Showing posts sorted by date for query Al-Mutawakkil. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query Al-Mutawakkil. Sort by relevance Show all posts

Thursday, October 19, 2023

Rambu-rambu fitnah di Zaman Khalifah Al-Mu'tadhid

Nama penuhnya ialah Abu Abbas Ahmad Al-Mu'tadhid Billah. Beliau dilantik menjadi khalifah Abbasiyyah selepas pakciknya khalifah Al-Mu'tamid meninggal.Dia adalah khalifah pertama yang dilantik bukan selepas ayahnya. Ayahnya adalah Al-Muwaffiq Billah.

Al-Muwaffiq  Billah adalah salah seorang daripada anak-anak Khalifah Al-Mutawakkil bin Khalifah Al-Muy'tasim bin Harun Ar-Rasyid. Khalifah Al-Mutawakkil mati terbunuh oleh konspirasi para petinggi tentera berbangsa Turki. Dikatakan anaknya Al-Muntasir telibat dalam pembunuhan itu , tetapi tidak dapat dibuktikan. Selain Al-Muntasir, Khalifah Al-Mutawakkil juga ada anak bernama Al-Mu'taz Billah dan Al-Mu'tamid 'Alallah. Al-Muwaffiq Billah kurang terkenal kerana ditenggelamkan oleh nama-nama saudaranya. Selepas terbunuhnya Al-Mutawakkil, anaknya Al-Muntasir  jadi khalifah atas dokongan para petinggi Turki. Namun tak lama. Dia juga mati. Kemudiannya digantikan dengan dengan pakciknya Al-Musta'in billah bin Al-Mu'tasim. Namun, kerana dia cuba membebaskan diri dari pengaruh Turki, mereka mengangkat anak saudaranya yang bernama Al-Mu'taz sebagai ganti. Berlaku perang antara Ali-Muta'in dengan Al-Mu'taz sehinggalah Al-Musta'in rela melepaskan jawatannya. Al-Mu'taz kemudian menggantikannya dan Al-Musta'in dibunuh dengan perintah Al-Mu'taz.( Sebenarnya pada masa Al-Musta'in jadi khalifah dia memenjarakan Al-Mu'taz dan saudaranya Al-Mu'ayyid). Tapi kem udiannya dia diselamatkan daripada penjara oleh para petinggi Turki.

 

Pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mu'tadhid Al-Abbasi (Meninggal 289H), gerakan Qoramitah mula memercikkan api fitnahnya. Ia bermula apabila seorang yang bernama Hamdan bin Qurmut mendatangi Kufah pada tahun 278H. Dia menampilkan diri sebagai orang soleh, zuhud dan penyeru kepada mendokong imam-imam Ahlil Bait. Ini menyebabkan dia menjadi tumpuan para Alawiyyin. Apabila dia telah dapat memicu kepercayaan mereka, dia pun menyebarkan fahaman-fahamannya yang ganjil lagi pelik.

Kemdian, para perngikut Hamdan Qurmut ini mula tersebar sehingga di Bahrin muncullah gerakan yang dinisbahkan kepadanya di bawah pimpinan seorang yang bernama Abi Sa'id Al-Janabi. Dia menguasai Bahrin dan Hajar serta mendapat dokongan ramai orang.

Dalam masa yang sama juga , di Yaman muncul fitnah oleh Ibn Al-Hausyab yang yang memunculkan dakyah Abu Abdullah As-Syi'i. Orang inilah yang kemudiannya berjaya mempengaruhi kabilah-kabilah di sebelah Afrika Utara untuk mendokong pembentukan sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Ubaidiyyah.

Saturday, July 8, 2023

Pengaruh Bangsa Turki dalam Pemerintahan Abbasiyyah


Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah  bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana  Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang  saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.

Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.

Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan. 

Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.

Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa. 

Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.

Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam. 

Tuesday, May 23, 2023

Khalifah Al-Mutawakkil dibunuh tentera Turki

Khalifah Al-Mutawakkil ialah khalifah ke-10 dalam senarai Khalifah Abbasiyyah. Nama beliau adalah Abu Al-Fadhl Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tazim bin harun Ar-Rasyid bin Muhammad Al-mahdi bin Abu Ja'jAafar Al-Mansur binj Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib.

Beliau naik menjadi khalifah menggantikan saudaranya yang digelar Khalifah Al-Wathiq billah. Ibunya dalah seorsng hamba berbangsa Turki yang bernama Syuja'

Beliau mengambil mazhab Syafie sebagai ikutannya dan di kalangan ulama seperti Imam Az-Zahabi dan Khalifah ibn Khayyat, Almutawakkil dikenali sebagai Muhyi As-Sunnah Wa Mumitu Al-Bid'ah (Penghidup Sunnah dan Pemungkas Bid'ah) kerana pada zamannya golongan Muktazilah yang menimbulkan fitnah Khalqul Quran dan menjadikannya mazhab negara telah ditamatkan.

Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhamamd At-Taimi memujinya dengan mengatakan:

الخلفاء ثلاثة: أبو بكر الصديق قاتلَ أهل الردة حتى استجابوا له، وعمر بن عبد العزيز ردَّ مظالم بني أمية، والمتوكل محا البدع وأظهر السنة

" Khalifah (Yang berjasa) itu ada 3: Abu Bakar As-Siddik yang memerangi golongan Murtad, Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan harta yang diambil zalim oleh Bani Umayyah dan Al-Mutawakkil yang menghapuskan bid'ah dan memenangkan Sunnah".


Artikal berkaitan: 

KHALIFAH AL-MUTAWAKKIL BIN AL-MU'TASIM BIN AR-RASYID



Thursday, April 27, 2023

PENGEMBARAAN ILMU OLEH BAQI BIN MAKHLAD

Ulama dulu, rela mengembara meninggalkan negeri serta keluarga demi menuntut ilmu. Hasilnya, kita lihat hari ini. Nama mereka tertulis dengan tinta emas di kanvas sejarah. Mereka meninggalkan nama yang harum dan lebih penting lagi mereka meninggalkan khazanah ilmu yang menjadi pedoman buat manusia di belakang hari. Mereka meninggalkan dunia dan menjadi billionair akhirat. Alangkah beruntungnya mereka!

Salah seorang tokoh ulama yang mengembara demi ilmu adalah Baqi bin Makhlad. Siapakah dia? Mari kita berkenalan dengannya dan kisah hidupnya.

Namanya adalah Abu Abdurahman Baqi bin Makhlad Al-Qutubi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan pada tahun 201H =817M di Cardoba, Andalus. Beliau seorang yang hidup faqir harta , namun kaya ilmu. Untuk mencari harta yang satu itu, beliau mengembara berjalan kaki dari satu negei ke satu negeri. Bagi tujuan pengembaraan ilmunya, dia bekerja mencari bekalan perjalanan di setiap negri yang dia singgah. Dari Cardoba dia berjalan kaki ke Sevilli yang jaraknya sekitar 200 KM. Kemudian dia lanjutkan hingga ke Maghribi. Dia singgah di setiap kota dan bertanya tentang orang paling alim di kota itu untuk dia mengadap mengambil ilmu. Hatta, gurunya mencapai angka 284 orang. 


Demikian ulama hebat bila menutut ilmu. Bandingkan dengan ustaz-ustaz sekarang yang mencari derma dan sumbangan dengan alasan ingin menuntut ilmu agama. Apa yang dicari daripada ilmu itu,  mahunya hanya dihampar dengan permaidani merah. Sambil menghabiskan hari-hari dengan belajar di universiti luar negara, dia menunggu dengan harapan sumbangan mengalir masuk ke kantungnya. Sumbangan buat menampung perbelanjaan seharian dia dan anak isteri yang berpetualang ke negeri orang. Mujur sekali kalau kemudiannya dia menjadi alim. Namun, jalan kealiman yang ditunjukkan oleh para ulama silam bukan dengan cara sedemikian. Bekerjalah dan kemudian sambung belajar jika masih bersemangat. Jika kehabisan bekalan masa belajar, fikirkanlah kerja sambilan untuk melestarikan pembelajaran! Jangan mengemis sumbangan orang. Tangan yang ulya lebih mulia dari tangan yang sufla. Jagalah kemuliaan ilmu daripada kehinaan meminta-meminta untuknya.

Komen pengarang(ust Kama) 

 

Kemudiannya dia menuju ke Baghdad kerana mendengar adanya imam yang hebat di sana iaitu Ahmad bin Hambal. Semuanya pengembaraan ini adalah dengan berjalan kaki. Dia menghabiskan 5 tahun berjalan ke Kota Baghdad. Bayangkanlah betapa jauhnya langkah yang diaturnya. Hendak naik kenderaan, dia tidak punya binar dan dirham buat tujuan itu.

Namun, bersama dengan ketibaannya di kota Baghdad, Imam Ahmad Hambal sedang ditimpa mehnah dan tribulasi. Khalifah Al-Wasiq Billah mengenakan SEKATAN TAULIAH MENGAJAR buatnya. Imam Ahmad tidak dibenarkan menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Ini berikutan masalah Khalqul Quran yang menjadi pegangan negara (di bawah maszhab Muktazilah) dan Imam Ahmad bin Hambal adalah tokoh pembangkang terhadap bid'ah pemikiran tersebut.

Di Kota Baghdad dia mencari tahu tentang imam Ahmad bin Hambal. Dalam sebuah masjid di sana dia mendengar seorang tokoh ilmu rijal di sana iaitu Yahya Ibn Ma'in. Kepadanya ditanya mengenai beberapa rijal hadis yang ada di Andalus. Maka Yahya Ibn Ma'in menyebutkan dengan mentadh'ifkan dan mentausiqkan ulama-ulama Andalus yang disebutkan Baqi bin Makhlad. Maka ta'jublah Baqi bin Mukhlid dengan pengetahuan luas yahya bin Ma'in hatta melibatkan ulama-ulama sejauh Andalus. Lalu ditanya mengenai Imam Ahmad bin Hambal. Maka Yahya bin Ma'in berkata:

مثلي يسأل عن أحمد بن حنبل، هذا إمام المسلمين وخير المسلمين وأفضل المسلمي

" Siapalah aku untuk ditanyakan mengenai Ahmad binHambal, sesungguhnya dia imam kaum muslimin sebaik-baik kaum muslimin dan yang paling afdhal kalangan mereka".


Perkataan Yahya bin Ma'in itu membuatkan Baqi ibn Makhlad tidak dapat menangguhkan lagi keinginannya untuk belajar dengan Imam Ahmad bin Hambal. Baqi bin Makhlad pun pergi ke rumah Imam Ahmad bin Hambal yang sedang dalam perintah berkurung itu. Dia mahu mengambil hadis daripada Imam Ahmad bin Hambal. Maka digunakan cari menampilkan diri di pintu rumah Ahmad bin Hambal sebagai pengemis yang datang meminta sedekah di depan rumah Imam Ahmad setiap hari. Maka, di kala itulah Imam Ahmad bin Hambal membacakan buatnya beberapa hadis yang oleh Baqi bin Makhlad dicatat dan dihafaznya. Keadaan tersebut berlangsung sehingga matilah Khalifah Al-Wathiq Billah dan naik pula khalifah Al-Mutawakkil. Di zaman Al-Mutawakkil, sunnah kembali ditegakkan dan pemikiran bid'ah muktazilah ditumpaskan. Imam Ahmad bin Hambal kembali diberikan Tauliah Mengajar. Maka Baqi bin Makhlad menghabiskan masa dengan belajar dengan Iman Ahmad bin Hambal.


Baqi bin Makhlad  menghabiskan akhir kehidupannya di Cardoba, menyampaikan ilmu kepada penduduk di sana. Dia tidak mengambil mazhab dan pendapatnya menjadi pintu awal kepada mazhab Zahiri. Dia berpausa di siang hari solat 100 rakaat di malam hari serta khatam Quran setiap malam. Hari-harinya dilalui dengan kemuncak takwa dan dia sentiasa di masjidnya dengan dunia ilmu dan ibadahnya sehinggalah dia diwafatkan Allah pada tahun 276H=889M.


Baca: Shamela

Baca: Alukah



Sunday, March 5, 2023

Hilangnya kehebatan para raja Tawaif

Para raja Tawaif di Andalus yang mencari sokongan melalui bertahaluf  dengan Raja Alfonso VI adalah seumpama orang yang melatih serigala untuk menjaga kambing.

Dua raja Tawaif dari Andalusia yang mengirimkan surat minta Yusuf bin Tasyafin dari kerajaan Murabitun untuk membantu mereka menghadapi kemaraan raja kristian.

  1. Al-Muktamid bin Ubbad raja Isybiliyyah (Seville).
  2. Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Aftosy raja Batlius(Badajoz- Sebuah kota yang hari ini ada dalam wilayah Sepanyol-sebelah Bartat daya, berhampiran dengan sempadan Portugal)
Bagaimana Yusuf bin Tasyafin hendak membantu mereka sedangkan Tanjah  (Tangiers) dan Sabtah (Ceuta) belum dikuasanya?

Sedangkan Alfonso VI  dengan segala kesombongan, kelahapan dan kebenciannya kepada para penguasa ISlam di Andalus telah berjaya menguasa Toledo (Tulaitilah), satu kota yang menjadi sughur kepada Islam di Andalusia.

Sunday, February 26, 2023

Jatuh Kerajaan Buwaihiyyah naik Kerajaan Saljuqiyyah

Buwaih hanyalah seorang lelaki berbangsa Parsi yang menyara hidup sebagai nelayan negeri Dailam yang terletak di Barat Parsi) (Seletan Laut Qazwin). Nama penuhnya adalah Abu Syuja' Buwaih bin Fanasru. Dia dikatakan keturunan raja-raja Parsi di zaman silam. Dia ada tiga anak lelaki yang dinamakan Ali, Hasan dan Ahmad yang terlibat dalam ketenteraan seornag pemimpin  di Dailan yang bernama Makan bin Ali. Mereka bertiga meningkat prestasi dan kemudian meninggalkannya dan bergabung pula bersama Madawij bin Ziyad yang lebih berkuasa ke atas Dailam. Mereka menjadi pendokongnya pada mulanya tetapi akhirnya menentangnya pula serta terlibat dalam pembunuhannya.

Madawij bin  Ziyad itu mendakwa ruh Sulaiman bin Daud menguasai tubuhnya dan dia duduk di atas katil dari emas dan dikelililingi oleh tentera-tentera dari bangsa Atrak. Dia mendakwea mereka itu adalah bangsa jin sebagaimana Nabi Sulaiman ada tentera dari bansga Jin.Dia merendahkan orang sekelilingnya sehingga akhirnya dia dibunuh oleh mereka dalam bilik mandi.
-Ziyarid Dynasty
- Dia Keturunan raja-raja Sasan. Cita2nya dan menghidupkan kembali Daulah Sasaniyah dan mengembalikan Budaya Parsi serta agama Zoroaster.
-Dengan jalan itu, dia mahu menamatkan kekuasaan Kerajaan Abbasiyah.
-Pemimpin yang tidak men jaga maruah bawahan ankhirnya menguindang pengkhianatan. 
-Anak-anak Buwaih yang saat itu mempunyai posisi berpengaruh dalam askarnya yang merencana pembunbuhannya.
-Selepas itu anak-anak Buwaih dapat menguasai Dailan dan seterusnya kawasan yang luas dalam wilayah Parsi.
Madawij digantikan oleh saudaranya yang bernama Syamkir bin Ziyad

Tahun 322H, Ali bin Buwaih telah berjaya menguasai Syiraz dan menghalau keluar gabenor Abbasiyyah di sana yang bernama Yaqut. Dengan itu, seluruh wilayah Parsi tunduk kepadanya. 

Khalifah Abbasiyyah ketika itu adalah Ar-Radhi Billah. Beliau adalah khalifah ke-10 dalam susunan khalifah Abbasiyyah. Namanya adalah Abul Abbas Muhammad bin Al-Muqtadir bin Al-Mu'tadhid bin Al-Muwaffiq bin Al-Mutawakkil bin Al-Mu'tasim bin Harun Ar-Rasyid

Ali bin Buwaih meninggal tahun 338H dan meninggalkan sebuah kerajaan Syiah yang kuat di sebelah Timur.

Pada tahun 440H, Daulah Buwaihiyyah dibawah kepimpinan Al-Malikurrahim. Dizamannya, kerajaan Buwaiiyyah mengalami kelemahan dan dalam masa yang sama ada kekuatan baru sednag mara bangkit. Mereka adalah Daulah Saljuqiyyah. 

Pada tahun 447 H, Tugrul Bek dari kerajaan Saljuqiyyah menguasai Baghdad dan dengan itu lenyaplah kerajaan Buwaihiyyah setelah memerintah selama 113 tahun dengan jumlah raja 11 orang bermula Mu'izuddaulah Ali bin Buwaih hingga Al-Malikurrahim.

Rujuk: 


Friday, December 23, 2022

KHALIFAH AL-MUTAWAKKIL BIN AL-MU'TASIM BIN AR-RASYID

Khalifah Al-Mutawakkil adalah khalifah ke-10 dinasti Abbasiyyah. Beliau menjadi khalifah menggantikan saudaranya Khalifah Al-Wasiq pada tahun 232H. 

Beliau adalah Abu Al-Fadhli Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tasim bin Harun Ar-Rasyid bin Al-Mahdi bin Al-Mansur Al-Abbasi. Ibunya adalah hamba berketurunan Turki bernama "Syuja' " 

Sebahagian ulama seperti Imam Az-Zahabi menyifatkan Khalifah Al-Mutawakkil sebagai " pembela Sunnah" kerana dengan naiknya dia ke kerusi khilafah, pengaruh muktazilah disingkirkan dan fitnah "Khalqul Quran " ditamatkan.

Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhammad At-Tayyimi menyanjungnya dengan mengatakan: 

" Sesungguhnya khalifah itu ada 3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang memerangi golongan murtad, khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan kezaliman Bani Umayyah dan Khalifah Al-Mutawakkil yang membela sunnah dan membungkam Bid'ah".

Ibn Al-Jauzi menyebutkan: Al-Mutawakkil telah memadamkan maraknya api bid'ah dan menghidupkan lampu sunnah".

Pun begitu, ada tuduhan bahawa dia adalah seorang Nasibi kerana langkahnya meruntuhkan kubur Saidina Hussain dan penduduk Syiah di Baghdad menuliskan di dinding-dinding cemuhan ke atasnya.

Apa nak heran, seorang pemimpin yang disanjung, pastui ada yang mencela.

Khaliafah Al-Mutawakkil sedar akan pengaruh berlebihan jenderal tentera Turki dalam kerajaan. Sejak datuknya Al-Mutasim melibatkan orang-orang Turki dalam kerajaan, roda pemerintahan banyak dikawal oleh mereka. Maka, Al-Mutawakkil cuba menjarakkan dirinya dari Kota Samanraa yang menjadi pusat aktiviti para umara tentera Turki. Dia juga bercadang untuk memindahkann pusat pemerintahan ke Damsyiq. Usaha-usaha oleh Al-Mutawakkil ini dicium baunya oleh para ketua tentera Turki. Mereka memngambil kesempatan konflik antara al-Mutawakkil dan anaknya Al-Muntasir untuk menggunakan sang anak itu supaya terlibat dalam membuhuh ayahnya. 

Tentera Turki telah membunuh khalifah Al-Mutawakkil dan wazirnya Al-Fathu bin Khaqan cuba mempertahankannya. Wazir itu pun dibunuh dan ditohmah sebagai membunuh khalifah dan kerana itu dia dibunuh. Itulah helah politik dan perbuatan menkambinghitamkan seseorang agar pelaku sebenar terselamat.  Teknik yang sebegini banyak dimainkan dalam dunia politik.

Sejarawan menyebutkan bahwa khalifah Al-Mutawakkil telah melantik 3 orang puteranya sebagai Putera Mahkota iaitu Al-Muntasir, Al-Mu'taz dan Al-Muayyad. Perlantikan 3 putera mahkota ini adalah apa yang pernah dibuat oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, datuknya dulu. Ini sebenarnya membuka pintu kepada fitnah perang saudara. Tindakan Al-Mutawakkil itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati Al-Muntasir sehingga dia berada di belakang tabir pembunuhan ayahnya itu oleh para askar Turki.

Pada satu ketika, Al-Mutawakkil tidak sihat dan dia menyuruh anaknya Al-Mu'taz untuk naik ke membar dan menyampaikan khutbah Jumaat.  Maka, Al-Mu'taz telah melakukan dengan baik dan orang ramai memujinya. Ini membimbangkan Al-Muntasir kalau-kalau ayahnya mendahukan Al-Mu'taz atasnya. Kerana itu dia berkonspirasi dengan para para pegawai tentera Turki untuk melenyapkan ayahnya.Maka pada 4 Syawal 247H, berlakukan peristiwa Al-Mutawakkil di bunuh. Al-Muntasir naik jadi khalifah tetapi khalifah sudah tidak bertaring lagi. Beberapa khalifah sesudah Al-Muntasir semuanya jadi bidak catur para ketua tentera Turki.

Khalifah Ababsiyyah telah hilang kehaibatannya. Zaman kemerosotan telah bermula.

Dicatatkan dalam sejarah, pada masa pemerintahan Al-Mutawakkil, telah berlaku ribut kencang yang sangat pelik. Angin ribut itu melanda negeri Irak. ladang-ladang di Kufah, Basrah dan Baghdad terbakar. Hal ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia membunuh ramai para musafir dan berlangsung selama 50 hari. Angin ribut tersebut juga melanda Hamazan dan mebakar padang ternak dan jalan-jalan. Ia juga melanda Mosul dan Sinjar serta mengganggu aktiviti perniagaan di pasar-pasar dan menghalang lalu lintas di jalan-jalan. Ramai korban akibat musibah tersebut.

Sebenarnya pada awal pemerintahannya juga ditandai dengan peristiwa gempa bumi di Damsyiq yang merebak hingga ke Antakiah lalu meranapkanya. Ia juga menjejaskan bahagian Jazirah dan menyebabkan berlaku kebakaran. Juga menggegarkan Mosul dan menelan korban sekitrar 50 ribu jiwa.

Disebutkan dalam kitab Tarikh As-Suyuthi,


Yahya bin Aksam dilantik menjadi Qodhi Al-Qudhat oleh Khalifah Mutawakkil setelah mendapat nasihat daripada Imam Ahmad bin Hambal.

Tonton video: Pembunuhan Khalifah Al-Mutawakkil


Thursday, December 22, 2022

Zaman-zaman kelemahan para Khalifah Abbasiyyah

Tahun 247 H, Khalaifah Abbasiyyah yang bernama Al-Mutawakkil telah dibunuh oleh orang-orang Turki yang sebelumnya diletakkan dalam istana Khalifah pada posisi-posisi penting. Mereka mencabut kesetiaan kepada khalifah dan tega membunuhnya. Namun, selepas itu, mereka melantik anak khalifah Al-Mutawakkil yang dipanggil Al-Muntasir untuk duduk di atas kerusi kekhilafahan. Al-Muntasir itu sendirilah yang menjadi dalang dalam pembunuhan ayahnya Al-Mutawakkil.

Sejak itu, khalifah yang bertahta telah hilang kehaibatannya. Al-Muntasir akhirnya mati diracun sebelum sampai 6 bulan dia jadi khalifah.Dia diangkat selepas Aidil Fitri dan pada 5 Rabi'ul Akhir tahun selepasnya dia mati dan usianya baru 26 tahun.

Khalifah Al-Musta'in sesudahnya digulingkan dan kemudian mati dibunuh juga oleh askar-askar tamarrud berbangsa Turki itu. Khalifah Al-Mu'taz yang berikutnya juga diturunkan tahta oleh askar tamarrod Turki dan kemudiannya  di kurung dan tidak diberikan air hingga mati!

Ada juga khalifah kemudiannya seperti Al-Muhtadi dan Al-Mu'tadhid yang cuba mengembalikan kehaibatan khalifah namun, usaha mereka gagal.

Naik khalifah Al-Muqtadir billah ke tahta dan usianya baru 11 tahun dan dia jadi khalifah selama 24 tahun namun hanya jadi catur para umaraa Turki dalam istana khalifah. Akhirnya dia pun mati dibunuh di tangan Mu'nis seornag khadam berbangsa Parsi.

Kemudianya naik tahta khalifah Al-Qohir dan dia pun kemudiannya mati dibunuh. Ini khalifah terakhir yang jadi mangsa dan bidak catur para umaraa Turki. Khalifah sesudahnya bernama Ar-Radhi Billah. Dia naik tahta tahun  322H=933M. Pada zamannya, kerajaan Buwaihiyyah telah bangkit dan kota Bagdad pun dikuasai dan  sultan-sultan Buwaihiyyah pun menjadi umaraa kepada khalifah pula.

Kerajaan Buwaihiyyah menjadi pemerintahan sebenar yang menatadbir urusan daulah khilafah selama 113 tahun.Selama itu, perebutan kuasa sesama mereka berlangsung dan konflik mazhab Sunni dan Syi'i membara. Hingga tahun 447H=1055M, Abu Nasir bin Abi Kalijar yang merupakan penguasa terakhir Bani Buwaih melepaskan kekuasaan. Pada Saat itu, kerajaan Saljuk yang dipimpin oleh Tughrul Bik sedang bangkit dan menguasai Bagdad dan mengambil alih kuasa bani Buwaih. 


Sumber rujukan:

1) https://www.sasapost.com/lifestory-of-buyid-dynasty/

As-Sya'bi

Sekarang, mari kita kenali sejenak seorang tabi'in yang bernama Amir bin Syurahil As-Sya'bi. Dia popular dengan sebutan nama As-Sya...