Tuesday, October 6, 2026

KISAH IMADUDDIN LAHIZ-HIDAYAH YANG TERLEPAS

 Nama beliau:

Maulvi Imaduddin Lahiz (مولوي عماد الدين لاهز)




Beliau lahir sekitar 1830 di Panipat, India Utara, dalam keluarga Muslim yang mempunyai tradisi ilmu yang panjang. Sumber biografi menyebut bahawa beliau datang daripada empat generasi keluarga ulama: ayahnya Muhammad Sirajuddin, datuknya dan moyangnya semuanya merupakan maulvi.

Beliau dibesarkan dalam dunia ilmu Islam.

Beliau terkenal sebagai penulis dan sarjana.

Antara perkara yang dilakukan beliau ialah menterjemahkan al-Quran ke bahasa Urdu. Beliau juga menulis tentang sejarah, aqidah dan amalan Islam.

Beliau pada suatu ketika sangat menentang Kristian.

Pada 10–11 April 1854, berlaku perdebatan Islam–Kristian yang terkenal di Agra antara:


Pihak Kristian diwakili oleh Karl Gottlieb Pfander seorang mubaligh Protestan Jerman yang bekerja di India.

Sementara itu Pihak Muslim diwakili oleh Mawlana Rahmatullah Kairanawi, seorang ulama Muslim yang kemudian menjadi sangat terkenal kerana karya Iẓhār al-Ḥaqq. Imaduddin Lahiz berada di pihak Muslim dalam lingkungan perdebatan tersebut dan membantu Rahmatullah Kairanawi bersama Muhammad Wazir Khan.

Namun, 12 tahun lepas debat itu, tepatnya pada 12 April 1866, Imamduddin lahiz memilih untuk dibaptiskan sebagai kristian!

Sumber-sumber mengenai autobiografinya menggambarkan beliau sebagai seseorang yang mengalami pencarian agama yang panjang dan gelisah. Beliau bukan sekadar mencari jawapan intelektual.Beliau mencari keselamatan akhirat. Dalam autobiografinya, beliau menjelaskan bahawa akhirnya sebab utama beliau memeluk Kristian ialah:

“simply for the sake of attaining salvation”

Kemasukannya ke dalam Kristian turut diikuti oleh ayahnya sendiri yang bernama Maulana Muhammad Sirajuddin. Cuma kemasukan ayahnya ke dalam Kristian itu agak kabur kerana pada saat dia dibaptiskan itu, usianya telah sangat tua dan tidak sedarkan diri. Ketika ayahnya meninggal dunia, saudara dan kerabatnya yang istiqamah dengan Islam mengambil jenazah ayahnya itu dan dikebumikan secara Islam. Turut masuk Kristian adalah salah seoorang saudaranya dan juga lima anak lelakinya dan 4 anak perempuan serta isterinya.  

Selepas jadi Kristian, dia bukan hanya duduk diam. Dia menulis karta membela ajaran Kristian dan menyerang Islam. Rakan debatnya Rahmatullah Kairanawi yang sama-sama mempertahankan Islam dulu, jadi sasaran sernagannya pula.

Beliau akhirnya menjadi tokoh besar dalam komuniti Kristian India. Beliau bekerja dengan Church Missionary Society, dan kemudian menerima pengiktirafan akademik/keagamaan daripada institusi Kristian. Centre for Muslim-Christian Studies menyebut bahawa beliau merupakan orang India pertama yang menerima Lambeth Doctor of Divinity (DD) daripada Archbishop of Canterbury. Beliau juga pernah menjadi honorary chaplain kepada Bishop of Lahore.

Beliau meninggal dunia pada 1900 sebagai seorang pembela Kristian. 

La haula wala quwwata illa billah!


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”




No comments:

Post a Comment

KISAH IMADUDDIN LAHIZ-HIDAYAH YANG TERLEPAS

 Nama beliau: Maulvi Imaduddin Lahiz (مولوي عماد الدين لاهز) Beliau lahir sekitar 1830 di Panipat , India Utara, dalam keluarga Muslim yan...