Friday, October 9, 2026

PENYAIR TERHEBAT DI ZAMAN KHILAFAH BANI UMAYYAH

Syair merupakan medium penting di zaman Jahiliyyah dan juga zaman awal Islam.  Melalui syair, seseorang boleh dipuji melangit hingga dipandang hebat oleh masyarakat. Dia juga boleh direndahkan serendah-rendahnya hingga dipandang hina. Satu kabilah dilihat mulia gara-gara ungkapan syair. Sebaliknya boleh dipandang hina dan lekeh oleh masyarakat pelbagai kabilah apabila ada syair yang berkesan menjatuhkannya.

Pendek kata, syair boleh menjulang ke awan dan ia juga boleh menjunamkan ke jurang terdalam.

Pada Zaman Khilafah Bani Umayyah, ada 3 penyair terhebat yang saling bersaing satu sama lain. Mereka adalah :

1) Jarir

2) Farazdaq

3) Asktal

Jarir dan Farazdaq adalah dua penyair yang beragama Islam. Sementara Akhtal adalah seorang yang beraganma Nasrani. 

Akhtal

Nama penuh Akhtal adalah Abu Malik Ghiyath bin Ghauth bin As-Salt bin Toriqah At-Taghlibi, nisbah kepada Bani Taghlib. Asalnya adalah dari kawasan Jazirah di lembangan Furat dan dia membesar di Damsyiq dan menjadi penyair pilihan Bani Umayyah untuk membela mereka. 

Akhtal meninggal pada usia 70 tahun, tahun 92 H iaitu semasa pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Beliau meninggal di kalangan kaumnya di Semenanjung Furat dan beliau mati sebagai Nasrani.


Jarir

Kunyahnya Abu Harzah. Namanya Jarir bin 'Atiyyah bin Huzaifah Al-Khatafa bin Badr bin Salmah bin Auf bin Kulaib bin Yarbu' bin Hanzalah bin Malik bin Zaid Manat bin Tamim bin Murr.

Maka Jarir adalah dari Bani Tamim.

Beliau lahir dan mebezar di kawasan Najd pada tahun 33H . Di sana dia membina reputasi sebagai penyair hebat kaumnya.  Banyak syair berbentuk Hija' . Waktu persaingan hija' antaranya dengan Farazdaq berlangsung, orang mengatakan kepadanya bahawa Farazdaq yang tinggal di Iraq ,ramai ornag ammbil dan riwayatkan syairnya, sedangkan dia tinggal di kawasan Najad yang kurang perawi syairnya. Maka dia pindah ke Iraq dan mendiami Basrah.

Wafat tahun 110H


Farazdaq

Beliau adalah Abu Firash Hammam bin Ghalib bin So'so'ah Al-Mujasyi'i Ad-Darimi At-Tamimi Al-Basri.

Maka Darazdaq juag dari keturunan Bani Tamim.

Beliau lahir tahun 20H, iaitu masa khilafah Umar Al-Khattab di daerah Kazimah (Dalam negeri Kuwait hari ini) dan wafat tahun 110H




No comments:

Post a Comment

PENYAIR TERHEBAT DI ZAMAN KHILAFAH BANI UMAYYAH

Syair merupakan medium penting di zaman Jahiliyyah dan juga zaman awal Islam.  Melalui syair, seseorang boleh dipuji melangit hingga dipanda...