tafsir dan Ahli Kalam dan ahli mantiq. Digelar Syeikhul Islam dan juga Qadi Al-Qudhat. Beliau adalah bapa kepada Tajuddin As- Subki yang menjadi murid kepada murid Ibn Taimiyah iaitu Imam Az-Zahabi.


Pelebelan buruk dan nista ke atas Ibnu Taimiyyah menjadi rantaian yang tidka putus. Seolah-olah tokoh masa lalu telah mewasiatkan kepada tokoh kemudian.


Seorang tokoh yang masih hidup masakini, yang gencar menyerang Ibn Taimiyyah adalah Syeikh Dr. Yusri Jabr. Beliau mentabdi'kan Ibn Tamiyyah. Dia memperingatkan bahawa sesiapa yang memetik kalam Ibn Taimiyyah dan menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam, maka orang ittu juga Ahlul Bid'ah.

Inilah uslub orang yang memusuhi dan membenci Ibn Taimiyyah. Sesiapa yang memuji Ibn Taimiyyah adalah sama sesatnya seperti Ibn Taimiyyah!


Sebelumnya, di masa lampau, ada seorang tokoh ulama bernama Al-'Ala'uddin Al-Bukhari Al-Hanafi yang juga menfatwakan dengan cara yang sama. Dari tabdi' kepada takfir. Dia banyak menjelajah sampai ke Mesir dan kemudian tinggal di Syam menyampaikan ilmu.  Di Syam dia didedahkan dengan beberapa makalah Ibn Taimiyyah. Maka dia memberi reaksi yang keras terhadap Ibn taimiyyah.

Fatwannya membawa kepada penegasan bahawa sesiapa yang kata Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam, maka dia kafir.

Fatawanya menimbulkan fitnah di Syam

Maka muncul Imam Ibnu Nasiruddin Ad-Dimasyqi menjawab fatwa-fatwa melampau Al-Ala' Albukhari al-Hanafi tesebut dan mengarang kitab bernama  Ar-Raddul wafir ala man za'ama anna man samma ibn taimiyyah syaikhal islam kafir. Dalam kitabnya itu beliau menakalkan kalam lebih daripada 80 ulama sezaman Ibn taimiyyah samada yang sealiran dengannya atau yang menyanggahnya dan kalam yang dikumpulkan itu menamakan Ibn Taimiyyah sebagai syaikhul Islam.

Kitab ini sampai ke Mesir dan sampai ke tangan Ibn Hajar Asqalani dan dia menperakui kesyaikhul islamnya Ibn Taimiyyah.


Al-ala albukhari mengadu kepada sultan ttg kitab Ibn Nasiruddin Ad-Dimasyqi 



Baca kitab : Addhu-u Al-Lami' Li  Ahlil Qarni At-Tasi' oleh Syamsuddin Muhammad bin Abdurahman As-Sakhawi, Juz 9.ms 291

Klik: Kitab

Catatan tambahan:

  1. Alaudddin Bukhari Al-Hanafi meninggalkan karya tidak melebihi bilangannya dari jari sebelah tangan. Sedangkan Ibn Taimiyyah meninggalkan karya pelbagai bidang dan jumlahnya melebihi 591 buah.
  2. Alauddin Al-Bukhari Al-hanafi juga mengkafirkan Ibn Arabi.
  3. Ibn Hajar Al-Asqalani menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikul Islam.



No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...