Thursday, October 19, 2023

Rambu-rambu fitnah di Zaman Khalifah Al-Mu'tadhid

Nama penuhnya ialah Abu Abbas Ahmad Al-Mu'tadhid Billah. Beliau dilantik menjadi khalifah Abbasiyyah selepas pakciknya khalifah Al-Mu'tamid meninggal.Dia adalah khalifah pertama yang dilantik bukan selepas ayahnya. Ayahnya adalah Al-Muwaffiq Billah.

Al-Muwaffiq  Billah adalah salah seorang daripada anak-anak Khalifah Al-Mutawakkil bin Khalifah Al-Muy'tasim bin Harun Ar-Rasyid. Khalifah Al-Mutawakkil mati terbunuh oleh konspirasi para petinggi tentera berbangsa Turki. Dikatakan anaknya Al-Muntasir telibat dalam pembunuhan itu , tetapi tidak dapat dibuktikan. Selain Al-Muntasir, Khalifah Al-Mutawakkil juga ada anak bernama Al-Mu'taz Billah dan Al-Mu'tamid 'Alallah. Al-Muwaffiq Billah kurang terkenal kerana ditenggelamkan oleh nama-nama saudaranya. Selepas terbunuhnya Al-Mutawakkil, anaknya Al-Muntasir  jadi khalifah atas dokongan para petinggi Turki. Namun tak lama. Dia juga mati. Kemudiannya digantikan dengan dengan pakciknya Al-Musta'in billah bin Al-Mu'tasim. Namun, kerana dia cuba membebaskan diri dari pengaruh Turki, mereka mengangkat anak saudaranya yang bernama Al-Mu'taz sebagai ganti. Berlaku perang antara Ali-Muta'in dengan Al-Mu'taz sehinggalah Al-Musta'in rela melepaskan jawatannya. Al-Mu'taz kemudian menggantikannya dan Al-Musta'in dibunuh dengan perintah Al-Mu'taz.( Sebenarnya pada masa Al-Musta'in jadi khalifah dia memenjarakan Al-Mu'taz dan saudaranya Al-Mu'ayyid). Tapi kem udiannya dia diselamatkan daripada penjara oleh para petinggi Turki.

 

Pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mu'tadhid Al-Abbasi (Meninggal 289H), gerakan Qoramitah mula memercikkan api fitnahnya. Ia bermula apabila seorang yang bernama Hamdan bin Qurmut mendatangi Kufah pada tahun 278H. Dia menampilkan diri sebagai orang soleh, zuhud dan penyeru kepada mendokong imam-imam Ahlil Bait. Ini menyebabkan dia menjadi tumpuan para Alawiyyin. Apabila dia telah dapat memicu kepercayaan mereka, dia pun menyebarkan fahaman-fahamannya yang ganjil lagi pelik.

Kemdian, para perngikut Hamdan Qurmut ini mula tersebar sehingga di Bahrin muncullah gerakan yang dinisbahkan kepadanya di bawah pimpinan seorang yang bernama Abi Sa'id Al-Janabi. Dia menguasai Bahrin dan Hajar serta mendapat dokongan ramai orang.

Dalam masa yang sama juga , di Yaman muncul fitnah oleh Ibn Al-Hausyab yang yang memunculkan dakyah Abu Abdullah As-Syi'i. Orang inilah yang kemudiannya berjaya mempengaruhi kabilah-kabilah di sebelah Afrika Utara untuk mendokong pembentukan sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Ubaidiyyah.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....