Thursday, April 27, 2023

PENGEMBARAAN ILMU OLEH BAQI BIN MUKHLID

Ulama dulu, rela mengembara meninggalkan negeri serta keluarga demi menuntut ilmu. Hasilnya, kita lihat hari ini. Nama mereka tertulis dengan tinta emas di kanvas sejarah. Mereka meninggalkan nama yang harum dan lebih penting lagi mereka meninggalkan khazanah ilmu yang menjadi pedoman buat manusia di belakang hari. Mereka meninggalkan dunia dan menjadi billionair akhirat. Alangkah beruntungnya mereka!

Salah seorang tokoh ulama yang mengembara demi ilmu adalah Baqi bin Mukhlid. Siapakah dia? Mari kita berkenalan dengannya dan kisah hidupnya.

Namanya adalah Abu Abdurahman Baqi bin Mukhlid Al-Qutubi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan pada tahun 201H =817M di Cardoba, Andalus. Beliau seorang yang hidup faqir harta , namun kaya ilmu. Untuk mencari harta yang satu itu, beliau mengembara berjalan kaki dari satu negei ke satu negeri. Bagi tujuan pengembaraan ilmunya, dia bekerja mencari bekalan perjalanan di setiap negri yang dia singgah. Dari Cardoba dia berjalan kaki ke Sevilli yang jaraknya sekitar 200 KM. Kemudian dia lanjutkan hingga ke Maghribi. Dia singgah di setiap kota dan bertanya tentang orang paling alim di kota itu untuk dia mengadap mengambil ilmu. Hatta, gurunya mencapai angka 284 orang. 


Demikian ulama hebat bila menutut ilmu. Bandingkan dengan ustaz-ustaz sekarang yang mencari derma dan sumbangan dengan alasan ingin menuntut ilmu agama. Apa yang dicari daripada ilmu itu,  mahunya hanya dihampar dengan permaidani merah. Sambil menghabiskan hari-hari dengan belajar di universiti luar negara, dia menunggu dengan harapan sumbangan mengalir masuk ke kantungnya. Sumbangan buat menampung perbelanjaan seharian dia dan anak isteri yang berpetualang ke negeri orang. Mujur sekali kalau kemudiannya dia menjadi alim. Namun, jalan kealiman yang ditunjukkan oleh para ulama silam bukan dengan cara sedemikian. Bekerjalah dan kemudian sambung belajar jika masih bersemangat. Jika kehabisan bekalan masa belajar, fikirkanlah kerja sambilan untuk melestarikan pembelajaran! Jangan mengemis sumbangan orang. Tangan yang ulya lebih mulia dari tangan yang sufla. Jagalah kemuliaan ilmu daripada kehinaan meminta-meminta untuknya.

Komen pengarang(ust Kama) 

 

Kemudiannya dia menuju ke Baghdad kerana mendengar adanya imam yang hebat di sana iaitu Ahmad bin Hambal. Semuanya pengembaraan ini adalah dengan berjalan kaki. Dia menghabiskan 5 tahun berjalan ke Kota Baghdad. Bayangkanlah betapa jauhnya langkah yang diaturnya. Hendak naik kenderaan, dia tidak punya binar dan dirham buat tujuan itu.

Namun, bersama dengan ketibaannya di kota Baghdad, Imam Ahmad Hambal sedang ditimpa mehnah dan tribulasi. Khalifah Al-Wasiq Billah mengenakan SEKATAN TAULIAH MENGAJAR buatnya. Imam Ahmad tidak dibenarkan menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Ini berikutan masalah Khalqul Quran yang menjadi pegangan negara (di bawah maszhab Muktazilah) dan Imam Ahmad bin Hambal adalah tokoh pembangkang terhadap bid'ah pemikiran tersebut.

Di Kota Baghdad dia mencari tahu tentang imam Ahmad bin Hambal. Dalam sebuah masjid di sana dia mendengar seorang tokoh ilmu rijal di sana iaitu Yahya Ibn Ma'in. Kepadanya ditanya mengenai beberapa rijal hadis yang ada di Andalus. Maka Yahya Ibn Ma'in menyebutkan dengan mentadh'ifkan dan mentausiqkan ulama-ulama Andalus yang disebutkan Baqi bin Mukhlid. Maka ta'jublah Baqi bin Mukhlid dengan pengetahuan luas yahya bin Ma'in hatta melibatkan ulama-ulama sejauh Andalus. Lalu ditanya mengenai Imam Ahmad bin Hambal. Maka Yahya bin Ma'in berkata:

مثلي يسأل عن أحمد بن حنبل، هذا إمام المسلمين وخير المسلمين وأفضل المسلمي

" Siapalah aku untuk ditanyakan mengenai Ahmad binHambal, sesungguhnya dia imam kaum muslimin sebaik-baik kaum muslimin dan yang paling afdhal kalangan mereka".


Perkataan Yahya bin Ma'in itu membuatkan Baqi ibn Mukhlid tidak dapat menagguhkan lagi keinginannya untuk belajar dengan Imam Ahmad bin Hambal. Baqi bin Mukhlid pun pergi ke rumah Imam Ahmad bin Hambal yang sedang dalam perintah berkurung itu. Dia mahu mengambil hadis daripada Imam Ahmad bin Hambal. Maka digunakan cari menampilkan diri di pintu rumah Ahmad bin Hambal sebagai pengemis yang datang meminta sedekah di depan rumah Imam Ahmad setiap hari. Maka, di kala itulah Imam Ahmad bin Hambal membacakan buatnya beberapa hadis yang oleh Baqi bin Mukhlid daicatat dan dihafaznya. Keadaan tersebut berlangsung sehingga matilah khalifah Al-Wathiq Billah dan naik pula khalifah Al-Mutawakkil. Di zaman Al-Mutawakkil, sunnah kembali ditegakkan dan pemikirna bid'ah muktazilah ditumpaskan. Imam Ahmad bin Hambal kembali diberikan Tauliah Mengajar. Maka Baqi bin Mukhlid menghabiskan masa dengan belajar dengan Iman Ahmad bin Hambal.


Baqi bin Mukhlid  menghabiskan akhir kehdupannya di Cardoba, menyampaikan ilmu kepada penduduk di sana. Dia tidak mengambil mazhab dan pendapatnya menjadi pintu awal kepada mazhab Zahiri. Dia berpausa di siang hari solat 100 rakaat di malam hari serta khatam Quran setiap malam. Hari-harinya dilalui dengan kemuncak takwa dan dia sentias adi masjidnya dengan dunia ilmu dan ibadahnya sehinggalah dia diwafatkan Allah pada tahun 276H=889M.


Baca: Shamela

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....